Nurreez's Lurvely Lalink~>

Wednesday, November 3, 2010

My newborn baby novel....~> Andai Esok Hari Terakhirku...

               
      Dup dap dup dap…jantung ini berdegup luar biasa kencangnya. Seolah-olah mahu melompat keluar dari dadaku. Tubuh ini menggigil sepertinya diseliputi salji yang dingin membeku. Mata….Ya, mata ini pula seakan-akan terpegun. Tanpa berkelip. Tiada berkedip. Statik dan terkesima. Kaki terasa longgar. Sendi-sendi yang menyokong seperti tidak mampu menampung tubuh sendiri. Lututku menggeletar tanpa dapat ku kawal. Kayuhanku semakin perlahan dan perlahan. Kekanan. Kekiri. Kekanan lagi. Kekiri lagi. Akhirnya.....
 “ Maaaaaaakkkkkkkk.............” Gedebuk. Buah nangka jatuh daaaa.....
 “ Adoi! Sakitnya.....” Jerit gadis itu sambil memegang punggungnya yang sakit. Mahunya berlebam seminggu!
Alamak! Kaki berdarah pulak. Apahal dengan aku ni. Tadi normal aje. Tiba-tiba pulak jadi tak tentu arah. Nak kena betul la mamat tadi tu! Sebab dialah aku jatuh. Nasib baik tak ada orang lain nampak. Fuh! kalau tak, malu aku….hehehe... Ngomel Hasya sendirian.
“Woit, apa la kau! Kayuh basikal sambil berangan! Mana tak tergolek macam nangka busuk. Wahahahahahahaha……”
Isy, Ini lagi seorang! Ke mana sahaja aku pergi mesti terjengol muka dia. Boleh dikatakan setiap kali aku keluar dari tempat penginapan sementara aku itu (asrama la), setiap kali itulah muka dia aku nampak. Pergi kuliah muka dia (yelah, sebab aku kan satu course dengan dia). Pergi café muka dia (café tu pun tempat dia makan jugak). Sampaikan meronda-ronda hendak melayan perasaan pun jumpa muka dia lagi? Kalau setakat jumpa sahaja tak apalah. Ini tidak. Pantang jumpa aku mesti keluar kata-kata yang menyakitkan hati. Rasanya dosa aku terhadapnya teramatlah kecil. Itu pun dia hendak kecoh satu kampus. Kecoh betullah mamat perasan ni. Getus Hasya di dalam hati.
“Eh! kome ni takde keroje lain ke? Nampak aje muke teman, kome mesti nak sakitkan hati teman. Dapat gaji ke keroje rupe gitu? Hah!?” Alamak, sejak bila aku boleh bercakap loghat Perak. Ini mesti sebab selalu sangat terikut gaya percakapan teman sebilik aku semester ini, Wani. Walhal aku orang utara. Hasya sendiri pelik.
“La, kat kelas hari tu cakap loghat utara. Hari ni loghat Perak pulak. Kau ni betul-betul melting pot la. Hm, anyway, you know me… Semenjak dua menjak ni aku semakin suka pulak kacau kau. Kau tak ingat ke apa kau dah buat pada skuter aku tu? Actually, bukan aku punya la. Pinjam orang lain punya. Ha, Bila kau nak bayar ganti rugi!? Hah!?” Nik merapatkan wajahnya ke wajah Hasya. Dengan jari telunjuknya ditonyoh ke hidung Hasya, dia menghamburkan kata-kata menyakitkan hati dan sanubari itu. Mendidih betul hati Hasya mendengar kata-kata lelaki bernama Nik Aszmeer Iszkandar itu.
Suka-suka hati dia saja menonyoh-nonyoh hidung aku. Mentang-mentanglah hidung aku tak semancung hidung dia. Kalaulah aku belajar seni mempertahankan diri kat sekolah dulu, dah lama aku karate dia cukup-cukup. Baru dia tau siapa aku. Jangan ingat perempuan mudah dibuli. Sayangnya, aku tak berpeluang nak belajar mana-mana marcial art pun. Sibuklah katakan. Sibuk sangat ke? Suara hati Hasya sendiri bersoal jawab...
“Wacaaa…!” Hasya menepis jari telunjuk Nik yang dipacak tepat di hidungnya. Dengan tangan yang disilang persis ahli karate, Hasya cuba memberi gambaran bahawa dia mempunyai ilmu mempertahankan diri. Harap-harap dia tertipu dengan lakonan aku itu. Jangan main-main dengan perempuan bernama Hasya Alanna Binti Ahmad Kamil. Bukan sebarangan perempuan tau. Hasya perasan sendiri.
“Kalau nak berangan pun tunggulah malam nanti. Sebelum tidur tu kau beranganlah puas-puas. Tapi sekarang kau jangan nak berangan boleh karate aku. Sebelum kau sempat nak buat apa-apa, aku dah lipat kau jadi lepat tau.” Dengan berlagaknya Nik mempersendakan usaha lakonan Hasya tadi sambil ketawa terbahak-bahak. Isy! Nak kena betul mamat ni. Hasya bertambah geram.
“Ooo, habis tu yang kau tonyoh hidung mancung aku ni apasal? Aku tak kacau hidung kau pun. Entah-entah selama ni kau admire hidung aku ek....hahahaha.” Puas hati Hasya dapat mengenakannya balik.
“Wo wo wo!....kau jangan nak perasan la. Hidung macam jambu air ada hati mengaku mancung. Kau tengok hidung aku ni. Seratus kali lagi mancung dari hidung kau tau. Aku tolong tonyoh hidung kau tu ke tempat asalnya. Tak boleh ke?” Nik mula membuatkan hati Hasya yang sedia mendidih, menggelegak seperti gunung berapi yang hampir meletus.
“Kau nak ganti rugi apa lagi. Bukan salah aku kau terbabas masuk longkang hari tu. Lagipun bukannya kau cedera parah pun. Setakat calar-balar tu normal la. Tapi kesian jugak kau kan. Nasib baik longkang kecik je....hehehe....Anyway, kau sendiri tak concentrate masa tunggang skuter tu. Kalau kau concentrate tak ada la accident dengan aku. Eh, basikal aku ni lagi teruk tau. Nasib baik boleh diguna lagi. Kalau tak, macam mana aku nak exercise hari-hari?” Balasnya.
Exercise? Haa....memang patut pun kau exercise. Badan makin berisi je aku tengok. Sikit lagi nak jadi tong drum. Hahaha...”
Eh! Tunggu, tunggu. Rasa-rasanya punggung aku ini terasa sakit. Kenapa ya? Baik aku reverse balik. Hm! Lepas solat Asar tadi, aku meneruskan rutin harianku, mengayuh basikal keliling kampus. Exercise sikit. Kalau tidak, asyik berkuak lentang atas katil sahaja. Lepas itu, tiba-tiba semasa aku sedang kusyuk melayan perasaan sambil mengayuh basikal aku ini, tergolek sebiji bola di tengah-tengah laluan kayuhanku. Tanpa sempat berbuat apa-apa, aku pun tergolek sebiji macam bola itu juga. Yelah, niat di hati hendakku sepak bola itu ke tepi sambil mengayuh basikal buruk aku ini (nak tunjuk terer la katakan), tetapi entah macam mana mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berlari (nak ambil bola tu kot) dan gedebuk.....
“Adoi! Sakitnya......”
“Awak okey ke? Sakit tak?”
Diam........ terkesima.
“Awak? Hello?
Sepi....... terpana.
“Assalammualaikum....awak....awak.....” Sambil memetik-metik jari memanggilku.
“Haaaaa........! Oh.....! Waalaikummussalam......”
“Saya minta maaf ek. Kalau bukan sebab bola saya tergolek atas laluan awak tadi,  awak tak jatuh macam ni. Sorry sangat-sangat. “
“Tak pe, tak pe. I’m okey....Nah! Ambillah bola awak ni balik. “
“Betul awak tak apa-apa? Kalau macam tu, saya pergi dulu ek...kawan-kawan saya dah tunggu tu....Bye, jumpa lagi...and once again, I am so sorry.....”
“Ya, harap-harap kita berjumpa lagi.” Kataku di dalam hati cuma.

Lelaki tanpa diketahui gerangannya berlalu pergi.....bisu.......sesaat.....hampir seminit......seminit setengah.....masih bisu.......masuk dua minit.....bisu lagi......tiba-tiba......Hasya Alanna tersedar....
“Alamak! Kaki berdarah pulak.” 

Oh! Aku ingat. Semasa aku mengomel sendirian itulah si Nik ini muncul entah dari mana. Kurang asam betul. Mesti mamat perasan ini ternampak aku jatuh tadi dan mungkin juga dia......
“Ya, mungkin dia kenal.... ” Hasya menjerit spontan.
“Eh! Siapa kenal siapa ni? Kau ni suka mengelamun la. Patutlah boleh tergolek. Sampai naik semput aku gelakkan kau. Member-member aku pun ada yang terguling-guling atas padang tu ha....gelakkan kau. Kesian, kesi.....” Tanpa sempat Nik menghabiskan kata-katanya, Hasya memotong.
Member-member kau? Mana diorang? “ Hasya bertanya dengan perasaan yang membuak-buak. Mungkin.....
“ Hei! Kalau terguling atas padang, kat mana lagi....situ la. “ Sambil menunjukkan ke arah padang bola. 

Pandangan dialihkan. Perlahan-lahan. Dadanya berombak-ombak. Berdebar laju. Berdegup kencang dan.......itu dia. Ya, Hasya yakin. Dia pasti.  Tepat seperti telahan hatinya. Hati gadis itu bersorak. Mukanya merona merah. Kaki yang berdarah seolah-olah tidak pernah terluka. Kebas di punggungnya seakan-akan hilang. Yang dirasakan kini hanyalah rasa suka...Suka?
Bukan, bukan! Kenapa aku merasa suka sedangkan tadi baru sahaja aku terjatuh disebabkan dia, lelaki yang sedang kuperhatikan ketika ini? Ya, mungkin rasa malu. Tetapi, kenapa hatiku bersorak riang seakan-akan meraikan sesuatu tatkala menatap wajahnya di hujung padang sana? Hm! Malu dan sukakah? Aneh betul perasaanku ini. Sepatutnya aku merasa marah. Ya, marah dan aku mesti mengetahui gerangan orang yang membuatkan aku marah ketika ini. Mesti! Hasya mencari alasan sebenarnya...

“Dahlah. Aku nak sambung main bola. Penat melayan orang suka mengelamun ni. Aku chaw dulu....” Nik tiba-tiba bersuara. Mengembalikan semula Hasya ke dunia realiti.
“Eh! Nanti, nanti. “ Tanpa sedar Hasya menarik tangannya.
“Woi, apa pegang-pegang ni? Batal air sembahyang aku tau.” Nik buat-buat menggelabah.
“Ops! Sorry, sorry. Aku tak sengaja. Eh! Tadi kau nampak aku jatuh masa kau main bola ek?” Hasya bertanya mahukan kepastian. Kepastian yang amat penting.
“Yelah. Kenapa?” Tanpa menjawab soalannya, Hasya terus bertanya.
“Dan lelaki yang ambil bola tu salah seorang member kau?”
“Ha a’. Dialah yang tersepak bola tu ke arah kau. Skuter dialah yang kau jahanamkan. Dia roommate aku, Abg Kal.”
“Abg Kal? “ Tanpa disedari nama itu terpacul keluar dari bibir.
“Alah, Aiman Heykal! Takkan kau tak kenal. Dia senior course kita la...Okeylah, aku nak main bola ni. Abang Kal dah panggil tu ha! Eh, Sebelum aku lupa, peristiwa kau jatuh tadi aku ada rakam! Untuk kenang-kenangan. Wahahaha....Bye.” Dia berlari ke tengah padang tanpa sempat ditahan lagi walaupun masih banyak yang Hasya ingin tahu tentangnya. Tentang dia yang bernama Aiman Heykal.
“Aiman Heykal....siapa kau?” Hati Hasya meraung memanggil-manggil nama lelaki itu. Aneh.
Kenapa perlu aku beria-ia untuk mengenalinya. Ketahui namanya sudah cukup. Cukup?  Cukupkah? Cukuplah tu. Hati Hasya seolah-olah bertengkar.
Tersedar.......
Aduh! Aduh! Sakitnya. Kaki Hasya mula terasa sakit kembali. Dia paling tidak tahan dengan darah. Boleh pengsan kalau melihat darah yang banyak. Nasib baiklah luka di kakinya itu kecil sahaja. Punggung terasa kebas semula. Hasya mengangkat basikalnya dengan sisa tenaga yang ada.
“Ha! Pancit? Alahailah basikal....sekarang jugaklah kau nak buat hal.”
Kejap, kejap. Nik kata tadi kawan-kawannya terguling-guling gelakkan aku? Alamak! Maknanya, ada orang lain tengoklah. Malunya...Ingatkan tak ada orang nampak. Macam mana aku tak perasan ada orang lain yang tengok? Malu, malu. Macam mana nak naik basikal lagi ni...Hm! Aiman Heykal...Siapa kau sebenarnya? Kenapa aku jadi tak tentu arah pabila melihatmu? Hai lah, Aiman Heykal... Ngomel Hasya sendirian.
Bermula dari hari itu, gadis naif bernama Hasya Alanna yang tidak pernah bersedia mempercayai cinta itu mula sedar hatinya kini sedang berbunga. Berbunga-bunga dengan cinta.


Cinta itu umpama matahari...
Tanpanya, gelap dunia tiada berseri...
Cinta itu ibarat bulan...
Malam dipuja, siang rindu-rinduan...
Cinta itu seperti laut...
Adakala pasang, adakalanya surut...


~End of Part One~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...