Nurreez's Lurvely Lalink~>

Tuesday, February 22, 2011

Part 10 ~ Andai Esok Hari Terakhirku...


 Aaaarrrggggghhhhhh!!!...
Eh, nape tetibe Nurreez terjerit2, terlolong2 ni? 
Hahaha...Bukan apa. Sebenarnya, Nurreez excited sgt2 cz nukilan Nurreez ni dah dipublish kat blog penulisan2u.com. adusss....cam tak percaya pun ade nie..hehehe...Pape pun, alhamdulillah. Ada jugak pihak yang sudi nak publishkan cerita merapu Nurreez yang tak seberapa ni kan...huk3..~terharu beb~...Korang pun, support la karya Nurreez ni ye..klik LIKE kat page facebook penulisan2u. lepas tu, cari karya Andai Esok Hari Terakhirku dan LIKE ek..hihihi...tq tok kwn2, shbt2, geng2, teman2 yg dah LIKE ye...Nurreez appreciate sgt2 jasa korang..;)...Okeyh2...skang kite fokus kat part 10 ek...Jom baca, jom..:)))


Setibanya dia di Hospital Sultanah Bahiyah, Jeffry Mirza terus meluru ke kaunter pertanyaan di situ. Bertanyakan Mira. Bertanyakan kemalangan yang menimpa cinta pura-puranya itu....
“Boleh saya tahu, betulkah Nur Syamira Syifa binti Datuk Mahmud dimasukkan ke hospital ni? Baru sekejap tadi dia terlibat dalam kemalangan.”
“Ya, betul. Dia sekarang sedang dirawat di bilik kecemasan. Ini Encik Jeffry ke?”
Jeffry mengiakan. Dia teringat, semasa sedang memujuk Hasya tadi, panggilan telefon daripada seorang lelaki menggunakan nombor Mira begitu memeranjatkannya. Lelaki tersebut adalah saksi kejadian kemalangan yang membabitkan Mira. Lelaki itu menghubungi nombor terakhir yang dihubungi oleh Mira melalui telefon bimbitnya itu. Lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Mustakim itu memberitahu bahawa Mira terlibat dalam kemalangan. Keretanya didapati dipandu laju dan hilang kawalan seterusnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan. Setelah diberitahu bahawa Mira telah dikejarkan ke hospital tersebut, dia terus sahaja memecut laju keretanya. Semasa dalam perjalanan ke hospital pula, dia dihubungi oleh pihak hospital memaklumkan sekali lagi tentang kejadian tersebut. Lelaki bernama Mustakim itu mungkin telah menyerahkan telefon bimbit Mira kepada pihak hospital. Jujur lelaki itu, getus hatinya.
“Ah! Sya....Aku tinggalkan dia begitu sahaja....Bagaimanalah agaknya reaksinya....Kenapalah aku tak bawa dia sekali tadi? Aduh....!” Jeffry tiba-tiba teringatkan Hasya Alanna yang ditinggalkannya begitu sahaja. Perasaan bersalah dan cemas ketika itu membuatkan dia tidak mampu memikirkan tindakan yang betul. Sepatutnya dia sekurang-kurangnya menghantar Hasya pulang terlebih dahulu ataupun membawanya sekali ke hospital. Risau pula dia memikirkan bagaimana Hasya pulang ke kolej kediaman nanti. Namun, belum pun sempat dia mendail nombor telefon bimbit Hasya, kedengaran suara yang begitu dikenali memanggilnya berkali-kali.
“Jeff, Jeff...Macam mana dengan Mira, Jeff? Macam mana boleh jadi macam ni...!” Kedengaran suara Datin Fatimah, ibu Mira meraung-raung bertanyakan keadaan anaknya. Jeff berambah tidak keruan melihatkan Datuk Mahmud semakin mendekatinya. Mampuih, mampuih...Getus Jeff di dalam hati.
Datuk Mahmud bertanyakan kejadian sebenar yang berlaku kepada Jeffry Mirza. Jeff menerangkan bahawa dia tidak tahu menahu tentang kemalangan yang menimpa Mira sehinggalah saksi di tempat kejadian menghubunginya. Sedikit pun dia tidak menyentuh tentang perselisihan yang berlaku di taman tadi. Sedikit pun dia tidak menyentuh tentang kekecewaan Mira yang mungkin menjadi salah satu sebab Mira kemalangan. Ah, salah kau sendiri, Mira! Hati Jeffry mengomel.  
Selang beberapa minit, seorang doktor yang merawat Mira keluar dari bilik pembedahan. Doktor itu mendapatkan mereka bertiga dan memaklumkan bahawa Mira selamat dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalaman yang serius. Namun, ada beberapa batang giginya patah dan tangan kanannya mengalami sedikit keretakan tulang tetapi masih mampu dirawat. Walaubagaimanapun, wajahnya mengalami luka-luka yang agak teruk kesan daripada hentakan di stereng dan juga serpihan kaca dan mungkin meninggalkan parut kekal. Mendengarkannya, Datin Fatimah terduduk dan menangis semahu-mahunya. Dia tahu bahawa anak gadisnya itu obses dengan kesempurnaan. Dia tahu Mira berbangga dengan kecantikan yang dimilikinya selama ini. Dia tahu anak kesayangannya itu tidak akan dapat menerima kenyataan bahawa kesempurnaan dirinya telah diragut pergi. Dia buntu memikirkan reaksi anak perempuan tunggalnya itu nanti.
Sesampai sahaja ke kolej kediaman, Jeffry Mirza termanggu sendirian. Dia juga buntu memikirkan reaksi Mira nanti. Mungkin dia akan dipersalahkan sepenuhnya atas kejadian yang berlaku terhadap Mira. Mungkin....Oh, dan mungkin juga Hasya Alanna yang akan dipersalahkan. Mira terlalu bencikan Hasya. Mira terlalu cemburukan Hasya. Tidak mustahil Hasya akan dijadikan kambing hitam untuk menutup kecuaian Mira sendiri. Datuk Mahmud dan Datin Fatimah pula terlalu menyayangi Mira. Mereka semestinya akan mempercayai Mira dan...dan...
“Astaghfirullah hal azim, tidak!!!” Jeffry tiba-tiba menjerit dan menekup mulut serta-merta setelah menyedari dia telah mengejutkan rakan sebiliknya, Ahmad Iman Rizal yang sedang nyenyak tidur di katil sebelah.
“Oit, awat dengan hang ni Jeff? Terjerit terlolong tengah-tengah malam buta ni apa kes??? Esok dah la aku nak kena selesaikan kes. Hang pulak buat kes. Hang memang nak cari kes dengan aku ka? Tak dak kes cari kes.. Dah tu, pukul 3 pagi baru balik...Hang pi mana ni...?” Iman Rizal memulakan ceramah bebasnya kepada Jeffry Mirza, junior yang telah ditempatkan sebilik dengannya semenjak semester lepas lagi. Mentang-mentanglah pelajar jurusan perundangan, banyak pula hujah Iman...dan dalam keadaan terkejut dan mamai, terus terkeluar semua loghat utaranya...hihihi.
“Ada kes berat, Iman. Aku baru balik dari hospital. Mira accident. Muka dia cedera teruk, Iman. Muka dia berkemungkinan ada parut kekal. Tapi itu semua salah dia sendiri...Bukan salah aku. Bukan salah aku.” Jeffry menerangkan kejadian tadi dengan wajah pucat lesi.
“Habis, kalau dah bukan salah hang, awat yang muka hang dah macam kambing bapak aku nampak ayaq ja? Pucat ala-ala nak mampuih. Dah kalau hang tak salah, awat hang nak takut?” Iman Rizal cuba mencari jawapan tentang ketakutan di wajah Jeff.
“Sya...Aku takut Sya, Iman. Sya dalam bahaya.”
“Sya mana satu ni Jeff? Sya’aban Loqlaq anak Pak Man Lebai kampung aku tu, aku kenal la..Tapi kan, dia tak kenal pun hang..Macam mana hang boleh kenal si Sya’aban tu pulak, bro?” Iman Rizal cuba buat lawak bodoh. (Aku lesing kang..).
Dia sebenarnya bertanya seolah-olah seperti tidak mengenali siapa Sya yang dimaksudkan oleh Jeff. Dia tidak mahu Jeff mengesyaki apa-apa terutamanya tentang perasaannya terhadap rakan baik teman sebiliknya itu. Seandainya Jeff tahu, mungkin Jeff tidak akan memaafkannya. Mungkin juga Jeff akan menganggapnya pengkhianat kerana dalam diam cuba mendapatkan Hasya sedangkan Iman tahu segalanya tentang permasalahan mereka dan yang paling penting, mengetahui perasaan sebenar Jeffry Mirza terhadap gadis itu, Hasya Alanna. Dia tahu dan faham bahawa Jeff menyayangi Hasya bukan sekadar sebagai sahabat baik, malahan lebih dari itu.
“Adoi...!Tak dak Sya lain dah dalam hidup aku, Iman. Hanya Sya. Hasya Alanna. Hanya dia saja satu-satunya Sya aku. Sya aku...Tak ada kena mengena dengan Sya’aban Loqlaq anak Pak Man Lebai hang tu..” suara Jeff mula menggigil.
Okey, okey. Cuba hang tarik nafas pelan-pelan dan lepaskan. Aku tak kisah kalau hang nak melepas ikut bawah pun tak apa. Aku dah pusingkan kipas kuat-kuat. Takut-takut ada bau melekat kat kemeja kuliah aku pulak. Hihi..Cool down. Sekarang cerita pada aku, apa kena mengena Sya dengan kejadian Mira accident?” Iman sudah berubah kedudukan di sebelah Jeff. Cuba menenangkan dan pada masa sama merungkai maksud kata-kata Jeff tadi. Hatinya juga mula tidak enak apabila mendengar nama Hasya tiba-tiba disebut.
“Petang tadi aku berjumpa dengan Sya kat taman. Aku cuba nak terangkan pada dia hal yang sebenarnya. Aku nak dia kembali dalam hidup aku dan lupakan Aiman. Aku nak dia terangi semula hari-hari aku yang selama ni kusam, kelam tanpanya. Aku nak berterus-terang tentang perasaan sebenar aku padanya. Aku nak dia jadi milik aku, Iman. Hanya untuk aku...dan tiba-tiba entah dari mana, muncul Mira melihat segalanya yang berlaku. Mira terus aje pergi lepas tu. Tak berapa lama kemudian, aku dapat call mengatakan Mira accident dan dimasukkan ke hospital. Aku tak kisah tentang tu, Iman. Itu salah Mira sendiri. Tapi yang aku risaukan sekarang, apa reaksi Mira nanti lepas dapat tahu wajahnya berparut. Aku takut dia akan salahkan Sya yang menyebabkan accident tu berlaku. Dia pasti akan salahkan Sya.”
“Macam mana hang boleh begitu yakin yang Mira akan salahkan Sya’aban dalam hal ni?Oopss, salah..Sya..Hafsya Syahbana kan...?”
“Hasya Alanna la. Hafsya Syahbana mai mana. Isy...Aku pelangkung jugak la hang ni.”
“Ya la..ya la...sama la tu..Hasah Alabama kan?”
“Adoila...malang sungguh dapat roomate tak semenggah macam hang ni..Aku tengah risau ni..Hang faham dak?”
Okey, okey...melawak sikit pun nak touching. Hang ingat aku tak ingat nama dia? Habsah Ala, Ala apa ek? Alalalabucukbucuk la kot...kan..sedap betoi...”
“Imaaaaaannnnnnn!!!!!!” Bergegar katil besi UUM yang mereka duduki itu.
“Mak ai. Cair taik telinga aku, Jeff. Ya la. Bagi tau, kenapa Mira nak salahkan Sya hang tu pulak?”
“Sebab aku kenal Mira, Iman. Aku masak benar dengan sikapnya. Aku tahu walaupun dia sedar aku tak mencintainya, dia tetap setia dengan aku sebab...sebab dia ego, Iman. Apa yang dia nak, dia akan dapatkan. Dia tidak akan mempersalahkan aku kerana dengan itu akan menghancurkan hubungan yang dia cuba pertahankan demi egonya tu. Bukan demi aku. Bukan demi cinta. Hanya ego, Iman....dan dengan ego tu jugalah akan meletakkan Sya dalam bahaya sekarang ni.”
“Maksud hang, Mira akan membalas segala yang berlaku padanya sekarang pada Sya? Begitu?”
“Ya..itu la yang sedang merisaukan aku sekarang ni. Aku sayang Sya, Iman. Aku tak nak apa-apa terjadi padanya. Aku takut...aku takut.” Tanpa disedari, ada airmata yang mengalir ke pipi Jeffry Mirza.
“Uisy, kau menangis Jeff!? Sudah-sudah...Tak macho la lelaki gagah macam kita ni nangis-nangis macam ni. Kalau si Boo, lembu bapak aku tu tengok pun dia lari lintang-pukang. Tak payah nak tunggu Raya Korban beb...huduh la...Dah, dah...Relax bro...Kita cuba selesaikan bersama, okey..?”
“Aku buntu, Iman. Hang kena tolong aku. Sekarang ni aku tak boleh nak rapat dengan Hasya. Aku kena kawal gerak-geri Mira. Aku tak mau dia rancang apa-apa yang tak elok nanti...dan untuk pastikan Sya selamat, aku sendiri kena jauhkan diri daripadanya..Aku kena yakinkan Mira yang aku masih setia dengannya. Hanya itu aje jalannya sekarang ni, Iman.”
“Kiranya hang nak teruskan jugak hubungan dengan Mira?”
“Aku terpaksa Iman. Kalau tidak Mira akan lebih tertekan jika aku putuskan hubungan dengannya dalam keadaan dia macam tu. Dia pasti akan menyalahkan Hasya.”
“Hmmm...Aku setuju. Dalam keadaan dia macam tu, memang hang tak patut tinggalkannya. Tambahan lagi jika hang dan Habsah pulak berpasangan.”
“Hasya la. Nak merasa tidur luar ka malam ni? Isy...!Apa-apa pun, hang kena tolong aku bro...Serious...hang kena tolong.”
“Tolong??? Aku kena buat apa?”
“Hang kena rapat dengan Sya dan tolong jaga dia bagi pihak aku. Please...I am begging you.”
            Ahmad Iman Rizal terpempan dengan permintaan Jeffry Mirza. Namun kemudian, ada senyuman meleret di wajahnya. Senyuman yang menandakan bahawa dia mempunyai idea bernas di sebalik permintaan rakan sebiliknya itu. Idea yang bukan sahaja boleh menjaga Hasya Alanna seperti yang dipinta Jeffry, malahan mungkin mampu mencuri sekeping hati gadis itu untuknya. Peluang sudah terbuka dan yang perlu ada kini hanyalah keberanian untuk melaksanakan idea tersebut.

Andai engkau kapal selam, kan ku jadi periskopnya
Andai engkau bintang, kan ku jadi teleskopnya
Andai engkau doktor, kan ku jadi stetoskopnya...

Andai engkau cinta, kan ku jadi ayat-ayatnya
Andai engkau rindu, kan ku jadi ombaknya
Andai engkau sayang, kan ku jadi apa saja...
~end of part 10~

2 comments:

zyana said...

ijan...
tahniah coz novel ko ni dh msuk penulisan2u...
karya ko dh makin elok...ayat ko pon dh ok n menarik...tahniah...

Nurreez Nurizan said...

tq zyana..hihi..(terharu2)..huk3..
yg part2 latest ni mmg aku baru karang...yg part 1-5 aku wat sebelum masuk U lg..ayat pn x matang.xpndai lg time tu..haha..;p
truskn support anda k..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...