Nurreez's Lurvely Lalink~>

Monday, November 29, 2010

Part 2 ~>Andai Esok Hari Terakhirku...

 Fuh...lama giler Nurreez tak bukak blog kesayangan nie..dekat 2 minggu rasenye..semuanya gara-gara tekanan final exam...hihihi...tak per...even final exam Nurreez belum habes lagi, Nurreez nak jugak post sambungan novel ni...ok..enjoice...!! 




Sebuah kereta Ferrari merah muncul. Dia keluar dari kereta tersebut dengan membawa sejambak bunga mawar. Dia berjalan ke arahku sambil tersenyum. Senyuman yang manis sekali. Aku yang berdiri di hujung padang memandangnya sambil membalas senyuman. Senyuman yang cuba ku ukir semanis dan secomel mungkin. Dia tinggi sekali. Tatkala kami berjalan beriringan, dapat ku agak bahawa kepalaku berada separas dengan halkumnya. Dia yang tinggi atau aku yang rendah? Tak kisahlah. Tiba-tiba, tangannya menghulurkan sejambak bunga itu kepadaku. Aku menyambutnya dengan diiringi ucapan terima kasih. Tidak semena-mena hinggap satu kucupan di pipi kiriku. Hangat sekali. Kemudian di sebelah kanan pula. Lama dari kucupan pertama. Aku terpaku seketika.
“Hasya, saya sayangkan awak.”
“Oh! Aiman....”

Tiba-tiba......toing!
“Adoi!” Hasya menjerit. Lantas matanya dibuka.
“Hoi, Apa Aiman, Aiman ni! Nama laki manalah yang kome sebut dalam tidur tu ha? Sya, Sya.....Itulah, tidur tak basuh kaki. Main redah je. Dah mengigau siapa yang susah? Ni ha, teman, roommate kome ni la yang susah. Tau? “ Teman sebilik Hasya semester ini, Wani, membebel seperti rutin hariannya yang biasa.
“Astaqfirullah hal azim. Aku mengigau rupanya. Ingatkan betoi tadi....hehehe....Eh, yang hang baling-baling bantai kat aku ni awatnya!” Eleh, loghat Perak konon! Ha, nah sekali aku bagi loghat Penang! Baguih punya. Hehehe....
“Yelah. Dah kome mengigau. Teman cuba kejut cara biasa tak sedor-sedor. Tu yang teman baling bantal busuk teman ni. Ha, Terjaga pulak, ye! Lain kali senanglah teman nak kejutkan kome....tak payah susah-susah macam sebelum ni lagi....hehehe....” Kau memerli aku nampaknya. Tak apa, tak apa. Hasya cuba mencari jalan untuk membalas dendam.
“Eh, hang letak apa dalam bantai hang ni! Keras macam batu hang tau dak? Macam manalah aku tak terjaga. Uih, bantai keras macam ni kalau kena, boleh bocoq kepala cheq tau......! wahahaha.......” Kena kau. Perli aku lagi. Hehehe...Hasya puas mengenakan Wani kembali.
“Amboi.....sedapnya kau hina bantal busuk aku ni ek! Kau tau tak betapa berjasanya bantal ni pada aku selama ni?” Aik, bila marah, terus loghat pun bertukar?! Wani, Wani....
“Ha! Apa jasa yang dia dah taburkan pada kau? Hehehe....”
“Uih, Banyak jasanya! Salah satunya, ni ha. Untuk pukul kau la......wahaha...”
“Adoi, Sakitlah! Kau nak kena ek. Sini kau....sini kau.” Hasya menggeletek perutnya. Mengekek Wani ketawa.
“Eh! Eh! Chup, chup. Tadi masa kau mengigau, kau sebut nama Aiman. Ha, Aiman mana pulak ni! Semenjak kau putus cinta dengan Jeff tu, tak pernah pulak aku tengok kau rapat dengan mana-mana lelaki lain. Tup tup, muncul nama Aiman dalam mimpi kau. Apahal ni? Kau couple lain tak bagi tau aku ek. Ni yang rasa nak merajuk ni. “ Wani mencebik. Tanda merajuk.
“Sudah sudah. Buat-buat merajuk pulak dia. Kau jangan nak buat cerita ek. Aku tak pernah couple pun dengan Jeff. He is my best friend. Kami berkawan je tau. Tak lebih dari itu. Lagipun, aku kenal dia dari sekolah rendah lagi masa dia mula-mula pindah sekolah aku. Masa sekolah menengah pulak, kami sekelas dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Lepas tu, dengan takdir Allah, aku dan dia tercampak ke Universiti yang sama. Memanglah orang yang tak kenal akan kata aku dan Jeff couple sebab kami macam belangkas. Mana-mana je berdua. Tapi nak buat macam mana? We always together and I cannot change that because...” Tanpa sempat Hasya menghabiskan ayatnya, Wani memotong.
Because he is your best friend. I know that. Trust me. I know. Tapi cara korang berdua aku tengok macam bukan kawan biasa tau. Kau bahasakan dirinya abang dan dia bahasakan diri kau sayang. Bukankah statement tu digunakan oleh mereka yang bercinta je? Lepas tu sekarang, lepas dia couple dengan Mira, kau orang dah tak rapat macam dulu. Nampak sangat macam ada konflik....” Wani meluahkan kegusaran yang sudah lama ingin diluahkannya.
“Hm, Kalau kau nak tau, sejak dari tingkatan empat lagi kami dah bahasakan diri masing-masing sebagai abang dan sayang! Sejarahnya bermula dengan satu game. Kami main dengan kawan-kawan rapat yang lain. Sepuluh orang semuanya. Dalam game tu, siapa yang kalah kena buat apa yang suara majoriti suruh buat. Sebagai dendalah katakan. Aku kalah banyak kali jugak. Tapi denda yang paling teruk, kawan-kawan aku mahu aku bahasakan kawan baik aku, Jeff dengan panggilan abang sampai akhir tahun tingkatan lima. Pada mulanya, aku nangis-nangis jugak tak nak buat, tapi lepas Jeff pun kena denda macam aku jugak, aku pun terima aje la. Dia didenda bahasakan diri aku sayang. Geli kan?”
“Oh! Macam tu. Sambunglah lagi....” Pinta Wani. Tertarik untuk mengetahui sejarah Hasya Alanna dan Jeffry Mirza itu.
“ Kami tak boleh tolak denda yang ditetapkan sebab kami dah berjanji dari awal untuk patuhi syarat game tu. Ala, budak-budak. Fikiran lurus lagi.....hehehe...” Hasya tergelak.
“La, gelak pulak dia. Cepatlah. Sambunglah cepat...”
“Hm... Tapi, untuk elakkan gosip kat sekolah, kami hanya bahasakan ‘abang, sayang’ bila bersama dengan kawan-kawan yang terlibat dalam game tu je. Mula-mula nak bahasakan dirinya abang, terasa malu sangat. Apatah lagi depan kawan-kawan. Malunya hanya tuhan yang tahu. Kawan-kawan bersorak setiap kali aku memanggilnya abang. Membara jugak hati aku. Tapi dah lama-lama, panggilan tu macam dah terbiasa walaupun selepas tamat tingkatan lima. Panggilan tu dah sebati. Terasa tak ada apa-apa pun. Tak geli or malu. Jeff pun macam tu jugak.”
“Oh, Itulah sebabnya korang sampai sekarang bahasakan diri masing-masing abang sayang ek! Pelik jugak aku bila kau kata korang kawan biasa je sedangkan panggilan macam orang bercouple. Hehehe... habis tu, kenapa aku tak nampak korang rapat macam selalu sekarang? Jeff pun tak selalu call lagi dah. Dulu, kalau dia call, mahunya 1, 2 jam bergayut.”
“Sekarang kan dia dah couple dengan Mira. So, tak eloklah aku asyik berkepit dengan dia macam dulu lagi. Nanti cemburu pulak si Mira tu. Aku pun suruh dia kurangkan call aku. Aku nak dia tumpukan pada relationship dia dengan Mira. Tak nak la kerana aku, mereka berantakan pulak. Aku kenal sangat dengan perangai Mira. Dia tu kuat cemburu. Kau ingat tak peristiwa dia serang aku kat cafe dulu? Masa tu, Jeff dengan dia tak couple lagi pun. Baru nak kenal-kenal. Tapi dah mula cemburukan aku dengan Jeff. “
“Yelah. Baru aku ingat. Masa tu heboh jugak satu kampus cerita Mira dan kau berebut si Jeff. Aku ingatkan masa tu, Jeff memang pakwe kau. Yelah, kau dulu bilik lain, aku bilik lain. Baru semester ni kita sebilik. Dulu aku kenal kau pun sebab cerita tu.” Wani menambah.
“Yeke? Kau kenal aku dari cerita aku dan Mira berebut Jeff ek? Malunya....mesti masa tu aku popular seantero kampus ni kan? Hehehe......”
“Ei, Perasanlah minah sorang ni! Banyaklah kau punya popular. Ha, Yang Aiman tu apa ceritanya! Siap mengigau-ngigau lagi. “ Wani mula serkap jarang.
“Alah kau ni. Nak perasan sikit pun tak boleh. Hehehe.....Ha? Aiman? Hm........! Entahlah. Aku pun tak tau dan tak kenal. Mainan tidur je tu. Kau kan kenal aku ni macam mana. Suka mengigau. “ Balas Hasya tanpa memberitahu siapa sebenarnya Aiman yang muncul dalam mimpinya itu. Ah, Tidak penting! Sekadar mimpi.
Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Oh, Solat subuh masih belum aku kerjakan! Lantas, dengan mata yang masih mengantuk, Hasya gagahi juga ke bilik wuduk. Dia sempat melihat Wani terkocoh-kocoh ke bilik air.
Selesai berwuduk, Hasya mengerjakan solat Subuh. Usai bersolat, dia berdoa memohon keampunan dan rahmat dari-Nya. Memohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat bagi umi, ayah, abang, kakak, adik-adik, rakan-rakan, guru-guru, sanak saudara dan umat Islam yang lainnya. Memohon petunjuk dan hidayah-Nya. Memohon perlindungan daripada godaan syaitan-syaitan laknatullah. Memohon syurga-Nya dan meminta dijauhkan neraka-Nya serta memohon jodoh yang baik untuk di dunia dan akhirat. Sesungguhnya hanya kepadaMu kami berserah dan memohon pertolongan. Amin Ya Rabbal A’ Lamin...
Maafku tak bisa memilih dirimu...kernaku terhanyut mencintai dia. Inilah salahku yang memberi ruang...di dalam hatiku tuk’ mencintainya....”  Telefon bimbit Hasya berbunyi melagukan lagu kesukaannya.
“Ah, Siapa pulaklah yang telefon pagi-pagi buta ni!” Lantas dicapai telefon bimbit berjenama Sony Ericsson yang dihadiahkan kepadanya oleh Jeff dua bulan lepas itu dan meneliti nombor pemanggilnya. Ternyata Hasya tidak mengenali nombor tersebut. Angkat atau tidak? Angkat sajalah. Hasya was-was.
“Hello! Assalammualaikum. Siapa ni?” Lembut Hasya bertanya.
“Waalaikummussalam. Saya manusia.” Kedengaran suara lelaki menjawabnya. Eh! Manusia? Tak kan ada manusia bernama ‘Manusia’? Isy....Hasya bingung.
“Yelah. Memanglah awak manusia. Takkan monyet reti call saya kot. Siapa ni? Awak nak cakap dengan siapa?” Soal Hasya kembali dengan suara yang sedikit dikeraskan. Geram dipermainkan begitu.
“Saya nak cakap dengan awaklah. Takkan saya call awak tapi nak cakap dengan kawan saya kot!” Jawabnya dengan nada yang menjengkelkan hati Hasya. Tak faham bahasa betullah mamat ni.
“Adik...kejap lagi nak pergi sekolah kan...Baik adik bersiap. Pergi solat ke. Apa ke..Tak payahlah main-main tekan nombor macam ni. Simpan duit adik tu buat beli buku sekolah..okay?”
Ha? Adik? Aku dia cakap adik? Hahaha...Hasya..Hasya..Lelaki itu tergelak sendiri.
“Awak...suara saya yang dah macam bapak budak ni awak kata budak-budak? Saya dah habis sekolah lama dah la. Apa daaa...hahaha..”
“Habis tu bapaknya, apa hal yang penting sangat ek sampai call pagi-pagi buta ni? Tak fikir ke orang nak tidur ke..nak mandi ke..nak bersiap ke..Awak tak reti tengok jam? Sekarang pukul 6.30 pagi...P.A.G.I...pagi...Kalau tak silap saya, waktu pejabat lambat lagi...Office mana yang bukak pagi-pagi macam ni..?”  Tanya Hasya lagi. Memulangkan paku buah keras.
“Oh, 6.30 pagi ke? Saya ingatkan pukul 6.30 petang..hahaha...Awak dah makan ke maknya?”
“Maknya???Isy...tak kuasa saya lah...Eh, apa tadi awak kata? Makan? Awak ni mamai ke apa?”
“Yela..awak kan selalu puasa hari ni. Dah makan sahur?”
Isy....betul ke aku cakap dengan manusia ni? Macam tak je. Macam mana dia tahu aku puasa hari ni? Alamak..meremang pulak bulu tengkuk ni..Baik aku letak aje telefon. Seram.
Tuuuuttttt.........
“Eh, hello..hello!!” La...dia letak telefon? Hahaha...baru cakap sikit dah takut. Apalah Hasya ni..Wahaha...Baik aku telefon balik.
“Hello, awak...saya bukan hantu la.”
“Saya nak bukti awak bukan han...”
“Isy..isy..isy...Kan saya dah cakap tadi, saya manusia. M.A.N.U.S.I.A...Mim Alif Nun Wau Sin Ya Alif...Hantu takkan reti eja jawi kan...hehehe...”
“Tak kisahlah awak manusia ke apa ke..Awak call saya ni sebenarnya untuk apa? Saya tak ada masa nak main angkat hempas telefon dengan awak, okay? Saya ada banyak lagi kerja lain. So, awak nak apa?”
“Saya nak apa? Saya nak call awak, sebab itulah saya call awak.”
“Ya Allah. Apalah dosa aku ni. Awak ingat ini cobaan? Saya tanya betul-betul, awak nak apa call saya?” Hasya mula berasa geram.
“Hahaha...Okeylah awak. Saya nak bersiap pergi kelas ni. Nanti kita cakap lagi ya. Assalammualaikum, Hasya Alanna Binti Ahmad Kamil @ Sya @ Anna @ Syanana...hahahaa...” Tuuuuuutttttt.....telefon diletakkan.
“Waalaikummussalam.”
Kurang asam betul. Dia mengelak untuk mengakui siapa dia sebenarnya dan yang paling pelik, dia tahu nama aku. Pandai-pandai aje panggil aku Syanana...Isy..Siapa ni? Kenapa nak berteka-teki tentang diri sendiri? Aku kenal dia ke? Tapi, aku tak cam pun suaranya? Tunggu, tunggu. Suara tu macam pernah aku dengar, tapi di mana ya? Ah, ni mesti kerja member-member yang nak kenakan aku ni! Tak pe. Tak pe. Aku siasat sampai dapat nanti siapa dalangnya. Siaplah. Hasya membuat kesimpulan sendiri. Kesimpulan yang dia sendiri tidak pasti.
 “Yes, yes, yes.....! Dapat jugak aku dengar suara dia...Yahoooo!”
Pada detik yang sama, si pemanggil misteri tadi berasa puas. Rindunya sudah terubat hari ini.

“Wani, Ooo Wani oi! Bangunlah. Kau tak nak pergi kuliah ke? Dah pukul berapa dah ni. Eh, Tak bagus tau tidur lepas solat Subuh! Rezeki tak masuk. Bangun, bangun. Kelas kau pukul 8 kan hari ni? Bangun la. “ Wani masih belum bergerak.
“Hai, tadi mengutuk aku bukan main! Aku liat nak bangunlah, susah nak kejutlah. Macam-macam ek. Mengata orang, dia yang lebih.....Wani, bangunlah cepat.”
“Yelah, yelah. Aku nak bangunlah ni. Eh, Siapa call kau tadi tu! Garang semacam je cara kau  cakap dengan dia.”
“Entahlah. Tak kenal. Pagi-pagi buta dah sakitkan hati orang. Aku tanya siapa, tak nak jawab.      Tapi dia siap tau nama penuh aku. Hm, Malas nak layan! Mesti ada orang nak kenakan aku ni. Tak pun orang sewel...Entah apa-apa entah..”
“Eh, Mana kau tau ada orang nak kenakan kau! Lagipun, buat apa orang sewel nal call kau pulak? Entah-entah secret admire kau ke.... menarik tu. Hehehe...”
“Sudah-sudah. Jangan nak mengarut. Kau ingat muka macam ni ada orang nak ke? Hahaha...Aku nak pergi mandi ni. Kejap lagi penuh pulak bilik air tu. Kau pun ada kelas kan pukul 8? Ha, tak nak bersiap ke!?”
“Yelah, yelah.”

Pagi itu, Hasya Alanna memulakan hari dengan persoalan dan kemusykilan yang ditinggalkan oleh seseorang yang tidak diketahui siapa dia sebenarnya. Menambahkan lagi kegusaran di hati, setibanya Hasya ke dewan kuliah pagi itu, terlihat satu jambangan bunga mawar merah diletakkan betul-betul di atas meja yang selalu dia duduki. Yang lebih menghairankan, kad pada jambangan bunga itu menyatakan bahawa bunga tersebut adalah ditujukan kepadanya. Hasya menoleh ke arah rakan-rakan sekuliah yang lainnya, namun mereka hanya tersenyum. Ada juga yang menjungkitkan bahu dan menggelengkan kepala (Mira dan kawan-kawannya lah tu). Tidak kurang juga yang bertanya itu dan ini. Dia hanya menggeleng dan tersenyum. Hasya kemudian membelek kad tersebut. Terdapat sebuah sajak tulisan tangan. Dibuka dan dibaca isinya satu persatu.

Istimewa untuk ‘bidadari dari syurga’, Hasya Alanna :-

Kejernihan wajahmu...sempurna pada pandanganku...
kau kirana...
Keturunan terpilih...disanjung serta dihormati....
kau permata...
Kesederhanaanmu...mengecap kejayaan dunia...
kau mastika...
Ketaqwaan dirimu...itu yang merantai jiwaku......
Kaulah dia yang bernama cinta, Hasya Alanna Ahmad Kamil.
Ikhlas daripada :-
Pencintamu, A .I. R ...

Manis sekali petikan lirik lagu In-Team yang ditulis semula pada kad tersebut. Hasya Alanna terbuai seketika oleh kata-kata indah dan romantis itu.
“Adakah benar kata-kata itu dituju untukku?”
“Mengapa aku?”
“Namun, yang menjadi persoalan utamanya sekarang, siapa ‘A.I.R’ seperti yang tertera pada kad berwarna hijau ni?”
“Hari ni April fool ke?”
“Hm, Belum lagi! Sekarang baru hendak menginjak ke bulan Februari. Mustahil juga ada yang ingin mengenakanku. Siap berhabis berpuluh ringgit membeli bunga-bunga yang bukan sedikit bilangannya. Juga perlu memerah otak mencari lirik lagu untuk ditintakan di atas kad. Lagi, untuk apa mengenakanku?”
“Main-main mungkin. Tapi, siapa? A.I.R tu apa? Air ke? Eh, air???”
“Entahlah....” Hasya membiarkan sahaja persoalan itu bermain di benaknya.
“Jangan ada yang meminta bunga itu kembali sudahlah....hehehe....”

Kali ini, gadis itu, Hasya Alanna bingung...Cinta siapa pula yang telah hanyut dan singgah di pelabuhan milik gadis itu? Entahlah...Hanya pemanggil misteri dan pencinta setia yang bisa mengetahuinya....

Di manakah kasih yang dicari?
Di manakah sayang yang diimpi?
Lari, terbang atau hanyutkah ia?
Datanglah padaku....kau yang bernama cinta....
~End of Part 2~

Sunday, November 14, 2010

Orang yang mencintai kamu...

Godek punye godek, sekali Nurreez terjumpe dgn article nie...Nurreez pn apa lg...Nak gak check, pernah ke tak Nurreez wat sumer tu pd seseorang??? Sambil baca, sambil check yer...hahaha...

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 23 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu. (~WARNING..! Apa yg korg bakal baca nie mengandungi unsur2 jiwang yg melampau. Kalu nak bace gak, if pasni rase geli gelimat or nak uwweeekkk, tggung sendirik yer...dh kasi amaran keras awal2 kn…hahaha~)


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. (Betul coz sampai skrg Nurreez tak tau naper Nurreez ley jatuh cinta dgn my bf…yg Nurreez prasan bila jatuh cinta bila setiap masa teringat die jer..nak mkn terbyg wjh die..tgh mndi smpt lg terkenang senyuman die..nk tidur pn ambik masa yg lama coz kepala asyk rewind saat2 berckp dgn die..seyes...haha)
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. (Haha…msa Nurreez igtkn my bf ~sebelum jd bf ler~ ada affair dgn kwn baik dier, Jaja ~sory Jaja~ , fuh rase cam xde hrpn je…haha)
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik dan terkacak walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. (Yup..Nurreez terima si dia bukan berdasarkan paras rupa..tp keindahan budi pekerti dan agama yg ada pdnya..)
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. (Benar...setiap hari mst nk msg or call die utk tau report harian…haha)
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. (Ye, even si dia tak balas, Nurreez ttp hantar gak msg setiap hari coz rase cam hidup tak lengkap tanpanya)
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. (Nurreez tak pernah lupa utk beli hadiah setiap kali birthday n anniversary n kalu pegi travel mn2, mst beli sumtin kt die…~even Nurreez xpnh dpt pape…huhu~)
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu. (Plg Nurreez ingati dan takkan pernah terpadam dlm ingatan adalah saat kali pertama si dia menggenggam erat jari jemari ini n ketika itu dada seperti nk tercabut, masa cam berhenti berputar...nervous giler smpi berpeluh2…huk3)
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. (Selain kata keramat “I Love You” dari si dia, ada 1 ayat yg buat airmata Nurreez gugur iaitu saat die nyatakn Nurreez as his “Baby Wonder Light”…terharu sgt..huhu)
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya. (Nurreez dh berjaya menyukai lagu “Bunga Angkasa”…yg si dia suke nyanyi tue..hak3..;p)
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. (Even si dia tak sakit pn hari2 Nurreez tnye die sihat ke tak…hihihi)
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu. (Bukan takat sms gudluck, tp jugak siap dgn amaran utk cari seat sebelah lelaki jer…perempuan tak boleh…haha)
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. (Ada..ada..Nurreez dh kasi hati kat die…kire la jugak tu kn..hikhikhik..)
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.(Byk kali jugak buat-buat diam, nak tunggu die panggil “hello, syg..syg…hello..syg..?”..hahaha)
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. (Betol gak tue..kalu bley arini gak nak pindah kolej MAS..dekat ckit nak intip2..hihihi)
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain dan jauh, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. (Pindah??? Jauh???Uisy, tak sanggup rasanya…huhuk..tp kalu die pindah Penang Nurreez tak kisah….;p)
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’.(Dh pernah rase kehilangan si dia selama hampir 2 bulan..seyes mcm org tak betol je time tue…uhuks…)
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. (Kalu terjg pukul 3, 4 pg, si dia org pertama Nurreez msg..Pernah gak miscall si dia 99 kali, tanpa sedar pun dh sebanyk tu Nurreez buat miscal..n kali yg ke 100 baru diagkt..rupa-rupanya die tertinggal handphone…ceh, wat riso jer kn…hihi..)
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. (Nurreez slalu kacau si dia study sampai kena marah la..tp Nurreez tak ada niat pn nak kacau..really…huhuhu)
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka dia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. (Si dia pernah buat permintaan nak rasa makanan yang Nurreez sendiri masak..So, disebbkn Nurreez tak berapa pandai masak2 ni, Nurreez dgn muka tak malunya mintak Mak tlg ajarkan Nurreez masak Laksa..Spnjg masa mak bebel jer coz dh umo berapa tak pandai2 lg masak..Nurreez dengar jer dgn tabah semata-mata si dia…n naik bas dr Penang ke kampus Nurreez bungkus Laksa tue spesel utk die. Berbau 1 bas pn Nurreez tak kesah…Sampai2 jer kolej, terus si dia dgn tak sabarnya nak mkn…Nurreez pulak lupe yg die tak tahan pedas..n naseb baik die sggp mkn even Laksa tue pedas giler…Tp kena beli 3 gelas air setelah peluh kat muka dh menitik2…oopppsss…hihihi)
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya. (hihi…sms-sms si die sblm kitorg kapel pn msh lg Nurreez smpn…n skrg 1 pn msg die Nurreez xpnh delete…haha)
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya. (dulu dgn ex-ex bf, Nurreez tak pernah rase pape kalu ditinggalkan ~ala, cinta monyet jer, frust pn kejap jer~ tp kalu si dia yg skrg ni wat cmtu, bukan jer ley bunuh hati Nurreez, tp gak ley rentap semangat hidup..mngalami tekanan perasaan utk suatu masa yg amat lama..n frust menongeng tertonggeng tergolek terguling2 Nurreez gamaknya nnt..~utk gmbrkan betapa frustnya…haha).
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta. (Kalu satu masa nnti si dia tak mahu lg Nurreez di sisinya, tak perlukan lg Nurreez dlm hidupnya, Nurreez tak kan pernah menyalahkan si dia walau sekelumit pun kerana segalanya berpunca drpd kelemahan Nurreez sendiri..berpunca drpd kekurangan Nurreez sendiri...~mcm kite tanam pokok la..kalu pokok tue tak berbuah elok coz kite tak berikan baja terbaik untuknya or mati kekeringan coz kite tak menjaganya dengan baik, salah pokok tue ke coz die tak berikan hasil seperti yg kite nak? Salah diri sendiri yang tanam la kan…huhuhu~)
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya! 

 ~Tp Nurreez rasa la kan...Sebenarnya, setiap orang kat dunia nie mesti ada cara tersendiri utk zahirkan rasa cinta masing2 kan…tak semestinya tanpa 23 cara2 nie, bermaksud seseorang tu tak pandai bercinta..coz adakalanya perasaan cinta tak perlu ditonjolkan..adakalanya perasaan cinta tak perlu diberitakan…adakalanya perasaan cinta itu hanya perlu ditanam, dibaja dan disemai dalam diri sebelum sedia diberi kpd sesiapa…supaya hasilnya nanti lebih baik dan terpelihara…supaya cinta itu kekal suci dan menyucikan…~ 

p/s : tq coz bace sampai abis even Nurreez tau korang mst memberontak bowink n loya nak bluueewwkk je coz terbaca cerita jiwang tak hengat nak mampus Nurreez tue.. hahahak...;p

Monday, November 8, 2010

Pengenalan kepada watak novel ~>Andai Esok Hari Terakhirku...

couple Pictures, Images and Photos

Aiman Heykal :
Maafkan aku kerana tidak mampu memilih dirimu. Maafkan aku kerana cinta ini bukan untukmu. Maafkan aku kerana jiwa dan sanubari ini setia padanya. Maafkan abang, Hasya...

Ahmad Iman Rizal:
Kau bukanlah yang tercantik....Namun, padaku kau yang teristimewa....Hasya
Kau bukanlah yang paling menarik....Namun, kau punya tarikannya....Alanna
Kau hanyalah gadis biasa....Kau juga luar biasa....Hasya Alanna.

Jeffry Mirza :
Ku kata cinta itu dusta, kau kata cinta itu setia. Ku kata cinta itu pura-pura, kau kata cinta itu bahagia. Ku kata ‘aku cinta padamu’, kau kata itu palsu. Mengapa sukar untukmu menerima sedangkan kau jugalah yang membuatku percaya? Percaya bahawa kita adalah cinta.

Nik Aszmeer Iszkandar :
Cinta bagiku hanyalah khayalan. Mereka yang setia bercinta adalah mereka yang bodoh! Mengapa perlu setia sedangkan kita punya banyak pilihan? Mengapa perlu percaya kepada cinta jika cinta bukanlah sesuatu yang boleh dipercayai? Cinta hanyalah suatu permainan....Ya, permainan.

Hasya Alanna :
Antara pasir dan pantai...di situ ada setia
Antara gunung dan samudera...di situ ada percaya
Antara lelaki dan wanita...di situ ada cinta
Setia, percaya dan cinta....di mana kan ku temuinya?
Di gunung, di pantai atau di samudera ?
Mungkin, lelaki itu punya jawapannya......

Qurratuaini :
Kau perempuan biasa...Hanya biasa di mataku...di mata sesiapa...
Namun, mengapa kau selalu peroleh segalanya...
Peroleh cinta daripada mereka yang luar biasa...
Peroleh kasih daripada lelaki yang ku puja...
Peroleh bahagia sedangkan hatiku luka melihatnya...
Ketahuilah...
Suatu masa, kau akan terima pembalasannya...

Nur Syamira Syifa :
Dengan duit, kan ku beli cinta...
Dengan duit, kan ku beli sayang...
Dengan duit, kan ku beli bahagia...
Ya...Dengan duit jugalah, ku kan mampu peroleh segalanya...

Inilah watak2 yg Nurreez wujudkan khas untuk novel nie...
Ada watak yang Nurreez ambil daripada orang yang Nurreez kenal...
Ada juga watak yang tidak ada kena-mengena kewujudannya dengan sesiapa...
Watak heroin adalah Hasya Alanna tetapi untuk heronya, Nurreez belum dapat tentukan sesiapa lagi...Antara Aiman Heykal ataupun Ahmad Iman Rizal...
(penulis sendiri confuse nak buat pilihan....apa daaa...haha)
Ini baru falsafah watak masing2...Apa yang setiap watak pegang dan percaya dalam hidup...Kiranya gambaran secara kiasan peranan watak2 tersebut dalam novel ni..

Nurreez akan sentiasa update sambungan novel ni dari masa ke semasa...Sinopsis penuh pula sedang dalam pembinaan...Dah siap nanti Nurreez post k...Tunggu...hihi

Sebelum ni, tajuk novel ni kau takdirku di syurga...tp Nurreez nak tukar la...n sdg pikir tajuk len..hihi

Diharapkan korang dapat support Nurreez untuk melakukan yang terbaik dalam menghasilkan novel sulung Nurreez ni k..;)

Saturday, November 6, 2010

Is it awkward for us (girls) to make the first move????

summer Pictures, Images and Photos

Lelaki ke perempuan yg patot mulakan dulu in terms of lurve?????
slalunyer lelaki yg lead da way..kn..?
but, is it out of tradition if girls make da first move????
huhuhuhu...I sendiri have no idea..
maybe we should open up our mind and heart about this...
it's not all about tradition and all that, but it's about what we really want in life..kind of vision n mission...isn't it?huhuhu

Berdasarkn pngalaman I la kan, rasenye tradisi lelaki mulakan dulu dh xbape valid dah sekarang coz kalau nak tengok, sekarang nie ramai sangat perempuan yang cantik-cantik. So, kalau perempuan sendiri yang tak mulakan dulu, susah la nak dapatkan lelaki yang diingini. Persaingan di kalangan girls tinggi tau..huhu

I sendiri sebenarnya banyak kali jugak mulakan dulu in terms of love ni. I rasa, tak ada apa yang perlu dimalukan coz rasa ingin mencinta dan dicintai ni kan fitrah manusia. Bagi I, kalau I suka, I akan terus terang...and kalau I x suka, I akan nyatakan dengan cara terus terang jugak kepada sesiapa yang berkenan kat I tu.
Lupakan istilah perigi mencari timba...perumpamaan tu dah tak relevan dah sekarang.
kalu korang nak tau, I ade ambil satu fakta dari blog satu Yayasan Dakwah di Malaysia yang berbunyi begini :-

Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan oleh pihak lelaki. Malah di dalam al-Quran turut dinyatakan kisah seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk dikahwini. Kisah ini disebut dalam surah Al-Qashash, ayat 27. Seorang ulama masa kini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, semasa mentafsirkan ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya, Saidina Umar yang menawarkan anaknya Hafsah untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan Usman. Malah seandainya wanita itu sendiri menghantar pinangan sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana Ummul Mukminin Khadijah juga meminang Rasulullah s.a.w.

Haaaa...kan dah terang lagi bersuluh tu...mana ada istilah perigi mencari timba coz samada lelaki mahupun perempuan mempunyai hak yang sama rata untuk rasa cinta mencintai ni...kan..kan...;)

Nurreez sendiri pernah mulakan langkah dulu samada face to face kat orang tu dan terus terang yang I sukekan die, via phone or kasi clue-clue yang sepatutnya untuk buat orang tu faham yang I sukekan die...Well, risikonya, kite kna la bersedia menerima samada orang tu dapat terima cinta kite or ditolak...Bagus jugak cara ni coz kalau orang yang kite suke tu tak sukekan kite, kite tak perlu nak buang masa gila bayang kat dia. Kite ley buka minda, buka mata, buka hati untuk cari orang lain pulak kan...and kalau ditakdirkan orang tu pun mempunyai rasa yang sama terhadap kite, bahagia la...hihi...(itulah apa yang Nurreez amalkan selama ini...)

So, untuk girls2 kat luar sana, jangan sesekali rase malu untuk memulakan langkah menyatakan isi hati kepada si dia...Lakukanlah dengan yakin dan terkawal (jangan pulak intip si dia 24 jam or call dia setiap jam...sapa-sapa pun rimas tau..haha)
Ok???? InsyaAllah, kalau ada D.U.I.T ~ doa, usaha, ikhtiar, dan tawakal, pasti kan beroleh kejayaan...

Apa-apa pun, jangan lupa bahawa jodoh dan pertemuan itu tetap di tangan Allah...;)
Goodluck girls...
MySpace

Thursday, November 4, 2010

My UUM...pe dh jd???exam kne tgguh...nk blk umah pn xley.....maaaakkkkkkk!!!

Peperiksaan akhir UUM ditangguh akibat banjir

04/11/2010 6:07pm

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa menangguhkan peperiksaan akhir yang dijadual berlangsung pada Isnin hingga 3 Dis ini atas sebab-sebab keselamatan dan juga banjir.
Naib Canselor UUM Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, tarikh baru untuk peperiksaan itu adalah pada 21 November hingga 13 Disember ini.
"Kita membuat keputusan itu selepas mengambil kira nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pusat Gerakan Banjir Negara,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, antara sebab penangguhan peperiksaan itu ialah jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar yang melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan ditutup dan pada masa yang sama Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim juga ditutup kerana banjir. - BernamaBanjir...uum kampusku terjejas....huk3

Wednesday, November 3, 2010

My newborn baby novel....~> Andai Esok Hari Terakhirku...

               
      Dup dap dup dap…jantung ini berdegup luar biasa kencangnya. Seolah-olah mahu melompat keluar dari dadaku. Tubuh ini menggigil sepertinya diseliputi salji yang dingin membeku. Mata….Ya, mata ini pula seakan-akan terpegun. Tanpa berkelip. Tiada berkedip. Statik dan terkesima. Kaki terasa longgar. Sendi-sendi yang menyokong seperti tidak mampu menampung tubuh sendiri. Lututku menggeletar tanpa dapat ku kawal. Kayuhanku semakin perlahan dan perlahan. Kekanan. Kekiri. Kekanan lagi. Kekiri lagi. Akhirnya.....
 “ Maaaaaaakkkkkkkk.............” Gedebuk. Buah nangka jatuh daaaa.....
 “ Adoi! Sakitnya.....” Jerit gadis itu sambil memegang punggungnya yang sakit. Mahunya berlebam seminggu!
Alamak! Kaki berdarah pulak. Apahal dengan aku ni. Tadi normal aje. Tiba-tiba pulak jadi tak tentu arah. Nak kena betul la mamat tadi tu! Sebab dialah aku jatuh. Nasib baik tak ada orang lain nampak. Fuh! kalau tak, malu aku….hehehe... Ngomel Hasya sendirian.
“Woit, apa la kau! Kayuh basikal sambil berangan! Mana tak tergolek macam nangka busuk. Wahahahahahahaha……”
Isy, Ini lagi seorang! Ke mana sahaja aku pergi mesti terjengol muka dia. Boleh dikatakan setiap kali aku keluar dari tempat penginapan sementara aku itu (asrama la), setiap kali itulah muka dia aku nampak. Pergi kuliah muka dia (yelah, sebab aku kan satu course dengan dia). Pergi café muka dia (café tu pun tempat dia makan jugak). Sampaikan meronda-ronda hendak melayan perasaan pun jumpa muka dia lagi? Kalau setakat jumpa sahaja tak apalah. Ini tidak. Pantang jumpa aku mesti keluar kata-kata yang menyakitkan hati. Rasanya dosa aku terhadapnya teramatlah kecil. Itu pun dia hendak kecoh satu kampus. Kecoh betullah mamat perasan ni. Getus Hasya di dalam hati.
“Eh! kome ni takde keroje lain ke? Nampak aje muke teman, kome mesti nak sakitkan hati teman. Dapat gaji ke keroje rupe gitu? Hah!?” Alamak, sejak bila aku boleh bercakap loghat Perak. Ini mesti sebab selalu sangat terikut gaya percakapan teman sebilik aku semester ini, Wani. Walhal aku orang utara. Hasya sendiri pelik.
“La, kat kelas hari tu cakap loghat utara. Hari ni loghat Perak pulak. Kau ni betul-betul melting pot la. Hm, anyway, you know me… Semenjak dua menjak ni aku semakin suka pulak kacau kau. Kau tak ingat ke apa kau dah buat pada skuter aku tu? Actually, bukan aku punya la. Pinjam orang lain punya. Ha, Bila kau nak bayar ganti rugi!? Hah!?” Nik merapatkan wajahnya ke wajah Hasya. Dengan jari telunjuknya ditonyoh ke hidung Hasya, dia menghamburkan kata-kata menyakitkan hati dan sanubari itu. Mendidih betul hati Hasya mendengar kata-kata lelaki bernama Nik Aszmeer Iszkandar itu.
Suka-suka hati dia saja menonyoh-nonyoh hidung aku. Mentang-mentanglah hidung aku tak semancung hidung dia. Kalaulah aku belajar seni mempertahankan diri kat sekolah dulu, dah lama aku karate dia cukup-cukup. Baru dia tau siapa aku. Jangan ingat perempuan mudah dibuli. Sayangnya, aku tak berpeluang nak belajar mana-mana marcial art pun. Sibuklah katakan. Sibuk sangat ke? Suara hati Hasya sendiri bersoal jawab...
“Wacaaa…!” Hasya menepis jari telunjuk Nik yang dipacak tepat di hidungnya. Dengan tangan yang disilang persis ahli karate, Hasya cuba memberi gambaran bahawa dia mempunyai ilmu mempertahankan diri. Harap-harap dia tertipu dengan lakonan aku itu. Jangan main-main dengan perempuan bernama Hasya Alanna Binti Ahmad Kamil. Bukan sebarangan perempuan tau. Hasya perasan sendiri.
“Kalau nak berangan pun tunggulah malam nanti. Sebelum tidur tu kau beranganlah puas-puas. Tapi sekarang kau jangan nak berangan boleh karate aku. Sebelum kau sempat nak buat apa-apa, aku dah lipat kau jadi lepat tau.” Dengan berlagaknya Nik mempersendakan usaha lakonan Hasya tadi sambil ketawa terbahak-bahak. Isy! Nak kena betul mamat ni. Hasya bertambah geram.
“Ooo, habis tu yang kau tonyoh hidung mancung aku ni apasal? Aku tak kacau hidung kau pun. Entah-entah selama ni kau admire hidung aku ek....hahahaha.” Puas hati Hasya dapat mengenakannya balik.
“Wo wo wo!....kau jangan nak perasan la. Hidung macam jambu air ada hati mengaku mancung. Kau tengok hidung aku ni. Seratus kali lagi mancung dari hidung kau tau. Aku tolong tonyoh hidung kau tu ke tempat asalnya. Tak boleh ke?” Nik mula membuatkan hati Hasya yang sedia mendidih, menggelegak seperti gunung berapi yang hampir meletus.
“Kau nak ganti rugi apa lagi. Bukan salah aku kau terbabas masuk longkang hari tu. Lagipun bukannya kau cedera parah pun. Setakat calar-balar tu normal la. Tapi kesian jugak kau kan. Nasib baik longkang kecik je....hehehe....Anyway, kau sendiri tak concentrate masa tunggang skuter tu. Kalau kau concentrate tak ada la accident dengan aku. Eh, basikal aku ni lagi teruk tau. Nasib baik boleh diguna lagi. Kalau tak, macam mana aku nak exercise hari-hari?” Balasnya.
Exercise? Haa....memang patut pun kau exercise. Badan makin berisi je aku tengok. Sikit lagi nak jadi tong drum. Hahaha...”
Eh! Tunggu, tunggu. Rasa-rasanya punggung aku ini terasa sakit. Kenapa ya? Baik aku reverse balik. Hm! Lepas solat Asar tadi, aku meneruskan rutin harianku, mengayuh basikal keliling kampus. Exercise sikit. Kalau tidak, asyik berkuak lentang atas katil sahaja. Lepas itu, tiba-tiba semasa aku sedang kusyuk melayan perasaan sambil mengayuh basikal aku ini, tergolek sebiji bola di tengah-tengah laluan kayuhanku. Tanpa sempat berbuat apa-apa, aku pun tergolek sebiji macam bola itu juga. Yelah, niat di hati hendakku sepak bola itu ke tepi sambil mengayuh basikal buruk aku ini (nak tunjuk terer la katakan), tetapi entah macam mana mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang sedang berlari (nak ambil bola tu kot) dan gedebuk.....
“Adoi! Sakitnya......”
“Awak okey ke? Sakit tak?”
Diam........ terkesima.
“Awak? Hello?
Sepi....... terpana.
“Assalammualaikum....awak....awak.....” Sambil memetik-metik jari memanggilku.
“Haaaaa........! Oh.....! Waalaikummussalam......”
“Saya minta maaf ek. Kalau bukan sebab bola saya tergolek atas laluan awak tadi,  awak tak jatuh macam ni. Sorry sangat-sangat. “
“Tak pe, tak pe. I’m okey....Nah! Ambillah bola awak ni balik. “
“Betul awak tak apa-apa? Kalau macam tu, saya pergi dulu ek...kawan-kawan saya dah tunggu tu....Bye, jumpa lagi...and once again, I am so sorry.....”
“Ya, harap-harap kita berjumpa lagi.” Kataku di dalam hati cuma.

Lelaki tanpa diketahui gerangannya berlalu pergi.....bisu.......sesaat.....hampir seminit......seminit setengah.....masih bisu.......masuk dua minit.....bisu lagi......tiba-tiba......Hasya Alanna tersedar....
“Alamak! Kaki berdarah pulak.” 

Oh! Aku ingat. Semasa aku mengomel sendirian itulah si Nik ini muncul entah dari mana. Kurang asam betul. Mesti mamat perasan ini ternampak aku jatuh tadi dan mungkin juga dia......
“Ya, mungkin dia kenal.... ” Hasya menjerit spontan.
“Eh! Siapa kenal siapa ni? Kau ni suka mengelamun la. Patutlah boleh tergolek. Sampai naik semput aku gelakkan kau. Member-member aku pun ada yang terguling-guling atas padang tu ha....gelakkan kau. Kesian, kesi.....” Tanpa sempat Nik menghabiskan kata-katanya, Hasya memotong.
Member-member kau? Mana diorang? “ Hasya bertanya dengan perasaan yang membuak-buak. Mungkin.....
“ Hei! Kalau terguling atas padang, kat mana lagi....situ la. “ Sambil menunjukkan ke arah padang bola. 

Pandangan dialihkan. Perlahan-lahan. Dadanya berombak-ombak. Berdebar laju. Berdegup kencang dan.......itu dia. Ya, Hasya yakin. Dia pasti.  Tepat seperti telahan hatinya. Hati gadis itu bersorak. Mukanya merona merah. Kaki yang berdarah seolah-olah tidak pernah terluka. Kebas di punggungnya seakan-akan hilang. Yang dirasakan kini hanyalah rasa suka...Suka?
Bukan, bukan! Kenapa aku merasa suka sedangkan tadi baru sahaja aku terjatuh disebabkan dia, lelaki yang sedang kuperhatikan ketika ini? Ya, mungkin rasa malu. Tetapi, kenapa hatiku bersorak riang seakan-akan meraikan sesuatu tatkala menatap wajahnya di hujung padang sana? Hm! Malu dan sukakah? Aneh betul perasaanku ini. Sepatutnya aku merasa marah. Ya, marah dan aku mesti mengetahui gerangan orang yang membuatkan aku marah ketika ini. Mesti! Hasya mencari alasan sebenarnya...

“Dahlah. Aku nak sambung main bola. Penat melayan orang suka mengelamun ni. Aku chaw dulu....” Nik tiba-tiba bersuara. Mengembalikan semula Hasya ke dunia realiti.
“Eh! Nanti, nanti. “ Tanpa sedar Hasya menarik tangannya.
“Woi, apa pegang-pegang ni? Batal air sembahyang aku tau.” Nik buat-buat menggelabah.
“Ops! Sorry, sorry. Aku tak sengaja. Eh! Tadi kau nampak aku jatuh masa kau main bola ek?” Hasya bertanya mahukan kepastian. Kepastian yang amat penting.
“Yelah. Kenapa?” Tanpa menjawab soalannya, Hasya terus bertanya.
“Dan lelaki yang ambil bola tu salah seorang member kau?”
“Ha a’. Dialah yang tersepak bola tu ke arah kau. Skuter dialah yang kau jahanamkan. Dia roommate aku, Abg Kal.”
“Abg Kal? “ Tanpa disedari nama itu terpacul keluar dari bibir.
“Alah, Aiman Heykal! Takkan kau tak kenal. Dia senior course kita la...Okeylah, aku nak main bola ni. Abang Kal dah panggil tu ha! Eh, Sebelum aku lupa, peristiwa kau jatuh tadi aku ada rakam! Untuk kenang-kenangan. Wahahaha....Bye.” Dia berlari ke tengah padang tanpa sempat ditahan lagi walaupun masih banyak yang Hasya ingin tahu tentangnya. Tentang dia yang bernama Aiman Heykal.
“Aiman Heykal....siapa kau?” Hati Hasya meraung memanggil-manggil nama lelaki itu. Aneh.
Kenapa perlu aku beria-ia untuk mengenalinya. Ketahui namanya sudah cukup. Cukup?  Cukupkah? Cukuplah tu. Hati Hasya seolah-olah bertengkar.
Tersedar.......
Aduh! Aduh! Sakitnya. Kaki Hasya mula terasa sakit kembali. Dia paling tidak tahan dengan darah. Boleh pengsan kalau melihat darah yang banyak. Nasib baiklah luka di kakinya itu kecil sahaja. Punggung terasa kebas semula. Hasya mengangkat basikalnya dengan sisa tenaga yang ada.
“Ha! Pancit? Alahailah basikal....sekarang jugaklah kau nak buat hal.”
Kejap, kejap. Nik kata tadi kawan-kawannya terguling-guling gelakkan aku? Alamak! Maknanya, ada orang lain tengoklah. Malunya...Ingatkan tak ada orang nampak. Macam mana aku tak perasan ada orang lain yang tengok? Malu, malu. Macam mana nak naik basikal lagi ni...Hm! Aiman Heykal...Siapa kau sebenarnya? Kenapa aku jadi tak tentu arah pabila melihatmu? Hai lah, Aiman Heykal... Ngomel Hasya sendirian.
Bermula dari hari itu, gadis naif bernama Hasya Alanna yang tidak pernah bersedia mempercayai cinta itu mula sedar hatinya kini sedang berbunga. Berbunga-bunga dengan cinta.


Cinta itu umpama matahari...
Tanpanya, gelap dunia tiada berseri...
Cinta itu ibarat bulan...
Malam dipuja, siang rindu-rinduan...
Cinta itu seperti laut...
Adakala pasang, adakalanya surut...


~End of Part One~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...