Nurreez's Lurvely Lalink~>

Friday, December 31, 2010

part 7 ~>Andai Esok Hari Terakhirku...

Salam sume...korg sehat? lama Nurreez tak online...rindu kt Nurreez x? hihi...okey, untuk memenuhi permintaan, Nurreez uploadkan part 7 ni k...bace tau...read, feel, touched n enjoy bebeh.....:))))))



Oppss....ter upload gamba my shy prince, Young Saeng ss501 ni plak....halal jela ek...(lg pun Nurreez skang ni tgh mabuk cintan dgn die...oh Young Saeng...~sila abaikan...~  hihihi)

“Hasya, jom keluar makan kat pekan malam ni. Abang Kal belanja. Eni, jomlah join sekali. Nak?” Aiman Heykal mempelawa Hasya dan Eni petang itu setelah mereka selesai bermain tenis bersama.
Hasya yang terlalu naif untuk memahami, bersetuju. Namun, Eni memberikan jawapan berbeza.
Okey jugak. Lama tak makan ikan bakar kat Kuala Perlis tu. Eni, jomlah keluar makan sekali malam ni. Asyik kita orang berdua je keluar. Aku tau kau suka makan ikan bakar kat situ, kan?”
Sambil matanya menjeling ke arah Aiman Heykal, Qurratuaini cuba memberikan isyarat untuk menolak pelawaan lelaki itu.
“Sya, aku penatlah. Kau orang pergi berdua sudahlah. Eh, dah pukul berapa dah ni! Sya, jom balik. Bye, Abang Kal.”
Lantas, tangan Hasya ditarik meninggalkan Aiman Heykal. Lelaki itu hanya tersenyum sambil matanya tidak lepas dari memandang susuk tubuh Qurratuaini yang langsing dan cantik itu berlalu pergi.
“Tak nak jumpa akulah tu. Tak apa, Eni. Aku akan bersabar. Sampai masanya nanti, aku akan buat kau cair jugak. Tengoklah nanti...” Aiman berkata-kata di dalam hati.
Setelah itu, dia lantas mencapai telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit Qurratuaini.

Eni, Kal akan tunggu sampai pintu hati Eni terbuka untuk Kal.
Kal akan setia menanti...
Walau untuk seribu, sejuta tahun lagi...
Love you...

Setelah selesai solat Maghrib, Hasya lekas-lekas bersiap. Seperti biasa, Hasya mengenakan baju kurung sementelah itulah sahaja jenis pakaian yang Hasya rasakan selesa untuk dipakai tidak kira masa dan tempat. Dari zaman sekolah sehinggalah ke zaman Universiti, Hasya hanya akan memakai baju kurung ataupun kebaya labuhnya untuk ke mana-mana waima ke kafeteria sekalipun. Itupun, kebanyakan baju-baju kurungnya dijahit sendiri oleh Hasya. Cuma ketika beriadah sahaja Hasya akan memakai t-shirt dan juga seluar track suit. Waktu lain, sorry lah.
Untuk temujanji malam itu, Hasya Alanna memilih untuk mengenakan baju kurung berbunga merah dan hitam sebagai warna tanahnya. Kepalanya pula dilitupi tudung bawal berwarna merah hati. Wajahnya hanya dilapisi nipis dengan bedak kompak. Bibirnya cuma dialis dengan lipbam. Matanya yang sememangnya bundar itu tidak langsung dicalit dengan sebarang penggaris mata, maskara mahupun pembayang mata berwarna-warni. Akhir sekali, dicalitkan sedikit haruman ke pergelangan tangan dan tengkuknya. Sungguh minimalis dan sederhana sekali sebagaimana kebiasaannya. Tidak pernah dihiraukan kata-kata yang seringkali mempersoal cara pemakaiannya itu. Itulah Hasya Alanna.
Perfect!” Hasya sedikit terjerit tanpa menyedari Wani memerhatikannya.
“Amboi, cantik-cantik, wangi-wangi ni nak ke mana? Keluar dengan pakwe kau tu lagi la ni ek. Betul tak?” Wani mula bertanya setelah hanya berdiam diri dan memerhati setiap gerak geri Hasya. Hasya dilihat begitu ceria hari itu. Adakalanya bernyanyi-nyanyi kecil dan tersenyum sendirian sambil mengenakan pakaian di badan dan solekan di muka. Tidak syak lagi, Hasya sedang dilanda ombak cinta...
“Pakwe? Eh, memandai je. Aku mana la ada pakwe. Kau pun tau kan. Aku nak keluar makan dengan Abang Kal la. Dia ajak Eni sekali, Eni pulak tak nak. Terpaksa la keluar berdua je. Kau nak ikut?”
“Ikut? Isy, tak nak aku! Mana boleh kacau date orang. Tak baik. Hehehe...Eh, semenjak dua menjak ni bukan main rapat lagi kau dengan Abang Kal tu! Kau dengan dia ada apa-apa ke?”
“Berapa kali kau nak tanya soalan yang sama ni? Aku dengan dia kawan je la. Tak ada apa-apa yang lebih dari itu. Ada faham?”
“Ha, ni yang aku malas nak tanya ni! Direct... tu je la jawapan kau. Tak ada ke jawapan yang menarik sikit?”

Selesai bersiap, Hasya menjenguk keluar tingkap. Biliknya yang bertentangan dengan jalan masuk ke kolej kediaman yang didiami begitu strategik sekali untuk melihat kenderaan yang lalu lalang di kawasan kolej. Hatinya berbunga apabila ternampak kereta Honda Jazz berwarna hitam metalik, melintas masuk ke kawasan kolej. Itulah kereta Aiman Heykal. Dia pasti sekali setelah beberapa kali menaiki kenderaan tersebut. Ada senyuman terukir di bibirnya...
Aiman Heykal pula yang pada mulanya tidak bersemangat untuk keluar malam itu bertukar ceria setelah Qurratuaini menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbitnya.

Kal....Eni, nak kita jumpa malam ni...
Jemput Eni kat kolej pukul 8.30...

 Tiba-tiba telefon bimbit Hasya berdering. Tertera nama ‘Abang Kal’. Hasya pantas menekan punat angkat.
“Hasya, Abang Kal tak boleh keluar la malam ni. Ada hal sikit. Kena balik rumah. Urgent sangat. I have to cancel our date. I am really sorry...”
‘Oh, iya ke! Tapi tadi Sya macam nampak....”
Tuuuuttttttttttttttttttt...
Tanpa sempat Hasya menghabiskan kata-katanya, panggilan dimatikan.
“Kenapa Sya? Tak jadi pergi ke?”
Namun, Hasya hanya mendiamkan diri. Entah mengapa, hatinya terasa pedih dan sakit. Persoalan Wani dibiarkan tanpa jawapan. Hatinya juga tidak tenteram. Tak jadi? Habis, tadi tu bukan ke kereta dia! Buat apa dia datang hostel aku kalau nak cancel...? Hasya tertanya-tanya sendiri.

Di suatu sudut kedai ikan bakar itu, kelihatan lelaki itu sedang duduk menghadap Qurratuaini. Kedai yang selalunya menjadi tempat kunjungannya dan gadis yang menjadi umpan untuk memancing hati Qurratuaini iaitu Hasya Alanna menjadi tempat pertemuan mereka pula malam itu. Dia serta-merta membatalkan janji temu dengan Hasya apabila Quratuaini mengajaknya untuk berjumpa. Apa perlunya umpan lagi andai ikan sudah melompat ke darat....Peluang itu tidak boleh disia-siakan.
“Kal, kalau Kal betul-betul sayangkan Eni, Kal kena tunaikan permintaan Eni yang satu ni. Eni nak Kal janji. Boleh?”
“Eni, Kal sanggup lakukan apa sahaja untuk Eni. Itu janji Kal pada Eni. Cakaplah, apa dia?”
“Eni nak Kal couple dengan Hasya sebagai tanda Kal betul-betul sayangkan Eni.”


What? Couple dengan Hasya? No, no. Tak boleh jadi macam ni. Benda lain Kal sanggup buat tapi yang ini, I am so sorry. Kal tak boleh tipu diri Kal. Kal sayangkan Eni. Bukan Hasya. Hasya tak ada erti apa-apa dalam hidup Kal. Kal cuma rapat dengan dia semata-mata untuk rapat dengan Eni. Eni tau tak?”
Okey, kalau macam tu, hubungan kita sampai di sini saja. Eni nak Kal lupakan Eni.”
“Eni...! Okey, okey. Kal akan buat apa yang Eni suruh tapi Kal nak Eni terangkan kenapa perlu kaitkan hal kita dengan Hasya. Tak adil untuk dia macam ni.”
“Kal tak sedar ke? Hasya tu betul-betul sayangkan Kal. Dia dah jatuh cinta pada Kal. Eni nak Kal couple dengan dia sebab Eni nak tengok sejauh mana hati Kal akan setia mencintai Eni walaupun ada perempuan lain di sisi Kal.”
Qurratuaini cuba untuk memberikan alasan semunasabah mungkin untuk menyakinkan Aiman Heykal supaya menerima cinta Hasya. Dia mahu rakannya itu gembira apabila cintanya berbalas. Dia mahu membayar hutang budi yang selama ini begitu menghantui hidupnya. Budi Hasya Alanna sememangnya amat tinggi nilainya apabila temannya itu sanggup membayarkan yuran pengajiannya semester lepas setelah kesemua wang pinjaman pendidikannya digunakan untuk melunaskan hutang pinjaman ayahnya. Mungkin dengan cara ini, jasa Hasya dapat dibalas, fikirnya.
“Baiklah, kalau itu yang Eni nak, Kal akan buat. Kal akan buktikan bahawa hati dan perasaan Kal terhadap Eni tidak akan pudar atau hilang walaupun bersama dengan mana-mana perempuan. Jadi, Eni nak Kal couple berapa lama dengan Hasya untuk buktikan kejujuran Kal pada Eni?”
“Selagi Eni tak yakin dengan cinta Kal, selagi itulah Kal kena couple dengan Sya. Jika Kal lepasi ujian ni, Eni akan terima cinta Kal. Sanggup?” Eni menguji.
“Ya, demi Eni, Kal sanggup.”
Sambil mengukir senyuman, Aiman Heykal mencapai tangan Eni yang diletakkan di atas meja. Eni membiarkan untuk meyakinkan Aiman bahawa dia bercakap jujur dan sebagai tanda satu persetujuan telah dibuat. Namun, di dalam hati, dia berdoa agar Aiman Heykal tidak akan berjaya melepasi ujian tersebut. Dia berharap cinta Hasya akan mengubah hati dan perasaan Aiman terhadapnya.
Tanpa menyedari, ada sepasang mata sedang galak memerhati tingkah Qurratuaini dan Aiman Heykal. Hatinya dipagut curiga melihatkan tangan lelaki dan perempuan yang dikenalinya itu saling bergenggaman. Bukankah lelaki itu Aiman Heykal, sepupunya yang dilihat sering bersama-sama Hasya Alanna? Pada mulanya, dia menyangkakan gadis idamannya, Hasya sudah berpacaran dengan sepupunya itu, tetapi setelah melihat perlakuan Aiman dengan gadis itu pula, hatinya jadi keliru. Bukankah gadis itu rakan sekuliah Hasya? Untuk mendapat gambaran lebih jelas, dia cuba mendekati pasangan tersebut. Setelah menukar tempat duduk yang lebih hampir dengan mereka, dia cuba melihat dengan teliti wajah gadis itu. Tangan mereka masih bergenggaman erat. Ya, benar. Itu adalah Qurratuaini. Sekumpulan dengan Hasya semasa minggu orientasi yang dikendalikannya dulu. Mereka juga rakan karib di Universiti itu. Otaknya ligat berfikir. Cuba mencerakinkan apakah makna peristiwa yang sedang berlaku di hadapannya itu. Di manakah pula Hasya ketika ini? Iman Rizal bingung...Lantas tangannya mencapai telefon bimbit Sony Ericsson yang disimpan di dalam poket seluar. Jarinya ligat mencari nombor gadis itu, yang disimpan sebagai ‘Anna ku’.

“Assalammualaikum. Hai, Hasya Alanna! Awak buat apa tu?” Suara lelaki di corong telefon bimbitnya mengejutkan Hasya.
“Waalaikummussalam. Tak ada buat apa-apa pun. Siapa ni?”
“Manusia....” kedengaran ketawa kecil mengiringi bicara lelaki itu.
“Manusia? Macam kenal aje jawapan tu...Owh, awaklah yang call saya pagi-pagi buta dulu tu ek! Awak nak apa dengan saya sebenarnya ni?”
“Hai, garang semacam je! Datang bulan ke? Hehehe.....”
Memang nak kena mamat sewel ni. Ada ke patut tanya perkara sensitif tu. Tak malu betul. Macam tahu-tahu aje aku tengah period...Ngomel Hasya dalam hati.
“Saya nak berkenalan dengan awaklah. Tak boleh ke?” Lelaki itu menyambung lagi.
Berkenalan? Sah, memang ada orang nak kenakan aku. Bukan sekali dua pernah tertipu dengan taktik nak berkenalan ni. Banyak kali dah. Terutamanya masa time sekolah dulu. Geng-geng sendiri yang buat onar. Geng ‘Prefect Hangus’. Itulah gelaran geng aku masa sekolah dulu. Geng pegawas yang tak berperangai macam pengawas pun. 10 orang semuanya. 5 lelaki 5 perempuan. Sampaikan ada yang menggelar kami ‘Ten Things We Love About Prefect’. Yelah, mana boleh pelajar lain tak suka kalau pengawas sendiri pun buat jahat. Masa spot check, siap tolong sorok barang lagi. Ironinya, semuanya memegang jawatan penting dalam Lembaga Pengawas. Dengan Ketua Pelajar (King Jeff), Bendahari (Dayah Ceti), Exco Kebajikan (Abzee Blur), Exco Keselamatan (Syakir Shark), Exco ‘Pintu Pagar’ atau Pemantauan (Hanis Ngek Ngot), Exco Perhimpunan (Farezz Ngok Ngek), Penolong Exco Disiplin (Atenten), Penolong Setiausaha (Tiya Kobeng), Ketua Platun Kawad Pengawas (Apek Loi) dan Setiausaha iaitu aku sendiri (Sya Va Sya Va)...Entah apalah gelaran yang dia orang bagi pada aku. Macam lagu hindustan je. Kiranya, kalau ada orang telefon rumah, cakap nak berkenalan, maknanya geng ‘Prefect Hangus’ la tu. Tak ada orang lain....Saja nak kenakan orang.
Hm...tapi, ini U! Geng aku pun semuanya dah membawa haluan masing-masing. Semuanya sambung belajar ke seluruh pelosok Malaysia ni. Ada di utara, selatan, timur dan barat. Ada juga dah terbang ke negara ‘Orang Putih’ dan ‘Pak Arab’. Mustahil dia orang sanggup buang masa nak kenakan aku lagi....Hasya ligat berfikir.
“Awak.....kenapa diam je ni. Marah ke? Hello....!” Lelaki itu memecah kesunyian. Hasya sedikit terkejut.
“Ha?! Awak cakap apa tadi? Chup, chup...awak nak cakap ke tak awak siapa ni? Kalau tak nak cakap, saya letak ajelah telefon ni.”
Okey, okey. Saya A.I.R...or you can call me....”
“Air....? Hari tu cakap manusia. Lepas tu jadi hantu. Hari ni jadi air dah? Awak ni betul ke tak betul ni?” Hasya mencelah. Dia sedikit tergelak.
“Perli nampak...tak kisahlah awak nak panggil saya apa pun. Manusia ke. Hantu ke. Air ke. Janji saya dapat berkawan dengan awak. Boleh tak?” Lelaki itu mula mengatur gerak.
“Oh, maksudnya awak mengaku la awak ni hantu? Sorry banyak-banyak. Saya tak berminatlah nak berkawan dengan hantu. Okay, bye..”
“Eh, awak..awak...janganlah letak telefon. Saya ikhlas nak berkawan dengan awak.” Akhirnya dia terpaksa mengendurkan keegoan lelakinya.
“Kenapa nak berkawan dengan saya pulak. Tak ada orang lain lagi ke nak berkawan dengan awak?” Nak mengayat aku konon. Tengok ayat apa pulak yang keluar...Hasya berkata sendiri.
“Saya memang suka berkawan. Meluaskan sillaturrahim la katakan....Kat dunia ni, kena cari ramai kawan. Baru hidup tak bosan. Hehehe...” Eleh, ye la tu. Iman Rizal ketawa mengenangkan niat sebenarnya adalah untuk memenangi hati gadis itu, bukan setakat berkawan...
Okeylah Encik Hantu Air, mana awak dapat number saya? Mana awak kenal saya? Saya kenal awak tak?”
“Hai, banyaknya soalan! Ni saya yang nak berkenalan ke, awak ni? Hehehe....Relax...Kita slow-slow la...Tak kan lari gunung dikejar...Saya tak kan kemana...” Eh, dia panggil aku hantu air? Kreatif, kreatif..Iman Rizal ketawa dalam hati. Riang hatinya kala salam perkenalannya disambut.
“Ei....perasan la awak ni! Siapa nak kejar awak. Siapa-siapa pun mesti curious nak tahu orang yang nak berkawan dengan dia kan...” Hasya geram.
“Satu hari nanti awak akan kenal jugak siapa saya. Just let the time telling us the truth. By the way, I hope you like them...the red roses I gave to you. I know  you love flowers...Especially roses, right?”
Owh, kad pada bunga tu ada tulis daripada A.I.R. So, bunga tu daripada awaklah ek! Ingatkan pakwe manalah yang admire saya siap hantar bunga sampai ke kelas...” Padan muka kau. Nak mengayat sangat. 


Tp kan, kalu Young Saeng yang kasi bunga kat Nurreez, tak tido mlm kot...my dreams come true tue...hihihi... ~adui...sory...sory sume...coz kaco fokus korang...sambung bace ek.....(Nurreez ni mmg gatal...)hahahak....^_^ ~

That’s right. I am the one who admire you. The one that would be your special one...someday. Bila awak dah single semula....Hope so...” Perlahan tetapi masih mampu ditangkap gegendang telinga Hasya.
“Apahal awak ni? Tiba-tiba berjiwang pulak. What a nonsense la ...By the way, bila pulak saya jadi milik sesiapa?”
“Jeffry Mirza tu ex awak kan? Bukan ke sekarang awak dengan Aiman Heykal?” Hilman cuba memancing. Dia mahu menyelongkar kebenaran. Dia mahu tahu samada Aiman dan Qurratuaini mengkhianati gadis idamannya itu. Mencari kepastian tentang peristiwa yang berlaku di hadapannya sebentar tadi. Di kedai ‘Pak Ngah Ikan Bakar’ itu.
“Mana ada! Pandai-pandai je. Tu la, lain kali kalau nak pasang spy, hire la Charlie’s Angel ke, James Bond ke....barulah maklumat tak salah. Ni entah mana-mana spy poyo la yang awak hire...” Pandai pulak aku loyar buruk...
“Eh, tak main la spy-spy ni! Saya guna instinct je. I’ve a strong sixth sense, you know.”
“Awak, ada call masuk la. Kita cakap lain kali je la ek.” Panggilan Aiman menanti.
“Pakwe call ke...?Okeylah, salam. Good night, sweetheart...” Iman Rizal mengakhiri bicara. Hasya diam membatu. Sweetheart? Ei, geli ketiak aku...! Hasya tergelak.
“Dia single. Bukan couple dengan Aiman. Ada chance la. Hehehe...” Iman menarik nafas lega.

Sejurus kemudian, Hasya lantas menjawab panggilan yang entah dari siapa. Dia terlupa melihat nama pemanggil di skrin. Punat ‘angkat’ ditekan tanpa perasaan.
Hello...Sya. Tadi cakap dengan siapa? Engage je. Kal ganggu ke...?” Suara itu kedengaran begitu lembut di pendengaran Hasya. Mahu memujuk mungkin. Tapi, kenapa Kal? Bukankah sepatutnya Abang Kal? Hasya pelik...
“Tak ada sesiapa. Tak, tak ganggu pun...!” Lambat dia menjawab. Sakit hati masih bersisa terhadap lelaki itu. Itulah, nak cancel tak nak cakap awal-awal. Geramnya....
“Dah nak tidur?”
“Belum...”
“Dah pukul berapa dah ni! Ke nak abang dodoikan...Baru dia boleh tidur kot...” Abang? Dia? Pulak dah...Aiman ni salah makan ubat ke apa? Kot ya pun nak pujuk, tak kanlah sampai bertukar jadi bahasa jiwang. Hasya bertambah pelik.
“Sya, datang kat abang kejap. Abang kat depan blok Sya ni. Cepat sikit tau. Nanti nampak kat park guard, ada adegan police entry pulak. Cepat ek?” Talian dimatikan.
Ha? Depan blok? Gila apa dia ni. Dah pukul berapa dah sekarang? Buang tabiat ke apa nak jumpa aku waktu-waktu begini? Pukul 12 tengah malam pulak tu. Hasya bertambah, tambah, tambah pelik. Namun, dia tetap mengatur langkah ke depan blok. Mahu memastikan Aiman tidak berbohong...
“Abang Kal? Abang Kal buat apa malam-malam kat sini? Ada hal penting ke?”
“Ha’a. Penting sangat. Sampai tak boleh nak tunggu esok dah...”
“Benda apa yang penting tu?”
“Abang rindukan Sya...”
Zupp....Terasa darah di dada mengalir terus ke muka. Wajahnya terasa panas. Telinganya berdengung. Lidahnya terasa kelat. Hidungnya seakan tersumbat. Matanya seperti mahu juling. Benarkah apa yang didengarnya ini? Berhalusinasikah dia? Hasya Alanna tidak mampu berfikir apa-apa. Dia terkedu.
“Sya tak rindukan abang ke? Tadi abang memang nak keluar dengan Sya, tapi something turn up. Tak boleh nak elak. Abang minta maaf ye, sayang...” Sayang? Isy, apa ke halnya dengan Abang Kal ni. Berdiri bulu tengkuk aku. Pujuk ke apa ni?
“Sya, Sya rindukan abang tak? Sya sayangkan abang tak?” Aiman Heykal semakin menghampiri. Posisi dari menyandar di kereta Honda Jazz kesayangannya kini berubah dengan berdiri tegak betul-betul di hadapan Hasya.
“Abang Kal...tak eloklah macam ni. Lagipun dah malam sangat ni. Abang Kal balik dulu ek. Bye...” Hasya terus berlari ke bilik. Fikirannya kacau bilau. Wajahnya dibenam ke bantal. Jantungnya berdebar laju. Kapilari darahnya seakan-akan mahu pecah. Apa sebenarnya yang terjadi ni? Pusing-pusing...





 Alamak...tetiba terlepas masuk plak skandal Nurreez yg terbaru ni....oh, KhairulFahmi...hot..hot..hihihi...~abaikan yer...mengarut tol Nurreez ni~ dh...smbg blk pembacaan anda k..

Tiba-tiba telefon bimbitnya memainkan ring tone kesukaan. Ada panggilan menanti. Aduh, kalut...
“Sya....kenapa Sya lari...Tak kesian kat abang ke? Penat je abang tunggu nak jumpa Sya tau. Sejuk pulak tu kat luar ni.” Aiman mula memasang jerat.
“Abang Kal, kenapa ni? Tiba-tiba Abang Kal macam ni, buat Sya takut la. Cakap bukan-bukan pulak tu. Abang Kal okey ke?” Hasya cuba mencari kata yang sesuai walaupun bibirnya seakan menggeletar untuk bersuara.
“Mana ada abang cakap bukan-bukan. Abang cakap benda yang betul. Benda yang benar-benar lahir dari hati abang. Sya tanya abang okey ke tak kan? Mestilah tak...Otak abang fikirkan Sya. Badan abang demam rindukan Sya. Hati dan jiwa abang mahu Sya.” Aiman cuba mencari ayat yang paling power untuk kelentong gadis naif itu, Hasya. Ei, gelinya! Ah! Asalkan aku dapat buktikan pada Eni dan menggenggam cintanya, apa sahaja aku sanggup lakukan walaupun terpaksa lukakan hati insan lain. Bentak Aiman di dalam hati.
“Apa Abang Kal merepek ni. Abang Kal mamai ek? Itu la, tidur tak nak basuh kaki dulu. Dah ngigau sampai ke blok Sya, siapa yang susah? Sya jugak...Hehehe....” Ketawanya seakan bergetar. Haru, haru...
You know it ain’t true, right? Sya, kita couple ek? Abang sayangkan Sya. Sangat-sangat. And I know that you love me too. I want to spend my whole life with you. Please...!” Aiman sendiri terkejut dengan kata-katanya. Jiwangnya ayat. Kalau tak cair ni, tak tahulah...Cairlah, Hasya. Cairlah...
“Ha!?” Hasya terpempan. Dia tidak percaya. Mimpi sudah jadi kenyataankah. Fantasi bertukar ke realiti? Macam mana nak jawab ni....nak jawab yes ke? Okey ke? Mak, help me...
“Jawab je yes, Sya. Abang tahu, itulah jawapan yang ada dalam hati Sya kan...” Aiman seolah-olah memahami. Seperti dapat membaca isi hatinya. Dahsyat tu...
Bermulalah bab baru dalam hidup Hasya Alanna sejak malam itu. Meninggalkan bab ‘zaman solo’ dan beralih ke bab ‘perhubungan istimewa’. Tidurnya malam itu dibuai dengan lagu ‘Kau Ilhamku’ dendangan kekasih hati, Aiman Heykal sambil diiringi petikan gitar. Adakala terdengar jeritan Nik dari katil sebelah. Bising katanya.
“Esok hari minggulah. Sibuklah kau. Tidur je la. Bukan aku kacau kau pun. Nak layan awek sikit pun tak boleh. Kacau daun betul.” Terdengar Aiman Heykal membebel kepada Nik. Hati Hasya berbunga gembira....
Bagi Aiman pula, misinya sudah berjaya. Misi mencairkan hati seorang gadis telah terlaksana. Yang tinggal hanyalah meneruskan permainan itu dan membina kepercayaan Eni terhadapnya.
“Sya..Sya” Aiman menyebut-nyebut nama gadis itu sambil tergelak kecil. Bangga kerana hanya dengan sekali percubaan, Hasya Alanna berjaya dijinakkan. Jari-jemarinya menyentuh pula gambar Qurratuaini yang diletak kemas di dalam laci meja belajarnya.
“Oit, bang. Nak angau pun tunggu la esok ke....aku nak tidur ni. Tak habis-habis dengan Sya, Sya, Sya...”
Spoil la kau. Orang baik punya tengah layan perasaan ni....”
“Abang....jom la tidur...Mai sini Sya dodoikan ye....Eeiii...Geli aku bro..Hahaha...” Sambil suaranya dialihkan sedikit menyerupai perempuan.
“Kurang asam kau Nik...Tidurlah...!”
Pap....lampu ditutup. Namun, Aiman Heykal masih tidak lena tidur memikirkan Qurratuaininya yang semakin hampir dalam genggaman. Hasya Alanna? Ahhh...gadis itu bukan sesiapa dan tidak akan jadi sesiapa pun...

Kan best kalau dlm setiap tidurmu, Young Saeng ada Nurreez....ini tak...Nurreez je yang asyik mimpi Young Saeng, Young Saeng, Young Saeng...aduhai.....^_O

Kau dan aku...
Punya rasa yang sama...
Sama-sama sayang, sama-sama suka...
Aku dan kamu...
Punya cinta yang sama...
Sama-sama rindu, sama-sama memuja..

Tuesday, December 21, 2010

Part 6 ~> Andai Esok Hari Terakhirku...

Nurreez demam lg...adusss....tp dun woly...Nurreez ttp xlupe nk upload novel k...owait, as usual...read, feel, touched n enjoy yer...^_^






Vroooommmm.......sebuah motorsikal berkuasa tinggi meluncur laju membelah keheningan pagi. Hasya Alanna yang ketika itu berjalan berdekatan lopak air menjerit apabila bajunya basah terkena percikan air lopak tersebut.
“Opss....sorry..” Pelajar lelaki itu hanya menoleh sekilas untuk meminta maaf dan berlalu pergi bersama motorsikal pinjamnya.
“Hei....bawa motor tu pandang-pandanglah orang lain sama! Eni, tengoklah. Habis basah baju aku. Dahlah terlepas bas.” Hasya melepaskan kemarahannya kepada Eni yang sama-sama berjalan ke perhentian bas.
“Ha’a la...bawa motor macam pelesit. Mentang-mentanglah motor besar. Ada ke patut minta maaf macam tu aje. Hmmm.....Sya, rasanya baik kau patah balik, tukar baju kau ni. Kotor sangatlah. Hari ni kau ada presentation kan. Tak kan nak pakai baju ni lagi.” Eni memberikan cadangan.
“Aduh, pukul berapa dah ni! Lambat lagilah aku masuk kuliah hari ni. Nak kena patah balik pulak. Ei....geramnya..! Siaplah. Kalau aku dapat orang tu aku....” Tanpa sempat Hasya meneruskan kata-kata, tiba-tiba......
Ponnnn....Poooonnn.....
“Opocot, mak hang....!” Hasya yang pada mulanya terkejut dengan bunyi hon tersebut tersentak apabila mendapati Aiman Heykal semakin mendekatinya menaiki motorsikal yang bertanggungjawab mengotorkan pakaiannya sebentar tadi. Eh, Aiman Heykal rupa-rupanya! Bila masa pulak dia patah balik?
“Hai, awak. Saya minta maaf ek. Tadi saya tak perasan lopak tu. Habis kotor baju awak kan. Marilah....saya bawa awak balik asrama dan tukar baju tu. Lepas tu, saya hantar awak ke dewan kuliah. Please, untuk tebus kesalahan saya tadi....” Aiman Heykal yang pada mulanya ingin terus memecut laju, berpatah balik setelah menyedari ada seseorang yang menarik minatnya. Seseorang yang dirasakan cukup manis. Cukup menawan. Hatinya meronta-ronta untuk mengenali. Lantas, peluang yang ada tidak disia-siakan.
“Hmmm....tak apalah. Susahkan awak je.” Hasya membalas.
“Eh....kalau tak silap, awak yang jatuh basikal hari tu kan? Tak sempat nak berkenalan masa tu. Okey, nama saya Aiman Heykal. Panggil je Kal.”
“Saya Hasya Alanna dan ini kawan saya, Qurratuaini.”
Hmmm...cantik namanya. Macam orangnya jugak. Hehehe...Aiman berkira-kira di dalam hati.
“Tak apa. Memang salah saya pun. Marilah...”

Hasya tanpa mempunyai pilihan terpaksa juga membonceng motosikal Aiman setelah menyedari kesuntukan masa untuk berpatah balik dengan berjalan kaki. Setelah sampai di asrama, Hasya cepat-cepat menukar pakaian dan turun semula ke perkarangan parkir. Aiman Heykal masih setia menunggu. Motorsikal kemudiannya ditunggang laju menuju dewan kuliah. Hasya terus berlalu setelah memberikan ucapan terima kasih. Dia sebetulnya tidak selesa dengan pandangan pelajar-pelajar lain yang melihat dia membonceng motorsikal yang ditunggangi Aiman Heykal. Pandangan mata mereka seolah-olah tidak menyenangi perbuatan Hasya. Nik yang kelihatan gelisah di luar dewan kuliah tiba-tiba menyergah setelah terlihat kelibat Hasya.
“Hoi...apsal kau lambat, huh!? Kejap lagi giliran kumpulan kita kena present, tau tak? Isy....tak habis-habis menyusahkan orang. Hoi, tunggu....!” Tidak semena-mena, tangan Hasya direntap. Dia tersentak.
“Kal....! Sini kejap.” Lantas Aiman Heykal yang ketika itu sedang memarkir motorsikal terus berlari ke arah Nik dan Hasya. Hasya kaget. Apa lagi ni?
“Kal, macam mana perempuan ni boleh naik motor aku pulak? Kau tau kan, aku tak suka perempuan naik motor kesayangan aku tu...Korang ada apa-apa ke?” Nik terus-terusan bertanya.
“Maafkan aku, Nik. Tadi aku tak sengaja terlanggar lopak dan terkena pakaian Hasya ni. So, aku bawa dia balik asrama untuk tukar baju dan hantar dia ke dewan kuliah. Kalau dia tunggu bas, lambat pulak dia masuk kelas nanti. Apa-apa pun, salah aku jugak. Eh...aku dah lambat la bro! Pergi dulu. Kita cakap kat bilik jela nanti, Nik. Nah, kunci motor kau! Thank you, bye....” Aiman terus berlalu pergi. Hasya mengambil peluang itu untuk masuk ke dalam dewan kuliah. Nik menuruti dari belakang. Setelah itu, bermulalah leteran daripada Cik Bahiyah dan pembentangan hanya bermula setengah jam kemudian....

“Nik...!Nik...!Oh, Niiikkkkk!!!!!” Aiman Heykal memekik sambil berlari laju ke arah biliknya.
“Oit, apasal kau bising-bising ni, Kal. Dari luar lagi aku dah dengar kau jerit nama aku. Apasal? Apa dah jadi? Menggelabah semacam je. Kot ya pun, masuk bilik tu, bukalah kasut tu dulu...”
“Nik, kau takkan percaya cerita yang aku nak bagi tau ni. Aku dah jatuh cinta....Aiman Heykal dah jatuh cinta akhirnya.....Yahooo...!” Seraya, sebiji bantal busuk dibalingkan ke arah Nik.
What? Jatuh cinta? Nonsense... Aku dah cakap kan, motor tu tak boleh ada perempuan yang naik. Bahaya. Tengok, apa dah jadi sekarang? Haa...Kal, kau jangan cakap kau jatuh cinta dengan budak Hasya tu pulak...? Buat malu aje beb. Ramai lagi perempuan yang cun kat kampus ni. Jangan dia, okay. Dahlah garang macam singa. Menyesal kau nanti...”
“Apalah kau ni Nik. Of course....bukan Hasya, tapi kawan Hasya. Hasya tu tak kena dengan taste aku lah. Lainlah, Qurratuaini. She is marvellous. She is damn beautiful. Kau kenal tak budak tu? ”
“Qurratuaini? Eni? Kenapa pulak tak kenal. Aku kan pernah keluar...eh...eh...bukan. Maksud aku, aku pernah nampak dia keluar dengan Hasya ke pekan hari tu. Dia kan sekarang ‘one of the most wanted girl’ kat kampus kita ni...” Fuh, nasib baik tak bocor rahsia yang aku pernah keluar dengan Eni. Apalah mulut ni. Nik memarahi diri sendiri.
“Yeke? Mesti ramai peminat dia kan? Tapi, tak hairanlah...memang dia cantik. Kau boleh tolong aku tak, Nik? Aku ni kan dah macam abang kau. Kau tolong dapatkan nombor telefon dia untuk aku ek....I really want to know her...Please!”
“Yela...yela...nanti aku mintak kat Hasya.” Tidak perlu minta pun. Memang dah ada. Nik tergelak dalam hati.

Dari saat itu, bermulalah episod perkenalan antara Aiman Heykal dan Qurratuaini. Walau bagaimanapun, Eni tidak menyenangi lelaki tersebut. Dia rimas dengan panggilan telefon lelaki itu setiap hari. Dia muak dengan kata-kata manis Aiman yang ingin menjadikannya teman istimewa. Walaupun mengakui bahawa Sheikh Aiman Heykal bin Sheikh Abdullah itu adalah antara pelajar lelaki yang paling popular, kacak dan kaya di kampus tersebut, tetapi tidak sedikit pun dia tertarik. Jika diteliti, lelaki itu tiada kurangnya. Dia memiliki raut wajah yang tampan persis pelakon terkenal, Farid Kamil. Aiman juga terkenal dengan kelincahannya bermain bola sepak sehingga terpilih menjadi kapten pasukan bola sepak Universiti. Malahan, bapanya pula adalah seorang yang berpengaruh dalam bidang politik dan perniagaan. Tiada yang kurang, bukan? Namun, bukan Aiman Heykal sahaja yang mendambakannya, bahkan ramai lagi lelaki di kampus itu yang masih menunggu jawapan cintanya. Mungkin terpikat dengan raut wajahnya yang jelita ataupun sikapnya yang sedikit manja.
Ah, itu tidak penting! Yang penting adalah hatinya. Hatinya kini hanyalah untuk Nik Aszmeer Iszkandar. Qurratuaini masih mengingati saat di mana Nik menyatakan hasrat untuk berkenalan dengannya pada semester lepas. Sejak itu, mereka sering keluar bersama. Walaupun sedia maklum bahawa Nik adalah ‘romeo’, dia tidak pernah kisah dengan itu semua. Hatinya seakan-akan buta. Buta dalam menilai erti cinta sebenar. Dia hanyut dengan ucapan manis lelaki itu. Setelah dia bersusah-payah meluahkan perasaan untuk menyatakan perasaan cintanya itu, Nik pula seakan-akan menjauhkan diri. Tidak langsung menjawab setiap panggilan telefonnya. Tidak langsung membalas khidmat pesanan ringkasnya. Dia buntu hingga kini dan kehadiran Aiman Heykal hanyalah menambahkan kekusutan yang sedia ada.
Namun, yang menjadi masalah kepadanya sekarang adalah Hasya Alanna iaitu teman sebiliknya semester lepas, menyimpan perasaan terhadap Aiman Heykal. Semestinya kenyataan bahawa Aiman Heykal mencintainya perlu disembunyikan untuk menjaga hati gadis itu. Qurratuaini tahu bahawa Hasya Alanna terlalu menyayangi Aiman Heykal setelah gadis itu sendiri mengakuinya.
“Eh, Eni. Kau ingat lagi tak abang senior tu, alah....Aiman Heykal?” Hasya bertanya kepada Qurratuaini ketika mereka sama-sama berjalan untuk ke dewan kuliah.
“Hmmm.....ingat kot. Kenapa dengan dia?” Qurratuaini menjawab acuh tidak acuh apabila mendengar nama Aiman Heykal disebut. Dia muak mendengar tentang lelaki itu. Lelaki yang selalu mengganggu hidupnya kini.
“Aku rasalah kan....aku macam dah suka kat dia sebab setiap kali aku terpandang dia, jantung aku ni macam nak melompat keluar. Aku jadi menggelabah semacam je. Sebelum ni, aku tak pernah ada perasaan macam ni pada mana-mana lelaki. Macam mana ni Eni....kau rasa betul ke aku dah jatuh cinta ek?” Hasya bertanya jujur. Sememangnya dia kurang arif dengan rasa yang sedang menular dalam hatinya itu. Dia perlukan pandangan rakan baik yang telah dikenali sejak semester lepas itu lagi. Untuk bertanya kepada Wani, sudah pasti teman sebiliknya itu tidak tahu menahu tentang Aiman Heykal. Sekurang-kurangnya, Eni sudah mengenali lelaki tersebut.  
“Haa? Jatuh cinta kat dia? Tak kot....mainan perasaan je tu...Kau kan kalis cinta...hehehe...” Eni cuba menidakkan. Sebenarnya, dia tidak mahu rakannya itu terluka apabila mengetahui bahawa Aiman mencintainya, bukan Hasya.
“Tidak, Eni. Kali ini aku yakin, pintu hati aku dah terbuka untuk menerima cinta. Hati aku tak boleh berbohong lagi. Aku...aku...cintakan dia....Kau rasa, aku perlu beritahu dia ke tak tentang perasaan aku ni?” Hasya ikhlas mengakui hatinya kini telah dicuri. Namun, jawapan yang diberikan oleh Eni sedikit mengecewakannya.
“Jangan....kau jangan bertindak terburu-buru, Hasya. Mungkin Aiman sudah ada yang punya. Dia tu ramai peminat tau. Baik kau lupakan saja dia. Eh, abang Iman tu pun okey apa! Lagi handsome dari Aiman.” Eni cuba mengalihkan perasaan Aisya.
“Iman? Iman mana pulak ni? Aku tak ingatlah. Tak....tak. Aku hanya sukakan Aiman...”
“Hmmm...suka hati kau lah....” Akhirnya, Qurratuaini mengalah.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Dedaunan menari-nari mengikut alunan bayu yang membelai. Awan yang berarak kelihatan sarat menjadikan cuaca sedikit mendung petang itu. Semendung hati Hasya Alanna. Dia begitu terusik dengan kata-kata Jeffry di corong telefon sebentar tadi.
Mengapa menelefon jikalau hanya ingin menyakitkan hatinya?. “Sya, dengan siapa Sya naik motorsikal tempoh hari? Bukan main seronok lagi. Siap hantaq hingga ke dewan kuliah pulak tu. Dengan Jeff pun Sya tak pernah naik motor bersama...Dengan lelaki tu, senang pulak ek?”
Mengapa Jeffry terlalu melulu membuat penilaian terhadapnya?. “Sya dah banyak berubah sekarang kan? Lelaki lain Sya layan bagai nak rak. Jeff ni langsung Sya tak peduli dah. Bila Jeff telefon, susah betul nak angkat. Sya kejam pada Jeff, tau dak? Mungkin Sya dah tak sayangkan persahabatan kita ni lagi kot.”
Adakah hanya kerana dia membonceng motorsikal ditunggangi lelaki lain menjadikannya perempuan murahan?. “Jeff tak sangka, Hasya yang selama ini begitu tinggi nilai kesantunan, tidak lagi pandai menjaga kesopanan diri!”
Tidak adil untuk Jeffry berfikiran sebegitu terhadapnya. Mereka bukannya sehari dua mengenali antara satu sama lain. Hasya begitu kecewa dengan tindakan Jeffry yang memarahi dan menuduhnya yang bukan-bukan. Dia hanya mampu mendiamkan diri. Bukan mengiakan kata-kata rakan karibnya itu, tetapi kerana terkejut dianggap sebegitu. Air matanya tidak dapat dibendung. Hasya menangis semahu-mahunya. Jeffry yang masih menunggu Hasya membalas kata-katanya tergamam apabila mendengar tangisan rakannya itu. Serta-merta perasaan bersalah hinggap di hatinya. Namun, Jeffry hanya membisu. Membiarkan hanya sedu-sedan itu berlagu dan bermelodi. Dia harus menunggu. Dia mahu Hasya berterus-terang dan mengatakan bahawa perkara itu tidak pernah terjadi, sama seperti telahannya. Seterusnya, membuktikan bahawa apa yang diberitakan oleh Mira kepadanya sebentar tadi adalah palsu belaka. Dia tidak sanggup menerima sekiranya perkara itu benar-benar terjadi. Tidak sanggup mengakui bahawa Hasya sudah mempunyai teman istimewa dalam hidupnya....Tidak...! Walaubagaimanapun, penantian Jeffry Mirza berakhir hampa setelah Hasya bertindak memutuskan panggilan tanpa berbicara walau sepatah...

Pandanglah ke langit
Andai di situ kau lihat aku....
Lihatlah ke bulan
Kiranya di situ adanya wajahku...
Renunglah ke dasar hati
Kerana di situlah cinta untukmu bersemadi...

~the end of part 6~

Friday, December 17, 2010

Part 5 ~>Andai Esok Hari Terakhirku...

Ni die sambungan part 5, ....;)




Kuliah pagi itu berjalan seperti biasa. Namun, ada kejadian tidak terduga bakal terjadi antara Nik Azsmeer Iszkandar dan Hasya Alanna. Jeng, jeng, jeng.....!
“Hasya, tunggu. Ikut aku kejap.” Nik dengan rakus menggenggam tangan Hasya keluar dari dewan kuliah sebaik sahaja kelas berakhir.
“Apa ni, Nik? Sakitlah.”
“Oh, sakit ek. Kau tau tak, hati aku lagi sakit tau!”
“Eh, hati kau sakit? Bila nak operate?”
“ Kau jangan nak melawak pulak. Aku serius ni, okey! Kau cakap, kenapa kau tak datang library semalam? Aku call kau, tak angkat-angkat. Aku risau. Kau tau tak?”
Jeritan Nik yang agak kuat itu mengejutkan Hasya. Dia tergamam. Kemudiannya barulah dia menyedari bahawa dia tidak menghadirkan diri ke perpustakaan Universiti petang semalam sedangkan dia telah berjanji dengan Nik. Alamak, macam mana boleh lupa ni!
“Nik, aku minta maaf ek. Semalam aku....aku...hm...macam mana nak bagi tahu ni?”
“Kau apa? Lupa? Ha, tulah sebabnya aku pantang betul deal dengan orang perempuan ni! Ada saja alasan. Kalau tak nak datang tu, cakaplah awal-awal. Ni tak. Separuh mati aku tunggu kau. Ingatkan entah apa yang jadi dengan kau, tau tak?”
“Aku betul-betul minta maaf. Aku betul-betul terlupa tentang discussion tu. Lagipun, semalam aku off handphone. Sorry la ek.”
“Yang kau off handphone tu apasal? Menyusahkan orang aje.”
I’m so sorry. Okey, okey. Petang ni kita siapkan assignment  tu ek?”
Sorry? Senangnya kau cakap. Takde, takde. Petang ni aku ada date dengan Ema. Tak boleh.”
“Eleh, merajuklah tu. Eh, Ema mana pulak ni! Hari tu aku nampak kau keluar dengan Eni. Kau jangan cuba nak main-mainkan perasaan dia. Dia kawan aku tau!”
“Dengar sini. Aku tak suka orang lain campur tangan dalam urusan aku. Jangan cuba nak berlagak baik, nak bagi tahu aku apa yang patut dan tak patut aku buat. Mind your own business, okey!”
“Kau ingat dengan perangai kau yang playboy tu, ada perempuan nak lekat? Sorry la.”
Hey, kau ni tak reti bahasa ke! Punya pasal aku la nak jadi playboy ke, mat bunga ke...kau ingat cinta sejati wujud ke kat dunia ni? Nonsense! Kalau kau nak cakap kat Eni, kau cakaplah. Kau cakap kat dia, aku tak pernah jatuh cinta dan takkan jatuh cinta dengan sesiapa pun. Tambah-tambah lagi dengan dia. Okey?” Nik kemudiannya terus berlalu dengan rasa marah yang masih bersisa. Lantas kunci motorsikalnya dicapai dan meninggalkan Hasya bersama rasa ketidakpuasan hati dengan sikapnya itu.

Sebetulnya, Nik adalah lelaki kasanova. Boleh dikatakan dia menukar teman wanita seperti menukar baju. Walaupun begitu, dia tidak pernah mempercayai setiap perempuan yang hadir dalam hidupnya. Baginya, mereka hanya berminat dengan harta dan kedudukannya sebagai anak seorang usahawan terkenal. Lagi pula, ketampanan yang diwarisi daripada ibunya yang berketurunan Inggeris memudahkan Nik Aszmeer Iszkandar menarik perhatian sesiapa sahaja. Sikapnya yang mengganggap cinta adalah permainan itu adalah disebabkan situasi keluarganya sendiri. Ibu dan bapanya tidak pernah sefahaman. Tinggal di rumah umpama mahligai itu tidak sedikit pun menggembirakannya. Tambah  menyulitkan keadaan, ibunya dikesan mempunyai hubungan sulit dengan pekerja syarikat mereka sendiri. Setiap hari, pasti ada sahaja pertelingkahan yang berlaku. Disebabkan itu, Nik bertekad tidak mahu menjadi lelaki seperti ayahnya. Sanggup diperbodoh dan diperkotak-katikkan oleh perempuan. Oleh itu, dia nekad tidak akan jatuh cinta dan sehingga kini, tekadnya itu tidak pernah tewas.

“Awak Hasya Alanna kan? Ini ada orang bagi kat awak. Chaw dulu.” Seorang mahasiswa lelaki terus berlalu sebaik sahaja menyerahkan satu bungkusan hadiah yang agak besar. Hasya yang masih bingung dengan kerenah Nik sebentar tadi bertambah pening apabila memikirkan siapa agaknya yang bermurah hati ingin memberikan hadiah tersebut kepadanya.
“Awak, awak. Tunggu kejap. Siapa yang bagi hadiah ni?”
“Tak tau. Saya tolong serahkan je. Okey, bye.”
“Ei, tak sempat nak tanya dah cabut lari! Hm, hari ni hari jadi aku ke? Bukan. Dia silap orang kot...Tapi, memang dia sebut nama aku tadi.” Hasya mengomel sendirian.
Tanpa berlengah, Hasya terus mengatur langkah pulang ke asrama. Hatinya yang tadi geram dengan tindakan Nik menengking dirinya seakan-akan terubat apabila memperoleh hadiah tersebut. Otaknya ligat berfikir, siapakah agaknya yang mengirimkan hadiah itu kepadanya. Sudahlah pengirim kad dan bunga masih belum diketahui, alih-alih dapat hadiah pula. Pening, pening.

“Assalammualaikum. Hasya Alanna ke tu?”
“Waalaikummussalam. Ya, Hasya Alanna bercakap.”
“Dah bukak hadiah tu? Sayang suka tak?”
Chup, chup. Ni Jeff ek?”
“Yela. Abang la ni. Takkan dah tak kenal kot. Ni number baru abang. Sorok-sorok dari Mira. Kalau dia tau, mampus.”
“Jeff, awat yang Jeff dok panggil sayang, abang lagi ni? Sya tak suka. Banyak kali Sya dah cakap kan? Awat Jeff  ketegaq sangat ni? Biaq la panggilan tu antara Jeff dan Mira ja, okey? Ha, ni bagi hadiah ni kenapa?!”
“Sya dah lupa ka? Hari ni kan hari ulangtahun perkenalan kita. Dah 11 tahun kita kenal. Jeff ingat lagi, kita mula-mula kenal masa darjah satu kan. Masa tu bulan Februari. Ha, bulan ni la! Jeff baru ja pindah ke sekolah tu dan orang pertama yang menjadi kawan Jeff masa tu, Sya la. So, hadiah ni sempena usia perkenalan kita yang dah lebih satu dekad ni. Sya suka tak selendang dan teddy bear tu?”
“Jeff, janganlah macam ni. Dari dulu Jeff asyik beli tu, beli ni untuk Sya. Bilik Sya kat rumah tu rasanya dah penuh dengan hadiah-hadiah dari Jeff. Ni ha, handphone ni pun Jeff baru ja beli dua bulan lepas untuk Sya! Kalau Mira tau, kecik hati dia nanti.” Hasya Alanna menyuarakan suara hatinya yang tidak senang apabila Jeff melebih-lebihkan dirinya berbanding Mira, teman wanitanya sekarang.
“Mira, Mira, Mira...Boleh tak stop talking about her? Ini antara kita berdua. Tak ada kena-mengena dengan dia pun. Lagipun, you are my best friend and dia tak ada hak nak halang dengan sesiapa Jeff nak berkawan. Okey?”
“Dan Sya pulak ada hak untuk menolak pemberian Jeff ni, kan?”
“Sya, please! Jeff tau, kalau Jeff tak gantikan handphone Sya yang hilang tu, lagilah senang Sya nak jauhkan diri dari Jeff kan. Jeff cuma nak kita rapat macam dulu. Masa kat sekolah dan sebelum Jeff couple dengan Mira. Jeff minta maaf kalau hubungan Jeff dengan Mira mengeruhkan hubungan kita. Kalau Sya nak, Jeff sanggup putuskan hubungan dengan Mira sebab....sebab Jeff perlukan Sya lebih daripada Jeff perlukan Mira. Jeff tak biasa tanpa Sya....Hello...Sya, Sya....!”
Tuuuuuuuuuttttttttttttt.......Hasya memutuskan panggilan. Dia tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan Jeff. Sanggup ingin memutuskan hubungan dengan Mira walhal, dahulu dia yang beria-ia meminta pertolongannya untuk menyatukan mereka berdua. Pada mulanya, Hasya agak pelik dengan sikap Jeff yang tiba-tiba mahu menjalinkan hubungan dengan Mira sedangkan sebelumnya, dia kelihatan begitu jengkel dengan sikap Mira yang cuba merapatinya. Namun, memikirkan mungkin Jeff telah jatuh cinta setelah bersusah-payah Mira cuba mendapatkannya.....Hasya menuruti sahaja kehendak Jeff. Hasya sendirilah yang menyuarakan hasrat hati Jeff kepada Mira walaupun Mira pernah memalukannya di kafeteria asrama. Demi rakan baiknya itu, Hasya sanggup berhadapan dengan Mira. Tambah menyakitkan hati, tergambar riak kemenangan di wajah Mira apabila dia mengetahui Jeff memilih dirinya berbanding Hasya. Masih lagi terngiang-ngiang kata-kata Mira kepadanya hari itu.
“Hahaha...Aku dah agak. Mesti Jeff akan memilih aku....daripada kau. Perempuan tak sedar diri. Tak sangka, kau terpaksa memberitahu sendiri kemenangan musuh kau, kan? Dengar sini. Aku tak nak kau dekati boyfriend aku tu lagi lepas ni. Jangan ingat kau boleh rampas dia, perempuan perasan.”
“Kami hanyalah kawan. Dari sekolah sampai sekarang. Tiada yang lebih dari itu antara kami. Aku rasa aku dah bagi tahu kau kat kafeteria hari tu, kan? Kau tak dengar ataupun kau pekak sebenarnya?”
How dare you! Hei, kau ingat aku tak tau sebenarnya kau mencintai Jeff kan? Hahaha...Walau apa pun, Jeff dah pilih aku! So, blah la! Tunggu apa lagi?”
Before that, once again, I am telling you, Jeffry Mirza bin Rizman Helmi is my best friend. I just want him to be happy and if he think you are the one who could make him to be so, I would always support. No matter who you are. No matter what you have done to me.....because...I love him. Love him as my friend. Remember that.” Nak speaking konon, aku pun boleh la.
There is no love between friends... you, silly.”
Well, if that is what you think, then it’s wrong. We are friends and we love each other. Because of that love, I am standing here telling you the most unacceptable things I’ve ever known. That’s it. I’ve done my part. Assalammualaikum.”
Setelah itu, Hasya terus meninggalkan tempat pertemuan mereka dengan rasa sakit hati yang amat sangat. Namun, dia puas. Dia puas kerana dapat menunaikan hasrat rakan karibnya, Jeffry Mirza. Biarlah dirinya dianggap apa sahaja, asalkan dia dapat membalas jasa Jeff yang selama ini banyak membantunya. Jefflah penemannya ketika dia kesedihan. Pengubat sepi kala kesunyian. Dialah rakan di kala susah mahupun senang. Telah banyak yang mereka tempuhi bersama. Berbagai onak, duri, dugaan dan halangan yang telah dihadapi sepanjang usia persahabatan mereka dan kini, Jeffry senang-senang mahu memutuskan hubungan dengan Mira setelah dia bersusah payah menyampaikan hasrat hatinya itu. Tidak adil....
Alunan lagu dari telefon bimbit pemberian Jeff menyedarkan Hasya dari lamunan. Telefon bimbit tersebut memainkan lagu ‘Tak Bisa Memilihmu’ nyanyian 6ixth Sense menandakan adanya panggilan sedang menanti. Hasya mematikan hasrat untuk menerima panggilan tersebut setelah melihat nama Jeff terpampang di dada skrin telefon. Akhirnya panggilan itu mati sendiri apabila Hasya Alanna hanya membiarkan sahaja.
Air matanya  mengalir tanpa disedari. Dia juga mahukan perhubungan mereka kembali seperti dulu. Namun, dia juga tidak mahu digelar perampas. Tidak mahu digelar perempuan tidak tahu malu atau apa sahaja yang diperkatakan oleh pelajar-pelajar Universiti itu. Hasya tahu siapa dalang yang telah memburuk-burukkan namanya kepada seantero kampus. Mira...Miralah dalangnya.
Mira sememangnya terkenal dengan sikapnya yang degil dan bongkak. Dia menganggap segala benda di dunia ini boleh dibeli dengan wang ringgit sepertimana dia pernah cuba menyogok Hasya untuk memutuskan hubungan dengan Jeff melalui bayaran yang bukan sedikit jumlahnya. Namun, Hasya tidak buta. Hasya bukannya bodoh untuk menggadaikan persahabatan mereka. Malah, persahabatannya dengan Jeff sudah seperti sebuah pertalian darah kerana Hasya lebih rapat dengan Jeff berbanding dengan abang-abang kandungnya sendiri. Sewaktu zaman persekolahan, mereka seperti belangkas. Ke mana-mana sahaja berdua. Ada juga yang curiga dengan perhubungan mereka malahan ramai juga guru yang salah anggap bahawa mereka adalah pasangan kekasih. Jeff yang merupakan Ketua Pelajar waktu itu menerima tamparan hebat setelah dikatakan melanggar prinsip Lembaga Pengawas itu sendiri apabila dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Hasya yang pada waktu itu merupakan Setiausaha Lembaga Pengawas.
Akan tetapi, Jeff tidak pernah mengganggapnya sebagai alasan untuk mengakhiri persahabatan mereka. Jeff tetap teguh mempertahankan persahabatan yang dibina dan cuba meyakinkan semua bahawa mereka hanyalah kawan walaupun ketika itu Hasya sudah berputus asa...Betapa tingginya nilai persahabatan mereka. Persahabatan antara Hasya Alanna dan Jeffry Mirza bukanlah untuk dijual beli....Lebih-lebih lagi oleh Mira, gadis yang ego dengan kemewahan hidup yang dimiliki. Namun, rasa terkilan begitu mengusik tangkai hatinya setelah Jeff berkeputusan untuk menerima Mira sebagai kekasihnya. Luluh hatinya ketika itu. Mengapa mesti perempuan itu? Perempuan yang telah memalukan Hasya di hadapan pelajar-pelajar lain di kafeteria dan yang telah memburuk dan mempermainkan harga dirinya...! Namun, atas nama persahabatan, dia merelakan sesiapa sahaja pilihan Jeff....
Tidak....! Kini dia tidak mampu lagi membohongi diri dan memaksa hati untuk merelakan perhubungan mereka. Biarlah dia menjauh pergi. Dia ingin bebas. Dia tidak mahu menjadi batu penghalang antara Jeff dan Mira. Hasya menganggap sudah tiba masanya dia dan Jeff diberi ruang untuk mengecap kebahagiaan sendiri....Ya, sendiri.
Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Hasya yang masih dalam tangisan serta merta mengangkat dan menjawab.....
“Nak apa lagi? Sudahlah....kita tak mungkin jadi seperti dulu semula. Lupakan Sya. Lupakan segalanya. Hidup kita kini punya haluan yang berbeza....Lepaskan Sya.....!” Luah Hasya sepenuh perasaan bersama linangan air mata. Sedu-sedannya jelas kedengaran.
Tiba-tiba ada suara di hujung sana........
“Sya? Sejak bila kau bahasakan diri kau Sya dengan aku ni? Kau menangis ke? Tak kan sebab kata-kata aku kau menangis beria macam ni? Adoi...cakap macam tu pun dah lemah? Perempuan, perempuan. Oi, kuat la sikit. Kau ingat kau boleh cantik ke kalau menangis meratap macam ni? Tak ada kesedaran sivik langsung!”

Ha? Nik? Alamak, malunya aku. Ingatkan Jeff tadi. Apasal la aku tak tengok dulu siapa yang call! Ini tak, main hentam je. Hmm...buat dek je la. Hasya berkata-kata dalam hati.
“Eh, apa kena mengena kesedaran sivik dengan menangis? Lagi pun, aku cantik ke tak cantik ke, apa kau kisah. Muka aku. Bukan muka kau. Kalau kau call aku semata-mata nak membebel tak tentu pasal, baik tak payah. Lagi satu, jangan kau nak pandang rendah pada perempuan. Jangan sampai satu hari nanti kau yang tersungkur disebabkan perempuan. Masa itu, baru kau sedar perempuan itu bukanlah selemah yang kau katakan...okay!!!”
“Yang kau nak emosional sangat ni kenapa? Hei..! Kalau bukan sebab assignment, aku takkan suka-suka nak call kau la. Buat habis kredit aje. Waste my time and money. Berderet lagi perempuan lain tunggu call daripada aku. Kau tau tak?”
“Ha, apa lagi. Cakap la cepat. Kang lama pulak awekssss kau yang berderet tu tunggu.”
 “Esok petang kita jumpa kat library. Siapkan assignment Cik Bahiyah tu. Lagi cepat habis, lagi bagus.”
“Esok petang? Okay. Lepas kelas kita terus siapkan assignment tu. Tinggal sikit aje lagi nak siap.”
Okay, bye..” Secepat kilat talian dimatikan.
“Apa hal Sya?” Wani yang terdengar perbualan tersebut terus sahaja bertanya. Hairan mendengar suara Hasya yang kadang-kala kedengaran tinggi. Tidak seperti selalu.
“Nik ni ha. Sekejap okay. Sekejap tak. Betul-betul dia marah sebab aku ungkit pasal Eni kot? Hm...biarlah..Lagipun memang dari dulu lagi Nik bukan suka sangat dengan aku. Mentang-mentanglah aku ni tak secantik dan seseksi perempuan-perampuan lain yang dia kenal. Sesedap hati dia aje nak melayan aku ikut mood dia. Dia ingat aku tak cantik?! Aku letak bedak banyak-banyak baru dia tau...! Ei, geramnya....!!”
“Hahahaha...kau ni Sya. Sempat lagi berlawak ek. Kau tak payah peduli sangat dengan Nik tu. Bukan kau tak tau. Dia tu playboy. Suka yang seksi-seksi aje. Macam kita ni, sebelah mata pun dia tak pandang tau.” Seperti ada nada kecewa di hujung kata-katanya.
“Hai, Wani! Dengar macam kecewa aje. Kau suka kat Nik ek? Bagi tahu aku cepat.” Hasya membalas sambil mengenyitkan matanya sedikit. Terasa ada rahsia yang tertanam di hati rakan sebiliknya itu.
“Ha, kau jangan nak serkap jarang ek! Aku cakap benda betul la. Lagi pun, takkanlah aku nak suka pada playboy macam tu. Tak ada taste betullah kau ni. Lainlah macam Shahir AF8 tu. Handsome. Baik. Beragama. Macho. Baru kena dengan aku. Hahaha...” Wani membalas kembali. Kali ini, dia pula mengenyitkan matanya berulang kali kepada Hasya.
“Kau ni kan Wani, sehari kalau tak sebut nama Shahir, memang tak sahlah jawabnya. Dahlah. Daripada aku melayan angan-angan tahi ayam kau tu, baik aku layan angan-angan aku. Ada jugak faedahnya. Tolong tutup lampu tu sekejap, Cik Minah Jenin. Tuan puteri hendak beradu ni. Hehehe...”
“Ceh...oooo...Minah Jenin ek. Kalau macam tu, tuan puteri tutuplah sendiri lampu itu hendaknya kerana beta mahu berangan....hahaha.”
“Hai, apalah nasib aku dapat roomate gila bayang.....”

Setelah itu, Hasya Alanna melelapkan mata melayari mimpi indahnya. Mimpi indahnya bersama Aiman Heykal walaupun sesekali mimpinya itu diusik jelmaan Jeffry Mirza bersama Mira.....
Pada masa yang sama, lelaki itu....Iman Rizal, masih merenung langit malam....mengharapkan Aurora muncul bersama cinta.....



Jadikan cinta itu semerah darah....
agar ia sentiasa pekat mengalir di seluruh jasad dan sanubari...
Jadikan cinta itu sebiru langit....
agar ia sentiasa luas tiada penghujungnya....
Jadikan cinta itu sehijau pepohonan....
agar ia sentiasa mekar, hidup berpanjangan....
Jadikan cinta itu sejingga mentari....
agar ia sentiasa setia memberi cahaya menyinari hari....
Jadikan cinta itu berwarna-warni….
Agar ia bisa menceriakan kembali naluri yang mati…

~end of part 5~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...