Nurreez's Lurvely Lalink~>

Thursday, January 27, 2011

Part 8 ~ Andai Esok Hari Terakhirku...

Yey....akhirnya....Nurreez dah boleh log in pun blog yang selama ini diblock...(biasalah, guna wifi..haha)...Banyak sangat cerita yang Nurreez nak kongsikan...Tapi, hari ni Nurreez nak post dulu sambungan novel yang tergendala beberapa minggu dah ni..Ada yang komplen, bila la Nurreez nak post sambungannya..hihi..Sorry, bukan sengaja tau..:)))..owait, ini dia sambungan utk novel Nurreez ni...ok, so..cam biasa, read, feel, touched n enjoy guys..^_^




“Sya...Sya kat mana sekarang?” Aiman Heykal membentak di corong telefon.
“Ha!? Sya kat library ni. Ada group discussion la Kal...Semalam kan Sya dah bagi tahu...”
“Siapa lagi kat situ?” Kal masih tidak berpuas hati. Hatinya panas...
“Amy, Nur, Mat Aid, Piduih, Shidi, Along dan Pejan. Eni pun ada ni ha...Dia satu group dengan Sya.” Hasya menyebut satu persatu rakan perbincangannya.
“Lagi 10 minit Kal sampai...” Lantas, talian dimatikan.
Mampus, mesti nak mengamuk lagi. Pantang betul kalau ada nama lelaki yang disebut. Macam mana ni...? Perbincangan pun tak habis lagi. Hasya tidak tenteram. Eni pula hanya menggeleng-geleng. Sedia maklum dengan sikap Aiman Heykal terhadap Hasya yang begitu mengongkong. Kadangkala dia sendiri hairan. Semenjak Kal dan Hasya berpacaran, jarang sekali Kal mengambil tahu tentang dirinya. Panggilan telefon juga sudah jarang. SMS apatah lagi.
Pada mulanya, dia tidak mengambil kisah hubungan Kal dan Hasya itu. Malahan, dia tidak perlu lagi berasa rimas dengan kata-kata puitis dan romantis Kal setelah lelaki itu jarang menghubunginya. Namun, sejak hubungan Kal dan Hasya bertambah rapat, dia mula merasakan satu kehilangan. Ada juga rasa cemburu bertamu di hatinya pabila melihat Kal sering menghabiskan masanya bersama Hasya. Ke mana sahaja...Sampaikan minggu lepas, Hasya dibawa berjumpa dengan keluarga Kal yang baru berpindah ke Alor Setar. Apa motif Kal memperkenalkan Hasya kepada keluarganya pun dia tidak tahu. Sepatutnya dia bawa aku...Tak mungkin secepat ini Kal tewas dengan ujian aku! Qurratuaini berkata dalam hati.
Dia terlupa tujuan asal ujian tersebut diberikan kepada Aiman Heykal adalah untuk mengalih cinta lelaki itu terhadapnya kepada Hasya. Dia sendiri yang memulakan permainan perasaan ini dan sekarang sepertinya dia sendiri terperangkap dengan perasaan cemburu. Cemburu terhadap Kal yang sentiasa bersama Hasya. Cemburu dengan perhatian dan sikap Kal terhadap bekas rakan sebiliknya itu. Cemburu melihat hubungan mereka yang semakin lama semakin rapat dan mesra. Apahal dengan aku ni? Qurratuaini bingung sendiri.
“Sya...Jom balik...” Kal menyentap tangan Hasya tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang ke arahnya.
Ah! Peduli apa aku. Bukan pertama kali aku buat kecoh di khalayak bila ternampak Hasya dengan lelaki lain walaupun gadis itu hanya membuat perbincangan kumpulan. Lantaklah...dia makwe aku. Aku berhak mengongkong dia. Aku cemburu! Chup, chup! Kenapa pulak aku nak cemburu. Aku bukannya cintakan Hasya pun. Dia hanya umpan untuk dapatkan Eni aje. Ya, aku cuma mahu menjaga maruah. Maruah sebagai lelaki...Ya, betul tu...
Aiman Heykal cuba mencari alasan perbuatannya terhadap Hasya Alanna sambil menafikan perasaan cemburu yang selalu bertamu di hati. Cemburu yang bertambah kuat semenjak mengetahui kejadian yang berlaku antara Hasya dan sepupunya sendiri, Ahmad Iman Rizal. Entah apa sebabnya, dia sendiri tidak pasti. Hatinya mula menyayangi Hasya Alanna? Mungkin ya, mungkin tidak. Hatinya milik Eni seorang? Ya, dulu dia pasti sekali dengan pernyataan itu, tapi kini...entahlah...
Brother...Kita orang tak habis buat perbincangan lagilah! Mana boleh Sya balik. Banyak lagi nak kena bincang ni.” Pejan, salah seorang ahli kumpulan Hasya menerangkan.
“Kau diam! Kau ingat aku tak tahu. Korang bukan datang nak bincang apa-apa pun, tapi nak mengayat. Sudahlah...Sya, Kal tunggu kat bawah. Cepat sikit...!” Kal berkeras. Entah bagaimana, dia terlupa bahawa Qurratuaini juga berada di situ.
Qurratuaini meluat melihat Hasya yang sibuk mengemas buku-buku rujukannya dan meminta diri untuk pergi. Eleh, sukalah tu pakwe datang jemput! Menyampah...!Eni menyumpah di dalam hati. Ada rasa cemburu melihat Kal begitu...Cemburu melihat Hasya begini...Cemburu lagi? Haisy..! Apahal ni? Kali ini Qurratuaini betul-betul bingung. Bingung dengan perasaan sendiri.


Seminggu sebelum itu......
“Nik, Hasya...jemputlah masuk. Jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri, ya.” Ibu Aiman Heykal mempelawa semasa mereka dibawa Aiman Heykal berkunjung ke rumahnya yang baru diduduki sebulan yang lalu itu.
“Kita orang tak ada nak seganlah, auntie. Tambah-tambah, Hasya ni. Yelah, bakal jadi penghuni rumah besar, mewah ni jugak nanti...Betul tak, Sya?”
“Kau nak kena ya, Nik! Aku cubit dengan sepit ketam aku ni kang...Nak?”
Auntie, tengok bakal menantu auntie ni. Ada ke pulak nak cubit Nik. Pergilah cubit abang sayang kau tu. Abang Kal...Oh! Abang Kal...!” Puan Rohanie hanya tersenyum.

Dia senang dengan Nik yang sudah dianggap seperti anak sendiri sejak Aiman sering membawa teman sebiliknya itu berkunjung ke rumah. Semenjak mereka tinggal di Taman Tun Dr. Ismail lagi kerana Nik juga tinggal tidak jauh dari mereka iaitu di Pandan Jaya. Dia cukup kenal dengan sikap nakal Nik yang suka mengusik. Gadis itu pula diperkenalkan oleh Aiman sebagai rakannya di Universiti. Namun, dia dapat mengagak ada hubungan yang lebih terjalin antara mereka melihatkan pandangan Aiman Heykal dan gadis itu sering bertaut. Dan, hatinya seakan merestui hubungan mereka setelah diperhatikan, gadis itu memiliki peribadi yang baik, bertudung, bersopan-santun dan yang paling menarik, wajahnya yang manis memikat ala-ala heroin Hindustan. Ala, macam pelakon Kuch Kuch Hota Hai tu...! Siapa nama dia? Ha! Kajol...Sekali tengok macam ‘anak mami’ pun ada...Manis betul. Bisik hati Puan Rohanie.

  haa....rupe Hasya ni ade iras-iras Kajol...muka manis la katakan...hihi..(sebenarnya, Nurreez sendirik yg minat Kajol ni ha...tu yang ngengada membayangkan Hasya macam Kajol..gedik kan..huh..dh sambung blk..:p

“Kau orang borak-boraklah dulu ya. Auntie nak ke dapur sekejap.” Puan Rohanie meminta diri sebentar. Meninggalkan Nik dan Hasya di ruang tamu rumah. Aiman awal-awal lagi bergegas ke bilik air. Menunaikan hajat kot.
“Menjadi-jadi pulak kau ni ek. Tak malu ke buat perangai tak senonoh kau tu kat rumah auntie? Malu aku datang dengan kau. Rasa macam tak nak mengaku je kau kawan aku...” Hasya Alanna yang sedari tadi menahan geram dengan kerenah Nik mula bersuara.
“Eh, mulut tu jaga sikit beb. Kau ingat aku lahap sangat ke nak jadi kawan kau? Kalau bukan sebab Abang Kal yang ajak, tak inginlah aku nak ikut! Banyak lagi perkara berfaedah aku boleh buat daripada bertekak dengan kau. Aku betul-betul tak faham. Macam manalah Abang Kal tu boleh lahap kat kau. Nak kata cantik, tak pun. Sikit pun tak. Entah-entah kau kasi dia minyak senyonyong tak? Tak pun minyak pengasih?” Nik tiba-tiba membalas.
Apahal Nik ni? Tiba-tiba nak marah apasal? Hasya jadi pelik dengan sikap dingin Nik akhir-akhir ini terhadapnya. Seperti ada rasa tidak puas hati.
“Kau jangan nak tuduh yang bukan-bukan, Nik! Aku pun ada harga diri!” Hasya terasa seperti mahu menangis. Sekali lagi dia dihina oleh lelaki bernama Nik itu.
“Tak payahlah kau nak bagi tahu betapa tingginya harga kau tu. Bagi aku, semua perempuan sama saja. Tamakkan harta. Tamakkan status dan nama. Macam kau!” Nik masih tidak mengalah. Malahan nadanya sedikit meninggi daripada tadi. Hatinya terasa puas setelah menuturkan ayat tersebut.
            “Aku cintakan Abang Kal bukan sebab paras rupanya. Bukan sebab hartanya. Aku cintakan Abang Kal setulus hati aku. Sepenuh hati aku, Nik. Aku masih ada iman. Tak mungkin aku akan gunakan jalan yang menyimpang semata-mata untuk dapatkan cintanya.”
            “Aku masih tak percaya, Sya. Aku kenal Abang Kal. Aku tahu dia tak mungkin sukakan perempuan macam kau. Aku betul-betul pasti dengan itu!”
            “Perempuan macam aku? Apa maksud kau, Nik?” Hasya mula tidak senang.
            “Ya, perempuan kolot macam kau. Pakai tudung. Pakai baju kurung. Sopan-santun. Lemah-lembut. Macamlah baik sangat! Nonsense. Semua tu pura-pura belaka. Semua tu hanyalah untuk mengaburi mata lelaki supaya senang kau nak bolot hartanya. Supaya dia tertipu dengan lakonan kau. Supaya senang kau nak cari lelaki lain, bukan?”
            “Kenapa kau begitu prejudis terhadap cinta, Nik? Bukan semua perempuan seperti yang kau fikirkan tu.”
            “Ah! Perempuan semua sama. Tak boleh dipercayai. Tak boleh diberi muka. Aku nak tahu, apa kau dah buat pada Abang Kal, huh?”
“Aku tak pernah memaksa dia untuk sukakan aku. Tak pernah...Malahan cinta itu sendiri yang datang padanya tanpa aku ketahui bagaimana...” Ada airmata bergenang di tubir mata Hasya Alanna. Dia tidak sangka begitu rendah Nik memandangnya selama ini. Dia sama sekali tidak menduga bahawa Nik sanggup menuduhnya sebegitu sedangkan mereka selama ini saling mengenali.
“Sudahlah. Jangan kau nak menangis pulak kat sini. Ambil tisu ni. Cepatlah..! Nanti Abang Kal nampak panjang pulak cerita.”
Tengkingan Nik menyebabkan Hasya tersentak dan terus mendapatkan tisu di tangan Nik. Cepat-cepat airmata yang hampir menitis disapunya setelah menyedari Puan Rohanie sedang menatang dulang ke arah mereka diiringi oleh Aiman Heykal. Nik segera memaniskan wajahnya yang sedikit kelat ketika bertegang urat dengan Hasya sebentar tadi. Menyembunyikan ketidaksenangan hatinya dengan kehadiran Hasya dalam hidup rakan sebiliknya itu. Rakan sebilik yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri. Dan hadirnya Hasya mengingatkannya kembali tentang ibunya. Perempuan yang lemah-lembut, sopan-santun, sentiasa bertudung dan berbaju kurung walaupun berbangsa Inggeris. Namun, itu hanyalah penipuan. Lakonan berkesan yang berjaya memperkotak-katikkan ayahnya. Kecurangan yang tidak dapat dimaafkannya sehingga ke hari ini. Dia tidak akan mempercayai perempuan. Apatah lagi cinta! Tak mungkin dia akan membiarkan apa yang terjadi kepada ayahnya berulang kembali!

“Nik, Sya...minumlah air tu. Nanti sejuk pulak.” Pelawa Puan Rohanie sambil dibalas dengan senyuman manis Hasya Alanna. Senyuman yang begitu payah untuk diukir sebenarnya.
Rumah banglo dua tingkat yang baru dibeli di Alor Setar itu begitu besar dan luas. Terdapatnya landskap berkolam di halaman rumah. Pelbagai jenis tumbuhan eksotik seperti teratai, kiambang, keladi, buluh cina dan halia bara mengimbangi landskap kejur seperti wakaf dan laluan batu sungai. Ruang tamunya pula dihias berkonsepkan tropika kontemporari. Pengaruh tropika dapat dilihat melalui perabot anyaman batang pisang, tiang kayu rustik dan lampu berdiri terendak bubu ikan. Diletakkan juga beberapa lilin dalam bekas kayu bersama pokok pakis di meja utama ruang tamu itu. Cantik dan tenang sekali. Hasya mengambil peluang untuk lari daripada pandangan sinis Nik terhadapnya dengan berjalan-jalan sekitar ruang tamu itu. Melihat lukisan-lukisan dan barang-barang antik yang tersusun elok.
Di satu sudut, terdapat potret keluarga Aiman Heykal yang terdiri daripada Kal sendiri, bapanya, Sheikh Abdullah, ibunya, Puan Rohanie, dua orang abang dan seorang adik lelaki. Kiranya, rumah itu dikuasai sang hero. Kasihan auntie Rohanie. Hasya tergelak sendiri. Pandangannya menyoroti pula album gambar yang diletakkan di bawah meja utama. Tangannya membuka salah satu album di situ. Aiman Heykal yang melihat Hasya sedang menatap gambar di dalam albumnya, perlahan-lahan merapati.
“Itu gambar Kal dengan cousin. Nama dia Iman Rizal. Kita orang sebaya. Dia pun belajar kat UUM jugak. Ambik course Law...Dia ni aktif sikit kat U. Siap jadi MPP. Abang malas nak join benda-benda tu. Dulu time sekolah rapat gila dengan dia. Sekarang masing-masing busy. Payahlah nak lepak sekali. Sya kenal tak dia?”
“Ha!? Hmmm, rasanya Sya tak kenal la...” Sya bohong sunat. Kalau mengaku kenal, nanti panjang lebar pula soalan Kal kepadanya.
“Dia ni boleh tahan popular jugak. Tapi tak boleh challenge Kal la...hehehe...” Panjang lebar Aiman Heykal menerangkan gerangan lelaki yang bergambar dengannya semasa Hari Raya Aidilfitri itu kepada Hasya.
“Ei...masuk bakul angkat sendiri! Tapi kan, kenapa dalam gambar ni hidung Kal macam kembang semacam je! Perut pun macam buncit sikit....Apa nama dia? Iman? Ha, dia lagi hensem....hahaha...” Sengaja Hasya Alanna ingin mengusik.
“Iman hensem? Eh, mata tu pergi mana...!? Dahlah kurus, macam tak cukup zat aje. Sya kata apa tadi? Hidung Kal kembang? Mana ada! Perut Kal pun flat je. Tak percaya cuba pegang ni...Siap muscle berketak-ketak lagi...” Aiman pula menyakat. Lantas tangan Hasya dipegang dan dibawa hampir ke perutnya. Nak mengusik aku konon. Tengok siapa lagi pandai mengusik. Kal berbisik dalam hati. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
“Tamau...! Hasya menjerit.
Puuutttttttt.....
“Opsss...sorry kacau line! Tak boleh nak tahan dah la. Tambah-tambah tengok korang bermanja-manja. Lagilah sistem pencernaan aku ni tak boleh nak tahan. Kalau bau tu, buat-buatlah tak kenal ek...hahaha..” Nik tergelak. Sengaja dia buang angin beracunnya itu di hadapan mereka.
“Masya-Allah. Kau ni Nik. Sengaja cari pasal betul. Apa bendalah yang kau makan...Bau tak boleh blah...Boleh gugur bulu hidung aku ni. Tengok Sya tu, hidung dia pun dah kembang semacam dah. Hahaha...”
“Kal...! Nak balas dendamlah tu. Eiiii....!” Dicubitnya lengan lelaki kesayangannya itu.
Tiba-tiba, kedengaran suara auntie Rohanie memanggil-manggil Aiman Heykal.
“Kal...Datang sini kejap. Mak Ngah, Pak Ngah kau datang ni! Iman pun ada sekali ni ha!”
“Panjang umur dia. Baru sebut aje dah muncul. Sya, Nik...Kal pergi sana kejap ek.”

Aiman Heykal berlari pergi ke anjung rumahnya. Lantas, dia menyalami kedua-dua ibu dan bapa saudaranya itu. Terlihatkan Iman Rizal, Kal terus sahaja mendapatkan sepupunya itu dan mendakapnya erat. Sudah rutin mereka begitu. Akrab sedari kecil lagi. Namun, Iman hanya membalas pelukan itu tanpa senyuman. Dingin, tidak seperti selalu...
“Laa...awat tak bagi tau nak mai! Boleh Ani masak istimewa sikit hari ni...La, Iman ka ni? Lama Mak Andak tak tengok hang. Besaq panjang dah no. Hensem lagi daripada Kal ni...Tinggi pun tinggi. Putih pun putih. Badan pun dah tegap. Kal ni ha, asyik dok ligan bola saja, muka pun dah macam besi berkarat...”
“Mama...!”
Meletus ketawa keluarga itu. Namun, memang tidak dapat dinafikan, Iman Rizal sememangnya semakin kacak. Bertambah kacak jika diukur ketika kali terakhir mereka bertemu semasa Hari Raya Aidilfitri dua tahun yang lalu. Lagilah jauh berbeza daripada zaman sekolah duhulu. Skema betul. Tidak pandai bergaya lagilah katakan. Kini, Iman sudah berubah. Walaupun dia hanya menyarungkan kemeja hitam dan berseluar jeans, Iman tetap kelihatan kacak. Tubuh lelaki itu kelihatan fit berbanding dulu yang kerempeng dan kurus. Aiman Heykal mula berasa tergugat. Dia tidak pernah menyangka sepupu yang sudah lama tidak bersua itu, (walaupun belajar di Universiti yang sama) boleh berubah menjadi semenarik ini. Hati lelakinya sedikit tercabar. Jika dulu dia sering berbangga dengan wajahnya yang dikatakan paling kacak di kalangan ahli keluarga, kini dia sudah ada pencabar. 


haaa... kirenye inilah figure si Iman Rizal sekarang...amacam..mengancam kan...hik3..(bkn ke ni Aaron Aziz..?)...wahaha...~imagine yg si hero encem cam gini..marvellous..precious..OMG...~wink3*

“Alah, tak payah susah-susah Ani oi. Kami mai ni pun sat saja. Nak tengok rumah baru. Sat lagi pun Iman nak balik kampus dia dah. Awat teringat nak beli rumah kat Aloq Setaq ni? Dah tak best dah ka dok kat KL nu...?” Abang kandung kepada ibu Aiman Heykal sekadar bergurau.
“Ha la, bang Ngah oi...!Dok KL tu bukan ada apa-apa pun. Dah dekat 25 tahun kami dok sana. Naik cemuih. Rindu pulak kat kampung halaman ni ha. Nak jugak merasa dok tepi sawah padi. Bang Lah tu pun memang dah lama nak pindah mai balik sini. Bila anak-anak dah besaq, bolehlah dia serah business tu kat depa. Kami nak rehat la pulak...”
“Oh! Business hangpa dekat KL nu serah kat si Aiman Haizal la no...Dia pun nampak boleh harap...hat lagi 3 orang anak teruna hang dok belajaq lagi kan. Baguih la macam tu. Bang Ngah ni dah lama tunggu hangpa mai duduk sini. Senang la sikit nak berjumpa. Kadang-kadang kat rumah tu tinggal kami berdua laki bini. Anak-anak semua dah kerja, belajaq. Ada yang dah ada keluarga sendiri. Kot boring-boring, boleh jugak la kami mai sembang-sembang kat rumah hang ni.”
“Apa salahnya. Boleh aih...Ha, Bang Ngah, Kak Ngah, Iman...Ni kawan-kawan si Kal ni ha. Cuti hari minggu, tak dak apa nak buat kat U tu, depa mai sini sat. Eh, Iman ni bukan ka belajaq kat UUM jugak! Hasya, Nik...kenai dak Iman ni?”

Iman terkejut. Dia tidak menyangka gadis idamannya itu berada di hadapannya. Namun, getar di hati disembunyikan dengan baik. Hatinya tercuit melihat gadis itu cuba mengingati di mana mereka pernah bertemu. Seluruh wajah gadis itu dibeleknya. Inilah kali pertama gadis itu betul-betul berhadapan dengannya semenjak minggu orientasi dahulu. Hasya yang dari tadi leka mencari jawapan, tidak sedar Iman memandangnya penuh makna. Aiman Heykal pula tidak senang melihat Iman memerhati Hasya. Macam tak pernah tengok perempuan. Getus hatinya.
“Rasanya kenal kot. Ni Abang Iman yang jadi ketua kumpulan Hasya masa minggu orientasi, kan? Kalau tak silap la...” Sengaja dia berpura-pura tidak pasti dengan jawapannya, sedangkan dia masih mengenali seraut wajah itu. Takut Kal berfikir yang bukan-bukan.
“Hai! Tak kan dah lupa kot! Saya la yang angkat dan kendong awak masa awak jatuh kat dalam hutan tu. Masa junggle trekking. Ingat lagi?”
Ya, Hasya Alanna masih mengingati kejadian itu. Mana mungkin dia melupakan kejadian yang sering menghantuinya semester lepas. Namun, dia hanya tersenyum dan tidak semena-mena, wajahnya bertukar merah. Malunya....Dia pun ingat lagi kejadian tu? Aduh! Mana nak sorok muka ni? Hasya berkata sendiri.
Ada riak tidak puas hati di wajah Aiman Heykal. Iman Rizal tersenyum meleret...

“Sya...kenapa tak bagitau Sya kenal Iman?” Aiman Heykal yang duduk bersebelahan Hasya di meja makan berkata perlahan ketika mereka sedang menikmati makan tengahari. Tidak mahu sesiapa menangkap butir bicaranya yang berbaur marah dan cemburu itu lebih-lebih lagi Iman.
“Sya baru teringat la. Masa tengok gambar dia dalam album tu, Sya tak cam pun.” Hasya membalas.
            “Betul ke dia angkat dan kendong Sya?” Kal bertanya sambil matanya melirik tajam ke arah Iman yang dilihat kerap mencuri pandang ke wajah Hasya.
“Ha!?....Errrr...Ha’a....” Hasya tergagap-gagap menjawab sambil matanya menjeling ke arah Iman yang leka menyuap nasi.


“Mak...Kal dah kenyang la. Mak Ngah, Pak Ngah...Kal mintak diri dulu ya. Man...aku chaw dulu...Sya, Nik...cepat sikit. Kita dah lambat ni. Kata nak singgah Jitra Mall...” Aiman Heykal tiba-tiba bersuara. Dia kelihatan tergesa-gesa untuk pergi dari situ. Geram dengan pengakuan Hasya. Marah dengan kejadian kendong-mengendong itu.
“Jitra Mall? Bila masa pulak mereka merancang ke Jitra Mall? Sudah...!” Hasya mula tidak sedap hati. Lekas-lekas dia membasuh tangan dan menyalami ibu dan bapa saudara Kal itu.
“Eh, Iman pun nak balik UUM jugak kan? Iman balik naik apa?” Tiba-tiba Puan Rohanie bertanya sebaik sahaja Hasya menyalaminya.
“Kami ingat nak hantaq dia lepas singgah rumah Ani ni. Motor Iman tu adik dia bagi jahanam. Si Aman Rafizi tu pantang abang dia balik, mula la nak naik motor Iman. Nak tayang kat kawan-kawan la konon. Last-last, excident. Nasib baik tak dak apa-apa. Tapi, motor Iman ni la kena masuk bengkel.” Ibu Iman mencelah.
            “Kalau macam tu, Iman balik la sekali dengan depa...Depa pun 3 orang saja. Muat lagi kereta Kal tu. Boleh Kal?” Puan Rohanie bertanya kepada Aiman Heykal.
            “Tak kan tak boleh kot...Mestilah boleh. Tadi pun memang ingat nak ajak Iman join balik sekali dengan kita orang.” Kal hanya bermanis kata, cuba menutup hatinya yang walang ketika itu. Sakit hati dengan cadangan ibunya.

            “Iman, lama betul tak jumpa kau kan. Dekat dua tahun rasanya ek. Lain kau sekarang...” Aiman Heykal memulakan perbualan semasa mereka dalam perjalanan ke pekan Jitra. Iman yang duduk di kerusi belakang tersentak. Leka memerhati Hasya yang duduk di kerusi hadapan.
            “What? Aku lain? Lain dari segi apa ni Kal...Is it my looks? Hehehe....”
            “Yeah...that’s what I mean...Your looks, dude. You have change a lot. How come, man. Are you trying to beat me, huh?”
            “Owh! That’s interesting too...to beat the most handsome man on planet, isn’t that what they called you, man? The old-school things. And me, the nerd guy. Owh, man. It’s awful to remember that again. Nope. I would never beat you since I have already win.”
            “Win over me? That’s nice. Never heard of that ‘weird’ things before. Especially from you, dude. You’ve change! More challenging. More interesting. So, is there someone? You know, who’ve change you? Huh?” Kal bertanya sambil melihat wajah Iman di cermin. Dia sedikit geram melihat Iman sering melepaskan pandang ke arah Hasya. Apa hal mamat ni. Macamlah Hasya ni lawa sangat. Tengok macam nak terkeluar biji mata. Kal mengomel sendiri.
            “Someone...? Hmmm, yes. There’s someone. Someone special. Unfortunately, she’s not mine, for now. Tapi aku pasti, dia pasti akan jadi milik aku suatu hari nanti...” Pandangan penuh makna dilepaskan ke arah Hasya. Nasib baiklah Aiman Heykal tidak menyedarinya.
            “Wah, dah pandai berjiwang kau sekarang! Macam tak percaya pulak. Dulu aku rasa kau tak layan cintan-cintun ni. Eh, girl tu bukan milik kau sekarang? Habis tu, dia makwe orang lain la ek?” Kal mula merasakan topik perbincangan mereka semakin menarik.
            “Rasa-rasanyalah. Aku rasa dia orang couple kot. Rapat semacam aje. Doesn’t matter. She’ll be mine. Just take a little time and effort...”
            “Wow! Optimis. Siapalah lelaki malang yang terpaksa berentap dengan kau tu ek. Gerenti kalah punya. Maklumlah, kau dah bertambah handsome sekarang. Mesti girl tu tak tolak punyalah.” Kal seolah-olah memberi keyakinan.
Kaulah...Iman Rizal berkata dalam hati. Memaksudkan Aiman Heykal. Tiba-tiba matanya teralih ke arah Hasya Alanna. Gadis itu hanya mendiamkan diri. Mahu juga dia mendengar suara yang dirindui siang malam itu. Bersuaralah, Hasya Alanna. Aku kira sampai lima. Kalau kau tak bersuara, aku cubit sampai kau menjerit. Asal dapat aku dengar suara emasmu itu. Iman berkata sendiri. Dia mula mengira di dalam hati.
Satu...dua...tiga...empat...lima...
Baru sahaja tangannya ingin dijulur ke depan, Hasya yang seolah-olah dapat membaca hati Iman terus sahaja bersuara.
“Kal, kejap lagi singgah kedai alatan sukan kejap ek.”
“Sya nak beli apa, sayang...” Sengaja dia buat-buat manja. Mahu menunjuk kepada Iman agaknya.
“Sya baru teringat, hari tu kan Kal dengan Nik bagi hilang bola tenis. Bukan nak ganti balik. Sya nak beli la. Nanti nak main macam mana.”
“Yelah, yelah. Nanti abang bayarkan ek. Nik, kau dengar tak tu? Singa betina dah naik angin...hehehe...”
Kroooooohhhhhh.....
“Lor, dia tidur la Kal. Eleh, bukan tak tahu. Buat-buatlah tu. Nak larikan diri...Hei, Nik! Kau ni nak kena betul la. Nak kena....”
“Sepit ketam kau? Uih, tak nak, tak nak! Ngeri gile. Serius, guys. Kalau kau nak Iman, cubalah kena sepit dengan Sya ni. Gerenti berlebam seminggu. Ni ha buktinya...Isy, buat jatuh saham aku je.” Tiba-tiba Nik bersuara sambil menunjukkan lengannya yang dikatakan berlebam. Kantoi...buat-buat tidur konon. Hasya terasa pelik. Tadi di rumah Kal, Nik seperti benci benar padanya dan sekarang sepertinya pertelingkahan itu tidak pernah berlaku. Apa sebenarnya yang Nik rancang dan fikirkan? Mungkin lebih baik aku mengikut rentaknya. Hasya bermonolog sendiri.
Sorry sikit. Itu bukan lebam ek.”
“Habis tu apa?”
“Itu....kurap...hahaha...” Aiman Heykal tiba-tiba menyampuk.
“Amboi, pakwe makwe berpakat nampak. Tak aci la macam ni....! Tak nak la cakap dengan korang lagi.”
“Nik....merajuk ke? Tak macho la bro...hahaha...” Kal tidak sudah-sudah menyakat.
Iman memerhatikan situasi itu dengan hati yang sedikit membengkak. Dia hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan tersebut. Cemburu benar dirasakan. Namun, rasanya itu hanya mampu ditahan dan dipendam di dalam hati. Hanya itu yang mampu dilakukannya...sekurang-kurangnya buat masa ini.


p/s: korang tak rase ke apa yang Nurreez rase? ala...cube tgk betol2..girl dlm gamba tu muke die pun ade iras2 kajol jugak kan..kan..kan?? hahahak..(OMG..perasannya)..BTW, ni gamba Nurreez dengan skandal terbaru..pembaca berita tv3 tu...jangan marah...hihihi..;p

Seandainya indah rupa yang kau puja...
Maaf, ia tiada padaku...
Seandainya emas, perak, harta yang kau pinta...
Maaf, ia bukan milikku...
Yang ku punya hanyalah sekeping hati,
yang tulus mencintaimu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...