Nurreez's Lurvely Lalink~>

Thursday, March 17, 2011

Part 11 ~ Andai Esok Hari Terakhirku


Assalammualaikum sumer...huhuhu..Nurreez lama sgt tak hupdate blog kesayangan nie..sorry ye bg sesiapa yg tertunggu2 sambungan novel Nurreez ni..Ekceli, Nurreez dlm keadaan yg amat sukar sekarang..ibarat jatuh tersungkur, tersembam ke tanah la..Mungkin ada yg diantara korg pernah rase pe yg Nurreez rase sekarang..Saket seyh..Saket sangat bila putus cinta ni..(ttg ni, InsyaAllah Nurreez akan luahkan dlm post2 akan dtg..)..Pale, otak, minda n fikiran Nurreez skang pn tgh xbtol lg..Hokeyh, meh kite bace sesama ye..(xmo cedey2..huhu)..cm biasa, read, feel, touched n enjoy bebeh..:))



“Hello, Kal....Jom keluar esok, nak? Eni ada nak beli barang sikit la. Tapi tak ada orang nak temankan. Eni ingat nak beli baju baru...Asyik pakai baju sama je ke kuliah... Temankan Eni ek Kal...” Qurratuaini merengek manja di hujung talian.
“Eni, sorry banyak-banyak. Kal dah janji dengan Hasya nak....” Belum sempat ayat Aiman Heykal dihabiskan, cepat-cepat Qurratuaini memotong setelah menyedari nama ‘saingannya’ disebut.
“Aaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh! Asyik asyik, Sya. Tak habis habis dengan Hasya Alanna, perempuan kampung tu. Perempuan tak sedar diri! Perasan lawa! Perasan saham tinggi! Kalau bukan sebab Eni yang suruh Kal mengorat dia, tak akan ada la lelaki yang nak kat Hasya tu. Kan Kal kan?” Meluncur laju perkataan yang menggambarkan rasa hatinya selama ini. Sudah lama dia ingin meluahkan rasa tersebut dan kali ini biarlah dia keluarkan semuanya. Membongkar segala rasa ketidakpuasan hati terhadap Hasya Alanna.
“Eni...kenapa cakap macam tu....?” Aiman Heykal sedikit tersentak dengan pernyataan yang keluar dari mulut Qurratuaini. Dia tidak menyangka bahawa Qurratuaini sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian rupa terhadap rakan baiknya sendiri.
“Kal ni kenapa, huh!? Kal dah lupa ke janji kita dulu? Kal, Kal dah tak sayangkan Eni ke? Dah jatuh cinta dengan Hasya? Dah lupakan perjanjian tu?” Kali ini giliran Qurratuaini pula terkejut dengan tindak balas Aiman Heykal. He’s so not him!
“Ha? Hurmmm......apa? lu...pa? Hurmmmm....mana ada...Kal...Kal..ingat lagi....” Aiman Heykal tergagap-gagap menjawab pertanyaan yang memang telah dijangka akan diluahkan oleh Eni.
“Baguslah kalau Kal ingat lagi...sebab Kal dah lepasi ujian tu. Jadi, Kal tak perlu lagi couple dengan Sya ek. Dah dekat setahun dah. Eni nak Kal putuskan hubungan dengan Sya secepat mungkin. Eni tak sanggup tunggu lebih lama lagi. Eni nak Kal jadi milik Eni seorang, kalau boleh hari ni jugak tau..” Qurratuaini mula menggambarkan riak kemenangan di pihaknya. Padan muka kau, Hasya. Lepas ni, biar aku pulak yang tayang Aiman Heykal di depan mata kau. Biar kami pula yang jadi pasangan paling romantis di kampus ini. Biar kau pula memendam rasa cemburu. Hahaha....Qurratuaini sempat lagi bermonolog sendiri.  
“Apaaaaaaaaa!? Putus dengan Sya? Tak boleh, Eni..Tak boleh...!!!”
“Kenapa tak boleh pulak? Kal nak khianati perjanjian kita? You tak guna, Kal...Tak gunaaaaaaa!!!” Qurratuaini seperti disampuk histeria mendengar jawapan Aiman Heykal itu. 
“Eni..sabar, Eni...Kal maksudkan, Kal tak boleh putuskan hubungan dengan Sya sekarang. Bukan bermaksud Kal tak nak putus dengan dia. Just, give me time, okay?
Time for what? Untuk menambahkan cemburu Eni ni?”
“Bukan macam tu, Eni...bagi Kal masa, for me to find the right time to break up with her. Kita tak boleh terburu-buru, Eni. Nanti Hasya tau tentang perjanjian tu macam mana? Biar Kal cari jalan untuk buatkan Sya yang putuskan hubungan dengan Kal supaya dia tak rasa curiga dengan hubungan kita nanti, okay sayang?” Aiman Heykal sendiri tidak pasti dengan kata-kata yang diucapkannya itu.
“Owh! I see...Well, you’re brilliant, honey..!.Okay, I’ll wait for good news from you, now on...Love you, baby...Mmmuahh...”  Senyuman terukir semula di wajah Qurratuaini. Kali ini dia yakin dengan kata-kata Aiman Heykal. Dia yakin bahawa selama ini hanya dia di hati lelaki itu, bukan Hasya Alanna. Lantas talian dimatikan.

Setiap hari, perbualan dengan Qurratuaini itu sentiasa menghantui Aiman Heykal. Dia tidak tahu membuat pilihan antara Hasya Alanna ataupun Qurratuaini. Dia rasa sayang untuk melepaskan Hasya setelah gadis itu berjaya mencuri hatinya. Hati yang dahulunya disangkakan untuk Qurratuaini, namun sebenarnya milik Hasya Alanna. Hanya untuk Hasya...Tetapi, dia juga telah berjanji kepada Eni untuk melepaskan Hasya setelah ujian Eni itu berjaya dilaksanakan. Dan...tinggal beberapa hari sahaja lagi dia dan Hasya bakal meraikan ulang tahun percintaan yang pertama.!  Hari ini pula merupakan hari terakhir mereka berjumpa memandangkan esok Hasya Alanna akan bertolak pulang ke Pulau Pinang bagi menghabiskan cuti pertengahan semesternya di sana. Aaaaarrrrhhhhgggggg....! Buntu...Buntu...Aiman Heykal buntu sebuntu buntunya.

“Kal, cantik tak tudung pink ni? Sya nak matching kan dengan baju kurung yang Kal belikan hari tu. Tapi warna tudung ni terang sangatlah pulak. Tak masuk dengan kulit Sya yang nak kata cerah tak cerah, gelap tak gelap ni...Kan Kal kan? Kal...? Abang..?”
“Ha...? Apa Sya? Kal tak dengar...Apa dia sayang...Ulang balik...hehehe..”
“Kal, kenapa ni...?Asyik mengelamun je. Kesian Sya tau cakap sorang-sorang dari tadi. Tak nak tanya Kal lagilah macam ni.”
 “La, merajuk pulak bucuk abang ni...hehehe...Kal tengah berangan raya nanti kita pakai baju warna sedondon la. Tu yang sampai tak perasan cik adik cayang ni tanya. Ha, kalau sayang tak nak tanya kat abang, nak tanya kat siapa lagi?”
“Baik Sya tanya kat pakcik jual sayur seberang jalan sana lagi bagus.”
“Apa???? Pakcik jual sayur? Mana? Mana? Muka dia handsome sangat macam Brad Pitt ke sampai awek manja Kal ni nak tanya kat dia? Kalau macam ni, Kal nak jadi penjual sayur la. Gerenti hari-hari sayang beli tudung kan...hahaha”
“Isy, tengok tu. Orang cakap betul-betul, dia main-main ek.”
“Orang? Orang mana?”
“Orang la. Muka Sya ni tak nampak macam orang ke?”
“Muka Sya nampak macam...macam...hmmm..” Aiman Heykal sengaja mengulang-ngulang kata-katanya. Kasi suspens...hahaha..
“Macam apa? Macam apa? Baik cakap cepat..”
Aiman Heykal mendekatkan sedikit bibirnya ke telinga Hasya Alanna yang ditutupi tudung bawal biru dan sambil menguntum senyuman manis, dia membisikkan...
“Sya macam bidadari dari syurga, sayang....” Matanya kemudian beralih ke wajah Hasya dan kemudian satu kenyitan dihadiahkan buat gadis kesayangannya itu.
“Bidadari dari syurga? Macam pernah dengar la ayat ni..Tapi kat mana ek?” Hasya berbisik halus tetapi masih dapat ditangkap butirnya oleh Aiman.
“Kal baru first time rasanya cakap Sya macam bidadari dari syurga. Tu pun spontan aje keluar. Ada lelaki lain pernah sebut ke? Cakap betul-betul. Jangan nak berahsia lagi macam kes kendong-mengendong hari tu. Kal tak suka, okay.” Aiman Heykal membentak.
“Isy, tengok tu! Sikit-sikit nak marah. Don’t worry. Sya bukannya gadis terhangat di pasaran macam Eni sampai ada lelaki lain nak sebut macam tu pada Sya. Cukuplah Kal sorang aje, okay. Cenyum cikit...Cenyum la...haaa...kan handsome macam tu...hihi.”
“Sya, esok Sya dah nak balik Penang kan. Sya jangan nakal-nakal sepanjang kita tak jumpa ni tau. Jangan ada lelaki lain pulak ya. Kal sayang sangat kat Sya. Janji ek...”
“Apa yang Kal merepek ni. Tak ada lelaki lain la. Hanya Kal sorang aje dalam hati ni..Sya Janji..”
“Betul ni? Okey, kalau macam tu, Sya ambil tudung ini, ini dan ini... Ambil semua jela...Kal bayar...okey, sayang?”
“Tak nak lah...Sya nak tudung ni aje. Biar Sya bayar sendiri ek. Simpan duit Kal tu.”
“Simpan untuk apa? Kahwin dengan Sya ke? Hihihi..”
“Isy, ke situ pulak dia.”
“Duit Kal pun duit Sya jugak nanti, sayang.”
“Tak nak. Sya tak nak susahkan Kal. Okey, Kal tunggu sini ek. Sya nak pergi bayar kejap.”
“Jangan lama-lama tau. Nanti Kal rindu.”
“Ngada-ngada.”

Mereka berdua berjalan beriringan ke kedai makan berhampiran sebaik sahaja Hasya membuat pembayaran. Adakalanya Kal cuba untuk memegang tangan Hasya namun gadis itu cepat-cepat menolak. Bagi Hasya, tidak manis untuk pasangan bukan muhrim berpimpin tangan ke sana ke mari. Ada prinsip yang perlu dijaga. Ada syariat yang perlu dipatuhi. Sehangat manapun cinta mereka, sebanyak manapun Kal memujuknya, dia tidak akan sekali-kali melupakan adab dan susila yang telah diterapkan dalam diri semenjak kecil lagi itu.
Namun, tanpa disedari ada seseorang mengekori mereka dari belakang. Di wajahnya tergambar riak yang penuh dengan kebencian dan rasa tidak puas hati melihatkan kemesraan antara lelaki idamannya kini dan gadis itu yang menjadi rakan sekuliah malahan pernah menjadi rakan sebiliknya itu.
“Hai..Sya, Kal! Mesra nampak. Sampai tak perasan orang lain kan...” Qurratuaini tiba-tiba muncul ketika Hasya Alanna dan Aiman Heykal baru sahaja mengambil tempat dan berkira-kira untuk memesan makanan di kedai makan ala Thai itu.
Oh! E...ni...awak..awak..buat apa kat..kat sini...?”Tergagap-gagap Aiman Heykal menuturkan kata-kata yang seakan-akan tersekat di kerongkong itu sebaik sahaja disapa oleh gadis itu. Gadis jelita yang langsung dilupakan setelah hatinya semakin hari semakin mekar dengan cinta gadis di sebelahnya kini, Hasya Alanna. Gadis biasa dari luaran namun luar biasa tarikannya.
“Buat apa kat sini? Nak makan la. Ini kan kedai makan. Takkan nak pilih tudung ‘free’ kot. Eni ni tak sehebat Hasya sampai ada lelaki tergila-gila. Sanggup belikan apa saja. Eni ni, bukan kata nak dapat tudung, dibelanja makan pun tak pernah lagi tau. Hai, bertuah kau Hasya. Kolot-kolot kau pun pakwe sayang...” Ada sengihan sinis diberikan.
Dush...Aiman Heykal terasa seperti tertumbuk muka sendiri. Begitu mendalam kata-kata Qurratuaini itu. Mungkinkah dia mengekori setiap gerak geri mereka sedari tadi? Wajahnya mula memerah. Dia keliru dengan perasaannya kini. Hatinya seolah-olah mengutuk perbuatan Qurratuaini mengekori mereka. Hatinya seakan-akan marah dengan kata-kata sindiran gadis itu. Hatinya geram mendengarkan Hasya dikatakan kolot. Tidak. Hasya tidak kolot. Hasya seorang gadis yang punya prinsip. Punya pegangan. Punya pendirian. Hasya bukan seperti gadis lain. Mungkin luarannya nampak kolot dan konservatif, namun dalamannya ‘canggih’ dengan pemikiran dan pemahaman tentang siapa dia sebenarnya.
“ Kalau ada orang belikan tudung pun, Eni nak ke pakai...” Ada sindiran tajam dibalas oleh Aiman Heykal. Memperlekehkan cita-cita Qurratuaini yang secara sinis mahukannya menghadiahkan tudung sedangkan gadis itu sendiri pernah menyifatkan gadis bertudung itu kolot, sepertimana Hasya Alanna. Entah kenapa dia terasa perlu untuk mempertahankan Hasya Alanna dalam keadaan ini. Tidak langsung dipedulikan perasaan Qurratuaini yang tentunya akan terguris dengan kata-katanya itu.
“Eni, jemputlah duduk. Makan dengan kitorang sekali...” Hasya Alanna mencelah setelah menyedari ada riak ketegangan antara mereka. Dia cuba mengukir senyuman semanis mungkin sambil mempelawa Qurratuaini menyertai mereka walaupun kata-kata rakan sekuliahnya sebentar tadi itu melukakan hatinya.
“Tak apa lah. Aku tak sukalah nak kacau detik-detik romantis pasangan paling bahagia di dunia macam korang ni. Aku nak bungkus aje. Makan kat luar ni tak best kalau tak ada pakwe teman. By the way, tudung yang kau beli tu tak sesuailah Hasya. Warna pink tak masuk dengan kulit macam kau. Okey lah, bye...”

Qurratuaini mengatur langkah keluar dari kedai makan tersebut bersama rasa cemburu dan marah yang tidak dapat dibendung. Dia menangis semahunya. Tidak dihiraukan lagi pandangan orang sekeliling. Yang pasti, dia yakin bahawa Aiman Heykal pastinya telah jatuh hati kepada gadis kolot itu. Dia dapat lihat dengan jelas wajah Aiman Heykal yang tidak senang dengan kehadirannya. Kalau sebelum ini, sudah pasti Aiman Heykal yang akan mempelawanya terlebih dahulu. Kalau sebelum ini, Aiman Heykal sudah pasti akan mengukir senyuman paling manis padanya walaupun gadis kolot itu ada disampingnya. Kalau sebelum ini, sudah pasti Aiman Heykal akan memaklumkan kepadanya walau ke mana sahaja lelaki itu pergi terutamanya apabila bersama gadis kampung itu.
Namun, kini tidak lagi....Sebaliknya, dia yang perlu mengekori gerak-geri Aiman Heykal untuk mengetahui pergerakan ‘pasangan’ itu. Ah! Dia tidak sanggup terima kekalahan ini. Sebetulnya, dia tidak menjangka akan terasa kehilangan lelaki yang telah beribu kali menyatakan rasa cinta kepadanya itu dan beribu kali jugalah Qurratuaini telah menolak cintanya...dan yang paling tidak dapat diterima akal adalah apabila Aiman Heykal begitu mudah sekali tertawan dengan Hasya Alanna, rakannya yang dilihat paling kolot, naif, kekampungan dan terlalu sederhana dalam segala segi. Berbaju kurung, bertudung, bersandal nipis dan tanpa sebarang solekan...Bagaimanakah gaya seperti itu dapat menarik lelaki sesempurna Aiman Heykal untuk setia dalam hubungan yang pada awalnya hanyalah satu permainan?
“Tak mungkin!!!Kal pastinya mencintai aku. Bukan Hasya.Bukan Hasya. You are mine, Sheikh Aiman Heykal...You’ll always be mine. And I’ll make sure you gonna be mine, forever.
Qurratuaini menanam tekad baru dalam hatinya. Tekad untuk merampas kembali cinta Aiman Heykal terhadapnya...dan dia juga punya rencana tersendiri. Sepanjang seminggu cuti pertengahan semester ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk mencuri kembali cinta Aiman Heykal itu kerana dalam tempoh itu, sudah pasti Hasya Alanna dan Aiman Heykal akan berjauhan. Inilah peluang terbaik untuknya. Peluang yang tidak akan dilepaskan lagi...


Jika jauh, maka dekatkanlah
Jika buta, maka celikkanlah

Jika jatuh, maka bangunlah
Jika cinta, maka hargailah

~end of part 11~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...