Nurreez's Lurvely Lalink~>

Thursday, March 24, 2011

Selamat Hari Lahir, Ayah..


Bismillah hirrahman nirrahim


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


"Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu'miniina Yauma Yaquumul-hisaab"


"Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”


Lelaki itu...Mokhtar Bin Ismail



Yang tidur malamnya sering terganggu keranaku...
Yang titik peluhnya menitik membasahi tanah demi membesarkan aku
tidak pernah dia mengadu letih
tidak pernah dia mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup  diluah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun adakala aku lupa semua itu ya Allah
kerana dia tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana dia tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
kerana dia adalah seorang ayah..
kerana dia adalah...ayahku.

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Aku menadahkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu, Ya Allah
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu
dan berbakti kepada kedua ibubapaku.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil
teguhkanlah hati mereka untuk sentiasa beriman kepadaMu
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku mampu berjaya

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
rahmatilah ayah dan ibuku, ampunilah dosa-dosa mereka,
Engkau tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yg beriman
Masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu 

dan hindarilah mereka daripada api nerakaMu 
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang solehah
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku. 

 

p/s : Selamat Hari Lahir, Ayah... 
cheq sayang ayah sangat2...(adehhh...cedey lak tetiba..huhuk)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...