Nurreez's Lurvely Lalink~>

Monday, November 29, 2010

Part 2 ~>Andai Esok Hari Terakhirku...

 Fuh...lama giler Nurreez tak bukak blog kesayangan nie..dekat 2 minggu rasenye..semuanya gara-gara tekanan final exam...hihihi...tak per...even final exam Nurreez belum habes lagi, Nurreez nak jugak post sambungan novel ni...ok..enjoice...!! 




Sebuah kereta Ferrari merah muncul. Dia keluar dari kereta tersebut dengan membawa sejambak bunga mawar. Dia berjalan ke arahku sambil tersenyum. Senyuman yang manis sekali. Aku yang berdiri di hujung padang memandangnya sambil membalas senyuman. Senyuman yang cuba ku ukir semanis dan secomel mungkin. Dia tinggi sekali. Tatkala kami berjalan beriringan, dapat ku agak bahawa kepalaku berada separas dengan halkumnya. Dia yang tinggi atau aku yang rendah? Tak kisahlah. Tiba-tiba, tangannya menghulurkan sejambak bunga itu kepadaku. Aku menyambutnya dengan diiringi ucapan terima kasih. Tidak semena-mena hinggap satu kucupan di pipi kiriku. Hangat sekali. Kemudian di sebelah kanan pula. Lama dari kucupan pertama. Aku terpaku seketika.
“Hasya, saya sayangkan awak.”
“Oh! Aiman....”

Tiba-tiba......toing!
“Adoi!” Hasya menjerit. Lantas matanya dibuka.
“Hoi, Apa Aiman, Aiman ni! Nama laki manalah yang kome sebut dalam tidur tu ha? Sya, Sya.....Itulah, tidur tak basuh kaki. Main redah je. Dah mengigau siapa yang susah? Ni ha, teman, roommate kome ni la yang susah. Tau? “ Teman sebilik Hasya semester ini, Wani, membebel seperti rutin hariannya yang biasa.
“Astaqfirullah hal azim. Aku mengigau rupanya. Ingatkan betoi tadi....hehehe....Eh, yang hang baling-baling bantai kat aku ni awatnya!” Eleh, loghat Perak konon! Ha, nah sekali aku bagi loghat Penang! Baguih punya. Hehehe....
“Yelah. Dah kome mengigau. Teman cuba kejut cara biasa tak sedor-sedor. Tu yang teman baling bantal busuk teman ni. Ha, Terjaga pulak, ye! Lain kali senanglah teman nak kejutkan kome....tak payah susah-susah macam sebelum ni lagi....hehehe....” Kau memerli aku nampaknya. Tak apa, tak apa. Hasya cuba mencari jalan untuk membalas dendam.
“Eh, hang letak apa dalam bantai hang ni! Keras macam batu hang tau dak? Macam manalah aku tak terjaga. Uih, bantai keras macam ni kalau kena, boleh bocoq kepala cheq tau......! wahahaha.......” Kena kau. Perli aku lagi. Hehehe...Hasya puas mengenakan Wani kembali.
“Amboi.....sedapnya kau hina bantal busuk aku ni ek! Kau tau tak betapa berjasanya bantal ni pada aku selama ni?” Aik, bila marah, terus loghat pun bertukar?! Wani, Wani....
“Ha! Apa jasa yang dia dah taburkan pada kau? Hehehe....”
“Uih, Banyak jasanya! Salah satunya, ni ha. Untuk pukul kau la......wahaha...”
“Adoi, Sakitlah! Kau nak kena ek. Sini kau....sini kau.” Hasya menggeletek perutnya. Mengekek Wani ketawa.
“Eh! Eh! Chup, chup. Tadi masa kau mengigau, kau sebut nama Aiman. Ha, Aiman mana pulak ni! Semenjak kau putus cinta dengan Jeff tu, tak pernah pulak aku tengok kau rapat dengan mana-mana lelaki lain. Tup tup, muncul nama Aiman dalam mimpi kau. Apahal ni? Kau couple lain tak bagi tau aku ek. Ni yang rasa nak merajuk ni. “ Wani mencebik. Tanda merajuk.
“Sudah sudah. Buat-buat merajuk pulak dia. Kau jangan nak buat cerita ek. Aku tak pernah couple pun dengan Jeff. He is my best friend. Kami berkawan je tau. Tak lebih dari itu. Lagipun, aku kenal dia dari sekolah rendah lagi masa dia mula-mula pindah sekolah aku. Masa sekolah menengah pulak, kami sekelas dari tingkatan satu sampai tingkatan lima. Lepas tu, dengan takdir Allah, aku dan dia tercampak ke Universiti yang sama. Memanglah orang yang tak kenal akan kata aku dan Jeff couple sebab kami macam belangkas. Mana-mana je berdua. Tapi nak buat macam mana? We always together and I cannot change that because...” Tanpa sempat Hasya menghabiskan ayatnya, Wani memotong.
Because he is your best friend. I know that. Trust me. I know. Tapi cara korang berdua aku tengok macam bukan kawan biasa tau. Kau bahasakan dirinya abang dan dia bahasakan diri kau sayang. Bukankah statement tu digunakan oleh mereka yang bercinta je? Lepas tu sekarang, lepas dia couple dengan Mira, kau orang dah tak rapat macam dulu. Nampak sangat macam ada konflik....” Wani meluahkan kegusaran yang sudah lama ingin diluahkannya.
“Hm, Kalau kau nak tau, sejak dari tingkatan empat lagi kami dah bahasakan diri masing-masing sebagai abang dan sayang! Sejarahnya bermula dengan satu game. Kami main dengan kawan-kawan rapat yang lain. Sepuluh orang semuanya. Dalam game tu, siapa yang kalah kena buat apa yang suara majoriti suruh buat. Sebagai dendalah katakan. Aku kalah banyak kali jugak. Tapi denda yang paling teruk, kawan-kawan aku mahu aku bahasakan kawan baik aku, Jeff dengan panggilan abang sampai akhir tahun tingkatan lima. Pada mulanya, aku nangis-nangis jugak tak nak buat, tapi lepas Jeff pun kena denda macam aku jugak, aku pun terima aje la. Dia didenda bahasakan diri aku sayang. Geli kan?”
“Oh! Macam tu. Sambunglah lagi....” Pinta Wani. Tertarik untuk mengetahui sejarah Hasya Alanna dan Jeffry Mirza itu.
“ Kami tak boleh tolak denda yang ditetapkan sebab kami dah berjanji dari awal untuk patuhi syarat game tu. Ala, budak-budak. Fikiran lurus lagi.....hehehe...” Hasya tergelak.
“La, gelak pulak dia. Cepatlah. Sambunglah cepat...”
“Hm... Tapi, untuk elakkan gosip kat sekolah, kami hanya bahasakan ‘abang, sayang’ bila bersama dengan kawan-kawan yang terlibat dalam game tu je. Mula-mula nak bahasakan dirinya abang, terasa malu sangat. Apatah lagi depan kawan-kawan. Malunya hanya tuhan yang tahu. Kawan-kawan bersorak setiap kali aku memanggilnya abang. Membara jugak hati aku. Tapi dah lama-lama, panggilan tu macam dah terbiasa walaupun selepas tamat tingkatan lima. Panggilan tu dah sebati. Terasa tak ada apa-apa pun. Tak geli or malu. Jeff pun macam tu jugak.”
“Oh, Itulah sebabnya korang sampai sekarang bahasakan diri masing-masing abang sayang ek! Pelik jugak aku bila kau kata korang kawan biasa je sedangkan panggilan macam orang bercouple. Hehehe... habis tu, kenapa aku tak nampak korang rapat macam selalu sekarang? Jeff pun tak selalu call lagi dah. Dulu, kalau dia call, mahunya 1, 2 jam bergayut.”
“Sekarang kan dia dah couple dengan Mira. So, tak eloklah aku asyik berkepit dengan dia macam dulu lagi. Nanti cemburu pulak si Mira tu. Aku pun suruh dia kurangkan call aku. Aku nak dia tumpukan pada relationship dia dengan Mira. Tak nak la kerana aku, mereka berantakan pulak. Aku kenal sangat dengan perangai Mira. Dia tu kuat cemburu. Kau ingat tak peristiwa dia serang aku kat cafe dulu? Masa tu, Jeff dengan dia tak couple lagi pun. Baru nak kenal-kenal. Tapi dah mula cemburukan aku dengan Jeff. “
“Yelah. Baru aku ingat. Masa tu heboh jugak satu kampus cerita Mira dan kau berebut si Jeff. Aku ingatkan masa tu, Jeff memang pakwe kau. Yelah, kau dulu bilik lain, aku bilik lain. Baru semester ni kita sebilik. Dulu aku kenal kau pun sebab cerita tu.” Wani menambah.
“Yeke? Kau kenal aku dari cerita aku dan Mira berebut Jeff ek? Malunya....mesti masa tu aku popular seantero kampus ni kan? Hehehe......”
“Ei, Perasanlah minah sorang ni! Banyaklah kau punya popular. Ha, Yang Aiman tu apa ceritanya! Siap mengigau-ngigau lagi. “ Wani mula serkap jarang.
“Alah kau ni. Nak perasan sikit pun tak boleh. Hehehe.....Ha? Aiman? Hm........! Entahlah. Aku pun tak tau dan tak kenal. Mainan tidur je tu. Kau kan kenal aku ni macam mana. Suka mengigau. “ Balas Hasya tanpa memberitahu siapa sebenarnya Aiman yang muncul dalam mimpinya itu. Ah, Tidak penting! Sekadar mimpi.
Jam menunjukkan pukul 6.15 pagi. Oh, Solat subuh masih belum aku kerjakan! Lantas, dengan mata yang masih mengantuk, Hasya gagahi juga ke bilik wuduk. Dia sempat melihat Wani terkocoh-kocoh ke bilik air.
Selesai berwuduk, Hasya mengerjakan solat Subuh. Usai bersolat, dia berdoa memohon keampunan dan rahmat dari-Nya. Memohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat bagi umi, ayah, abang, kakak, adik-adik, rakan-rakan, guru-guru, sanak saudara dan umat Islam yang lainnya. Memohon petunjuk dan hidayah-Nya. Memohon perlindungan daripada godaan syaitan-syaitan laknatullah. Memohon syurga-Nya dan meminta dijauhkan neraka-Nya serta memohon jodoh yang baik untuk di dunia dan akhirat. Sesungguhnya hanya kepadaMu kami berserah dan memohon pertolongan. Amin Ya Rabbal A’ Lamin...
Maafku tak bisa memilih dirimu...kernaku terhanyut mencintai dia. Inilah salahku yang memberi ruang...di dalam hatiku tuk’ mencintainya....”  Telefon bimbit Hasya berbunyi melagukan lagu kesukaannya.
“Ah, Siapa pulaklah yang telefon pagi-pagi buta ni!” Lantas dicapai telefon bimbit berjenama Sony Ericsson yang dihadiahkan kepadanya oleh Jeff dua bulan lepas itu dan meneliti nombor pemanggilnya. Ternyata Hasya tidak mengenali nombor tersebut. Angkat atau tidak? Angkat sajalah. Hasya was-was.
“Hello! Assalammualaikum. Siapa ni?” Lembut Hasya bertanya.
“Waalaikummussalam. Saya manusia.” Kedengaran suara lelaki menjawabnya. Eh! Manusia? Tak kan ada manusia bernama ‘Manusia’? Isy....Hasya bingung.
“Yelah. Memanglah awak manusia. Takkan monyet reti call saya kot. Siapa ni? Awak nak cakap dengan siapa?” Soal Hasya kembali dengan suara yang sedikit dikeraskan. Geram dipermainkan begitu.
“Saya nak cakap dengan awaklah. Takkan saya call awak tapi nak cakap dengan kawan saya kot!” Jawabnya dengan nada yang menjengkelkan hati Hasya. Tak faham bahasa betullah mamat ni.
“Adik...kejap lagi nak pergi sekolah kan...Baik adik bersiap. Pergi solat ke. Apa ke..Tak payahlah main-main tekan nombor macam ni. Simpan duit adik tu buat beli buku sekolah..okay?”
Ha? Adik? Aku dia cakap adik? Hahaha...Hasya..Hasya..Lelaki itu tergelak sendiri.
“Awak...suara saya yang dah macam bapak budak ni awak kata budak-budak? Saya dah habis sekolah lama dah la. Apa daaa...hahaha..”
“Habis tu bapaknya, apa hal yang penting sangat ek sampai call pagi-pagi buta ni? Tak fikir ke orang nak tidur ke..nak mandi ke..nak bersiap ke..Awak tak reti tengok jam? Sekarang pukul 6.30 pagi...P.A.G.I...pagi...Kalau tak silap saya, waktu pejabat lambat lagi...Office mana yang bukak pagi-pagi macam ni..?”  Tanya Hasya lagi. Memulangkan paku buah keras.
“Oh, 6.30 pagi ke? Saya ingatkan pukul 6.30 petang..hahaha...Awak dah makan ke maknya?”
“Maknya???Isy...tak kuasa saya lah...Eh, apa tadi awak kata? Makan? Awak ni mamai ke apa?”
“Yela..awak kan selalu puasa hari ni. Dah makan sahur?”
Isy....betul ke aku cakap dengan manusia ni? Macam tak je. Macam mana dia tahu aku puasa hari ni? Alamak..meremang pulak bulu tengkuk ni..Baik aku letak aje telefon. Seram.
Tuuuuttttt.........
“Eh, hello..hello!!” La...dia letak telefon? Hahaha...baru cakap sikit dah takut. Apalah Hasya ni..Wahaha...Baik aku telefon balik.
“Hello, awak...saya bukan hantu la.”
“Saya nak bukti awak bukan han...”
“Isy..isy..isy...Kan saya dah cakap tadi, saya manusia. M.A.N.U.S.I.A...Mim Alif Nun Wau Sin Ya Alif...Hantu takkan reti eja jawi kan...hehehe...”
“Tak kisahlah awak manusia ke apa ke..Awak call saya ni sebenarnya untuk apa? Saya tak ada masa nak main angkat hempas telefon dengan awak, okay? Saya ada banyak lagi kerja lain. So, awak nak apa?”
“Saya nak apa? Saya nak call awak, sebab itulah saya call awak.”
“Ya Allah. Apalah dosa aku ni. Awak ingat ini cobaan? Saya tanya betul-betul, awak nak apa call saya?” Hasya mula berasa geram.
“Hahaha...Okeylah awak. Saya nak bersiap pergi kelas ni. Nanti kita cakap lagi ya. Assalammualaikum, Hasya Alanna Binti Ahmad Kamil @ Sya @ Anna @ Syanana...hahahaa...” Tuuuuuutttttt.....telefon diletakkan.
“Waalaikummussalam.”
Kurang asam betul. Dia mengelak untuk mengakui siapa dia sebenarnya dan yang paling pelik, dia tahu nama aku. Pandai-pandai aje panggil aku Syanana...Isy..Siapa ni? Kenapa nak berteka-teki tentang diri sendiri? Aku kenal dia ke? Tapi, aku tak cam pun suaranya? Tunggu, tunggu. Suara tu macam pernah aku dengar, tapi di mana ya? Ah, ni mesti kerja member-member yang nak kenakan aku ni! Tak pe. Tak pe. Aku siasat sampai dapat nanti siapa dalangnya. Siaplah. Hasya membuat kesimpulan sendiri. Kesimpulan yang dia sendiri tidak pasti.
 “Yes, yes, yes.....! Dapat jugak aku dengar suara dia...Yahoooo!”
Pada detik yang sama, si pemanggil misteri tadi berasa puas. Rindunya sudah terubat hari ini.

“Wani, Ooo Wani oi! Bangunlah. Kau tak nak pergi kuliah ke? Dah pukul berapa dah ni. Eh, Tak bagus tau tidur lepas solat Subuh! Rezeki tak masuk. Bangun, bangun. Kelas kau pukul 8 kan hari ni? Bangun la. “ Wani masih belum bergerak.
“Hai, tadi mengutuk aku bukan main! Aku liat nak bangunlah, susah nak kejutlah. Macam-macam ek. Mengata orang, dia yang lebih.....Wani, bangunlah cepat.”
“Yelah, yelah. Aku nak bangunlah ni. Eh, Siapa call kau tadi tu! Garang semacam je cara kau  cakap dengan dia.”
“Entahlah. Tak kenal. Pagi-pagi buta dah sakitkan hati orang. Aku tanya siapa, tak nak jawab.      Tapi dia siap tau nama penuh aku. Hm, Malas nak layan! Mesti ada orang nak kenakan aku ni. Tak pun orang sewel...Entah apa-apa entah..”
“Eh, Mana kau tau ada orang nak kenakan kau! Lagipun, buat apa orang sewel nal call kau pulak? Entah-entah secret admire kau ke.... menarik tu. Hehehe...”
“Sudah-sudah. Jangan nak mengarut. Kau ingat muka macam ni ada orang nak ke? Hahaha...Aku nak pergi mandi ni. Kejap lagi penuh pulak bilik air tu. Kau pun ada kelas kan pukul 8? Ha, tak nak bersiap ke!?”
“Yelah, yelah.”

Pagi itu, Hasya Alanna memulakan hari dengan persoalan dan kemusykilan yang ditinggalkan oleh seseorang yang tidak diketahui siapa dia sebenarnya. Menambahkan lagi kegusaran di hati, setibanya Hasya ke dewan kuliah pagi itu, terlihat satu jambangan bunga mawar merah diletakkan betul-betul di atas meja yang selalu dia duduki. Yang lebih menghairankan, kad pada jambangan bunga itu menyatakan bahawa bunga tersebut adalah ditujukan kepadanya. Hasya menoleh ke arah rakan-rakan sekuliah yang lainnya, namun mereka hanya tersenyum. Ada juga yang menjungkitkan bahu dan menggelengkan kepala (Mira dan kawan-kawannya lah tu). Tidak kurang juga yang bertanya itu dan ini. Dia hanya menggeleng dan tersenyum. Hasya kemudian membelek kad tersebut. Terdapat sebuah sajak tulisan tangan. Dibuka dan dibaca isinya satu persatu.

Istimewa untuk ‘bidadari dari syurga’, Hasya Alanna :-

Kejernihan wajahmu...sempurna pada pandanganku...
kau kirana...
Keturunan terpilih...disanjung serta dihormati....
kau permata...
Kesederhanaanmu...mengecap kejayaan dunia...
kau mastika...
Ketaqwaan dirimu...itu yang merantai jiwaku......
Kaulah dia yang bernama cinta, Hasya Alanna Ahmad Kamil.
Ikhlas daripada :-
Pencintamu, A .I. R ...

Manis sekali petikan lirik lagu In-Team yang ditulis semula pada kad tersebut. Hasya Alanna terbuai seketika oleh kata-kata indah dan romantis itu.
“Adakah benar kata-kata itu dituju untukku?”
“Mengapa aku?”
“Namun, yang menjadi persoalan utamanya sekarang, siapa ‘A.I.R’ seperti yang tertera pada kad berwarna hijau ni?”
“Hari ni April fool ke?”
“Hm, Belum lagi! Sekarang baru hendak menginjak ke bulan Februari. Mustahil juga ada yang ingin mengenakanku. Siap berhabis berpuluh ringgit membeli bunga-bunga yang bukan sedikit bilangannya. Juga perlu memerah otak mencari lirik lagu untuk ditintakan di atas kad. Lagi, untuk apa mengenakanku?”
“Main-main mungkin. Tapi, siapa? A.I.R tu apa? Air ke? Eh, air???”
“Entahlah....” Hasya membiarkan sahaja persoalan itu bermain di benaknya.
“Jangan ada yang meminta bunga itu kembali sudahlah....hehehe....”

Kali ini, gadis itu, Hasya Alanna bingung...Cinta siapa pula yang telah hanyut dan singgah di pelabuhan milik gadis itu? Entahlah...Hanya pemanggil misteri dan pencinta setia yang bisa mengetahuinya....

Di manakah kasih yang dicari?
Di manakah sayang yang diimpi?
Lari, terbang atau hanyutkah ia?
Datanglah padaku....kau yang bernama cinta....
~End of Part 2~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...