Nurreez's Lurvely Lalink~>

Thursday, December 9, 2010

Part 4 ~> Andai Esok Hari Terakhirku...


Owait....nie sambungan novel Nurreez ye....malas nk bebel panjang2...idung dah berair, bersin2, kepala pusing2, mata berpinar2, batok2...aduh...@_@...(coz demam menyerang...once again)...doakan Nurreez sembuh cepat2 yer...(even every month tak sah kalu tak demam..huk3)...cam biase...read, feel, touched and enjoy...<3




“Baiklah, semua. Kami ada tugasan untuk para mahasiswa dan mahasiswi sekalian. Dalam tugasan ini kamu semua akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan disertai seorang fasilitator. Baiklah, kita mulakan sekarang dengan pembahagian ahli kumpulan.” Seorang pelajar yang juga merupakan ketua fasilitator iaitu Fakhrulrazi b. Fakhrulazizi memulakan aktiviti untuk minggu suai kenal Universiti tersebut.
                        Bagi tugasan itu, Hasya Alanna dan teman sebiliknya, Qurratunaini dimasukkan ke dalam kumpulan pertama iaitu disertai oleh sepuluh orang mahasiswa dan mahasisiwi baru beserta seorang fasilitator (ataupun abang fasi..hehehe). Setelah memperkenalkan diri masing-masing, mereka dikehendaki membincangkan satu topik dan topik tersebut akan dikemudi oleh fasilitator tersebut.
“Assalammualaikum semua. Nama saya Ahmad Iman Rizal bin Ahmad Saiful. Saya adalah fasilitator yang bertanggungjawab untuk mengetuai perbincangan kumpulan ini. Baiklah, tajuk kumpulan kita adalah ‘Cinta dan pelajaran. Yang mana satukah menjadi keutamaan?’. Well, menurut undian, kita perlu memilih cinta dan kita akan ditentang oleh kumpulan dua yang akan memilih pelajaran sebagai jawapan. So, start discussing now. Give all the ideas. We have to win this battle. Okey?” Dia meniupkan semangat.
Okey!” Serentak mereka menjawab.
Tiba-tiba bahu Hasya dicuit.
“Hasya, hensem la abang fasilitator ni. Speaking London pulak tu. Kau rasa dia ada makwe ke tak lagi ek?” Qurratuaini membisik ke telinga Hasya.
“Kau ni Eni...mulalah naik bulu kalau nampak yang hensem sikit.”
“Eh, apa pulak aku! Aku tengok abang tu asyik pandang-pandang kau je dari tadi. Kau pun aku nampak curi-curi pandang kat dia. Ha, kau nak aku tanya dia tak? Untung-untung kalau dia tak ada makwe lagi, bolehlah kau masuk jarum. Kau pun dah lama single, kan? Hehehe...”
“Ya Allah. Apalah yang kau merepek ni. Mana ada aku tengok-tengok dia. Lagipun, tak ada kerja dia nak pandang kat aku ni. Lainlah kau.....”
“Orang cakap betul-betul, dia main-main pulak. Tak silap aku, Abang Iman Rizal ni baru putus cinta. Sebab tu lah sekarang ni jadi lelaki terhangat di pasaran tau. Ramai awek nak kat dia. Tapi, semua dia tak layan.”
“Amboi, baru berapa hari kat sini kau dah tau semua tentang dia ek! Mana kau tau ni?”
“Eh, aku kan alert. Terutama kalau yang hensem, hensem. Lagi la....hehehe....”
“Dah, dah. Malas aku nak layan kau. Jomlah cari idea nak bahas ni.”
“Hasya, abang tu pandang kat kau la.”
“Eni......”

Hasya yang sememangnya gemar berbahas begitu teruja untuk melaksanakan tugasan itu. Dialah yang paling banyak melontarkan idea. Namun, setiap ideanya itu akan dibidas oleh fasilitator tersebut.
“Abang Iman, cinta mempunyai definisi yang luas. Bukan hanya untuk sepasang kekasih. Cinta juga milik agama, negara, bangsa, keluarga, rakan, haiwan dan tumbuhan. Tau tak?” Hasya tidak mampu lagi menahan kegeraman yang terpendam apabila kata-katanya seringkali disangkal oleh Ahmad Iman Rizal itu.
Owh, kalau keluarga dan rakan tu abang tau la! Tapi haiwan dan tumbuhan tu macam mana pulak? Awak pernah bercinta dengan pokok dan binatang ke? Hahaha...” Dia meneruskan walaupun dia sendiri akui kata-katanya itu langsung tidak menunjukkan kematangan.
Alah, dah tugas aku untuk mengucar-ngacirkan kumpulan ni! Buat sajalah. Katanya lagi di dalam hati. (Patutlah sangkal bukan main).
Okey, okey. Dengar ni. Kalau tanpa cinta untuk haiwan dan tumbuhan, mungkin dunia ni dah musnah sebab kemusnahan alam tau. Jadi, cinta tu perlu sentiasa ada. Masa belajar, kita perlulah tanamkan rasa cintakan ilmu. Cintakan pengetahuan. Barulah kita akan belajar dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.” Balas gadis itu lagi.
So, apa kena mengenanya dengan tajuk kita ni?” Iman Rizal menyoal dengan nada yang menjengkelkan. Sengaja dia berbuat begitu untuk menyakitkan hati Hasya.
So, bukan bermaksud kita perlu utamakan cinta ataupun menggalakkan bercinta semasa belajar, tapi sebenarnya bercinta dengan pelajaran itu sendiri. Pilihlah bercinta sambil belajar kerana manusia takkan boleh lari dari cinta dan pelajaran pula adalah penting untuk menjamin masa depan yang berjaya.”
“Eh, tak boleh, tak boleh!. Kita kena pilih cinta sahaja. Tak boleh pilih dua-dua.” Iman Rizal menyangkal lagi dan mula menaikkan amarah si Hasya.
“Habis tu, abang dari tadi cakap cinta tu tak elok masa belajar la. Cinta tu bahaya la. Pelajaran lagi penting la. Macam mana kita orang nak pilih cinta sebagai jawapan?” Ahli kumpulan yang lain pun turut sama bersetuju.
“Itu abang tak tau. Yang abang tau, kita ada lima minit saja lagi untuk kumpul semua isi-isi. Kejap lagi akan bermula sesi perbahasan yang sebenar”. Matanya sengaja dijelingkan ke arah Hasya sambil menekankan perkataan ‘sebenar’. Hasya dilihat memuncungkan mulutnya dan membalas jelingan tersebut dengan renungan tajam.
“Tak puas hatilah tu. Baru kena terjah sikit dah naik darah. Macam manalah perbahasan sebenar nanti. Hasya, Hasya. Hehehe....” Hatinya berkata-kata sendirian. Tercuit juga dengan tindakan Aisya yang agak kebudak-budakan itu. Menjeling dan memuncungkan mulut tanda protes. Comel betul.
“Hati-hati, Iman. Perempuan semuanya sama. Mereka hanya bersandiwara. Berdusta. Ya, gadis itu pun sama. Gadis itu....Hasya Alanna. Buangkan apa jua rasa yang cuba bermaharajalela dalam hatimu itu. Ia hanya memusnah dan memakan diri. Jangan sekali-kali lupa apa yang Dewi pernah lakukan padamu dulu. Ingat, Iman.” Tiba-tiba suatu suara halus terngiang-ngiang di telinga Iman Rizal. Suara hatinya sendiri.

Aktiviti perbahasan sebenar dimulakan dengan kumpulan Hasya berbahas menentang kumpulan  kedua. Setiap kumpulan mewakilkan tiga orang pembahas dan yang paling menarik perhatian apabila kedua-dua kumpulan kelihatan tidak mahu mengalah. Isi-isi yang dibangkitkan begitu bernas dan meyakinkan. Hasya yang bertindak sebagai ketua pembahas begitu bersemangat menegakkan pendiriannya.      Sesekali pembahas daripada pihak penentang cuba untuk menyangkal, tetapi Hasya dan pasukannya lebih cekap menongkah dan menyanggah segala isu yang cuba dibangkitkan. Aktiviti tersebut diakhiri apabila kumpulan terakhir yang terpilih untuk perbahasan tersebut menamatkan ‘perbalahan’ mereka. Ternyata aktiviti tersebut dapat meningkatkan lagi tahap kerjasama di antara pelajar dan menonjolkan sifat kepimpinan yang ada dalam diri seseorang pelajar itu.
Sedikit demi sedikit lama-lama banyak juga. Sekelumit demi sekelumit lama-lama bertimbun jua. Itulah perasaan yang semakin dirasai oleh Iman terhadap Hasya. Walaupun cuba dibuang, dilempar dan ditanam sedalam dan sejauh mungkin di lubuk hatinya, perasaan itu tetap jua terlepas masuk dan menyelinap ke seluruh urat, darah dan tulang-temulangnya. Dia seakan-akan tidak mampu lagi menahan gelombang asmara yang dirasakan begitu kuat bergema di kepala, telinga dan mindanya. Melihatkan Hasya begitu petah berbicara dan berbahas, mengubah persepsinya terhadap gadis itu seketika tadi yang dianggapnya kebudak-budakkan dan kurang matang. Ternyata gadis itu punya pendirian yang tegas dan tidak mudah goyah. Gadis itu mampu menjadikan seluruh dewan terdiam dengan kata-katanya yang bukan sahaja bermakna tetapi juga punya maksud tersendiri. Gadis itu bijak bermain dengan kata dan nuansa. Gadis itu juga pandai mengambil hati dengan ungkapan kata-kata pujangga cinta. Dia mampu meniupkan tangkai cinta yang selama ini mati untuk tumbuh dan hidup semula. Namun, sekali lagi, khalifah bernama Ahmad Iman Rizal itu menafikannya.
“Ah, rasa ini hanya sementara! Tak mungkin hati lelakiku ini akan tewas lagi. Tidak. Aku tidak akan benarkan pisang berbuah dua kali. Cukuplah apa yang Dewi pernah lakukan padaku. Cukuplah sekali aku dipermainkan oleh cinta. Cukuplah.”

Minggu suai kenal disudahi dengan aktiviti jungle trekking. Aktiviti jungle trekking pada waktu malam sememangnya menguji kesabaran dan ketahanan seorang gadis seperti Hasya. Dengan hanya dibekalkan lampu suluh kecil, mereka diarahkan bergerak merentasi hutan tersebut. Hasya berada di barisan terakhir sekali. Di belakangnya adalah fasilitator yang ditugaskan untuk mengawasi mereka. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa Iman Rizal adalah fasilitator tersebut hinggalah dia tersungkur ke tanah gara-gara tersadung akar pokok (Malunya....) Dia tidak menyangka kakinya terasa begitu sakit sekali. Iman yang menyedari kesakitan pada kaki Hasya bukanlah hanya terseliuh, terus memapah Hasya ke tempat yang selamat dan menjerit memanggil rakan-rakan fasilitator lainnya yang berada tidak jauh di belakang mereka berdua.
Iman yang sememangnya mempunyai pengalaman dalam bantuan kecemasan (kerana pernah menjadi ahli Persatuan Bulan Sabit Merah la katakan...) segera memeriksa kaki Hasya. Terkena gigitan serangga rupa-rupanya. Tanpa berlengah lagi, Iman terus menghisap bisa serangga di kaki hasya. Hasya tergamam. Dia terkejut dengan tindakan Iman tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Lelaki itu begitu berhati-hati merawat dan membalut kakinya. Namun, kakinya masih belum mampu berdiri. Seliuhnya masih ada. Tanpa berfikir panjang, Iman Rizal terus mengendong gadis itu. Ya, gadis itulah. Hasya Alanna....dan dibiarkan sahaja oleh rakan-rakannya yang lain walaupun mereka juga terkejut. Sama seperti yang dirasai Hasya ketika itu....

Malam itu Hasya Alanna tidak lelap tidur. Makannya juga kurang berselera. Dia masih memikirkan kejadian tadi. Dia menyalahkan diri kerana begitu cuai. Akar pokok yang begitu besar pun dia boleh tidak perasan. Akibatnya, kaki kirinya terseliuh dan yang paling memalukan apabila diangkat, dipapah dan digendong oleh Abang Iman. Nasib baiklah tiada rakannya yang perasan dalam hutan yang gelap itu. Kalau tidak, tidak tahulah bagaimana dia perlu berhadapan dengan mereka.. Mungkin dia akan dianggap perempuan yang sengaja mengambil kesempatan ataupun mengada-ngada. Tidak. Bukan itu niatnya. Apapun, mujurlah hanya fasilitator sahaja yang mengetahui kejadian itu. Sebaik sahaja sampai di kem, rakan-rakannya yang lain sudah tidak kelihatan lagi. (Selamat....hehehe).
Kejadian ‘bersejarah’ itu seringkali menghantui Hasya Alanna. Dia tidak memahami sikap lelaki itu yang pada mulanya seakan-akan tidak menyenanginya. Mana tidaknya, lelaki yang membahasakan diri sebagai ‘abang’ itu seringkali cuba menyangkal setiap lontaran idea yang diberikan dalam aktiviti perbincangan dan kemudiannya bersikap begitu prihatin sehingga sanggup meredah hutan gelap dengan dirinya dikendong sampailah ke kem semula. Puas dia meminta supaya dia hanya dipapah sahaja tetapi Iman tetap berdegil.
“Gila agaknya dia ni. Dia ingat aku ni ringan ke nak dikendong-kendong. Papah sudahlah. Entah-entah habis satu badan dia pulak sengal-sengal, sakit-sakit.” Hasya masih lagi memikirkannya walaupun kejadian itu telah berlalu seminggu yang lalu. Dia betul-betul tidak tenteram. Mahu sahaja dia berjumpa dengan Abang Iman itu.
“Kalau aku jumpa pun, aku nak cakap apa? Hari tu dah banyak kali rasanya aku ucap terima kasih kat dia. Dia buat dek je. Tolong tak ikhlaslah tu. Isy, tak baik, tak baik. Sudahlah. Tidur jelah.”
Tiba-tiba satu suara menerpa....
“Ya Allah, Hasya. Kau ni dari tadi tak tidur-tidur lagi ke? Dah pukul berapa ni? Cakap sorang-sorang pulak tu.” Qurratunaini menyergah dari katil sebelah.
“Astagfirullah Hal Azim. Eni, terkejut tau. Ingatkan kau dah tidur tadi. Eh, mana ada aku cakap sorang-sorang la. Aku cakap dengan teddy bear ni ha. hehehe...”
“Sudah, sudah. Jom tido ek.”
“Yelah, yelah. Good night.”
Malam itu buat pertama kalinya, Hasya dapat melelapkan mata dengan nyenyak sekali kerana dia menanamkan dalam hati, kejadian itu berlaku atas dasar tanggungjawab. Hanyalah atas dasar tanggungjawab walaupun jauh di sanubari, dia menyedari ada satu rasa yang cuba menolak-nolak pintu hati yang selama ini ditutupnya rapat.

Namun, tanpa mengetahui, lelaki itu, Ahmad Iman Rizal menganggap sebaliknya. Bukan hanya tanggungjawab. Bukan hanya amanah, tetapi juga kerana rasa cinta yang mula bertamu di hati dan jasadnya itu. Tidak tega dia membiarkan gadis itu kesakitan. Tidak sanggup dia melihat gadis itu kepayahan. Lalu, rasa cinta itulah yang mendorongnya mengendong gadis itu meredah hutan yang gelap gelita. Calar-balar, lenguh, sengal, sakit dan bisa seakan tidak terasa. Yang pasti, hatinya seakan berbunga mekar apabila gadis itu memautkan tangannya di leher. Suara manja gadis itu untuk memintanya hanya dipapah tidak didengari lagi. Tuli telinganya. Buta matanya. Bisu mulutnya. Seluruh pancainderanya seakan-akan hilang fungsi. Hanyalah kaki dan tangannya yang masih mengikut arahan, membelah hutan kelam itu.
“Apakah rasa yang begitu hebat menghentam naluri ini? Rasa yang aneh dan belum pernah aku rasai sekalipun dengan Dewi....Adakah aku telah dilamun cinta? Angaukah aku? Aduh, parah ni!” Iman tidak lagi menafikan bahawa ada rasa yang sudah bermaharajalela. Ada cinta yang telah bertamu di hati nuraninya.
            Rasa itu semakin lama semakin teguh dan utuh walaupun pertemuan dan kejadian itu telahpun berlalu pada semester yang lepas. Setiap babak dan plotnya masih lagi segar bermain di ingatan Iman Rizal. Tidak semudah itu dia melupakan. Tidak sesenang itu dia melepaskan. Sekali dia jatuh cinta adalah untuk selamanya.
“Tapi, sudah lupakah apa yang Dewi lakukan pada kau? Tak mustahil Hasya Alanna juga seperti Dewi... Perempuan yang sanggup mengkhianati ikatan percintaan yang telah lama dibina...” tiba-tiba suara hatinya bersuara.
“Dewi itu pendusta cinta. Mengapa aku perlu prejudis terhadap cinta semata-mata kerana dia? Cintaku untuknya sudah lama padam. Biarlah dia dengan kecurangannya. Aku juga mahu bahagia...” Kali ini Iman Rizal tidak lagi menidakkan rasa hatinya. Tidak lagi menafikan cintanya terhadap Hasya Alanna kerana kejadian itulah yang menjadi peneman tidurnya saban hari....hinggalah ke hari ini.



Siang punya malam...
Malam punya bintang...
Bintang punya bulan...

Kau punya aku...
Aku punya kamu...
Kita punya cinta...

~end of part 4 ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...