Nurreez's Lurvely Lalink~>

Saturday, February 19, 2011

Part 9 ~ Andai Esok Hari Terakhirku...


 Haip...Nurreez uploadkan di cini sambungan novel ye. padahal esemen punye la berlambak...tak sedar2 diri lagi aku nih...isy3...(jangan tiru pedoman tidak baek ni ye adek2..kalu ade keje sekolah ke, esemen ke...siapkan dulu..pastu baru pk nk hupdate blog ke..men FB ke..(adeh..mengkantoikan diri sendirik plak)..hokeyh..hokeyh...tak mau ngomel byk2, jom bace k..cam biasa..read, feel, touched n enjoy guys..:)))




Cuti pertengahan semester akan bermula seminggu sahaja lagi. Oleh itu, Hasya Alanna sibuk mengemas pakaian dan barangan-barangan lain ke dalam beg. Wani yang awal-awal lagi sudah siap mengemas, tidur di katil bersebelahan. Namun, seketika kemudian dia terjaga setelah terdengar deringan telefon bimbit Hasya. Panggilan daripada Aiman Heykal itu dijawab Hasya dengan hati yang berbunga riang. Sepanjang semester baru ini, Hasya dilihat semakin kerap menerima panggilan daripada lelaki itu. Siang, malam, pagi dan petang. Adakalanya setiap jam pasti telefon bibit Hasya akan berbunyi. 
Semestinya pula setiap hujung minggu Hasya akan keluar ke bandar dengan lelaki itu. Malahan, hampir setiap petang Hasya Alanna dan Aiman Heykal akan beriadah bersama. Bermain badminton, skuasy, tenis, berkayak, berbasikal, memanah, berjogging serta apa sahaja aktiviti lain yang boleh dilakukan bersama. Mereka bagaikan belangkas. Puas Wani mendesak Hasya untuk mengakui sejauh mana hubungan mereka berdua, namun jawapan yang seringkali diterima hanyalah, ‘teman tapi mesra’. Macam artis la pulak....
Sebaik sahaja Hasya selesai menjawab panggilan daripada Kal, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi. Hasya hanya membiarkan sehinggalah deringan itu mati sendiri. Dia tahu, itu pasti panggilan daripada Jeffry yang sejak semalam tidak henti-henti menelefon dan menghantar SMS bertanyakan samada Hasya akan pulang ke Pulau Pinang bersamanya atau tidak. Sebenarnya, seminggu yang lepas, Hasya telah memaklumkan abangnya iaitu Ammer Huzairi untuk menjemputnya di Universiti. Kebetulan, abang keduanya itu juga telah menamatkan praktikal di salah sebuah firma arkitek di sini. Jadi, abangnya telah berjanji akan pulang ke kampung bersamanya.
Apa yang melegakan hati, dia tidak perlu pulang bersama Jeffry. Walaupun dahulu mereka pernah berjanji untuk datang dan pulang bersama-sama memandangkan Jeffry dibekalkan sebuah kereta oleh keluarganya, Hasya merasakan tidak sesuai baginya menumpang kenderaan Jeffry setelah apa yang berlaku sebelum ini. Ya, dia mengaku masih terkilan dan terasa hati dengan kata-kata Jeffry sebulan yang lalu dan kejadian yang berlaku semalam hanyalah menambahkan sakit di dada. Dia sedar bahawa perhubungan mereka tidak lagi seperti dulu dan mungkin juga...tidak akan pernah kembali seperti dulu lagi.  
Sejak terjaga tadi, Wani hairan melihat perlakuan Hasya yang hanya merenung telefon bimbitnya yang berbunyi. Walaupun setelah nada dering terhenti, Hasya masih lagi merenung tajam ke arah telefon bimbit itu. Wani bertambah kelam-kabut apabila dilihatnya Hasya tiba-tiba menangis.  Tangisannya yang semakin kuat membuatkan Wani tersentak dan terus bangun mendapatkan Hasya.
“Sya, kenapa ni? Kenapa menangis ni? What’s wrong? Okey...okey. Cool down...Sya.”
“Wani...aku benci Jeff. Aku benci dia. Benci...!”
“Ya Allah. Sya, jangan macam ni. Apa yang Jeff dah buat pada kau? Bagi tahu aku...Sya.”
Namun, gadis itu hanya mampu menangis...

Tiba-tiba, Wani terbayang kejadian semalam. Kejadian di mana Hasya dan Jeffry bertemu buat pertama kali sejak sebulan yang lalu. Pertemuan yang diatur oleh Wani dan Jeffry sendiri. Dia menyangka pertemuan itu berakhir dengan baik sehinggalah saat ini. Sekiranya dia tahu pertemuan itu akan membuatkan Hasya Alanna lebih terluka, dia tidak mungkin akan mengaturnya. Tidak tega hatinya melihat rakan sebilik yang sudah dianggap teman rapat itu menangis sebegini sekali.
Wani lega setelah melihat tangisan Hasya kembali reda. Hasya dilihat mengesat sisa-sisa air mata yang masih mengalir di pipi kanan dan kirinya. Namun, semakin disapu, semakin laju pula air mata itu mengalir dan melencunkan kembali pipi mulus gadis itu. Perasaan bersalahnya semakin menebal dan tanpa diduga, air matanya turut sama mengalir. Hasya mengalihkan pandangannya ke arah Wani. Hasya kaget.
“Wani...kenapa kau pula yang menangis ni? Wani...”
“Sya...aku minta maaf. Kalau aku tahu pertemuan kau dengan Jeff akan buat kau lebih terluka, aku tak akan aturkan pertemuan tu. Aku sumpah, Sya. Aku tak ada niat nak sakitkan hati kau.”
“Wani...aku tak pernah salahkan kau malah terharu dengan usaha kau untuk memulihkan hubungan aku dan Jeff. Pertemuan semalam mungkin satu kesilapan besar, tapi bukannya salah kau. Salah aku dan Jeff yang menjadikan pertemuan tu satu nightmare...Okay? Hehehe....”
“Sya....sempat lagi kau ketawa kan. Kau ni memang la...Kalau kau nak nangis...nangis aje. Jangan sorokkan perasaan tu. Kalau kau nak, aku pun boleh teman kau menangis sekali...Tengok, pipi aku pun dah lencun ni. Waaaaaa.....”
Kedua-dua gadis itu kemudiannya sama-sama menangis dan sesekali tertawa. Hasya menceritakan apa yang terjadi dalam pertemuan semalam apabila tangisannya reda seketika. Dia menceritakan bagaimana Jeffry Mirza berkali-kali bertanya tentang Aiman Heykal. Berpuluh-puluh kali memberi amaran supaya menjauhkan diri daripada Aiman. Beratus-ratus kali mendesaknya supaya tidak  bertemu lelaki itu lagi. Beribu-ribu kali memaksanya melupakan Abg Kal itu.
Mana mungkin dia mampu melakukannya! Mana mungkin dia bisa menjauhkan diri daripada Kal! Mana mungkin dia mampu menolak hasrat hati untuk terus bertemu dengan Kal sedangkan hatinya kini telah terpaut pada lelaki yang satu itu! Mana mungkin dia sanggup melupakan lelaki itu apabila setiap hari mereka bertentang mata! Mana mungkin hubungan istimewa yang baru terjalin, diputuskan! Tidak mungkin!!!

Semenjak kejadian dia membonceng motosikal ditunggang Aiman Heykal, lelaki itu kelihatan cuba mendekati dirinya. Mulanya, dia juga berasa was-was. Benarkah lelaki sehebat dia mahu mendekatinya yang hanya gadis biasa...Namun, setelah melihat lelaki itu seperti bersungguh-sungguh, dia mula mempercayai dan kini, Jeffry tiba-tiba hadir dan memburuk-burukkan Aiman Heykal. Tanpa rasa bersalah, Jeffry mendakwa Kal hanya cuba mempermainkan hatinya. Mengatakan Kal itu lelaki hipokrit dan bermacam-macam lagi. Mengapa begitu sekali pandangan Jeffry terhadap Kal sedangkan Jeffry sendiri tidak mengenali siapa sebenarnya Aiman Heykal.

Sehari sebelumnya....
“Sya, Jeff nak Sya jauhkan diri daripada Kal tu. Dia hanya nak gunakan Sya. Jeff tak mau dengar lagi lepas ni Sya keluar dengan dia. Hati Jeff sakit tau dak?”
“Jeff, Jeff sedar tak apa yang Jeff cakap ni? Masa Jeff nak couple dengan Mira dulu, ada Sya halang? Sya siap jadi orang tengah lagi tau walaupun Sya tak pernah sukakan Mira tu. Bila situasi yang sama berlaku kepada Sya, kenapa Jeff tak boleh nak sokong Sya? Kenapa?”
“Sebab Jeff tak hipokrit macam Sya. Okey?” Jerkahan Jeffry itu membuatkan Hasya Alanna tersentak seketika.
“Oh...hipokrit? Okey, Sya seorang yang hipokrit! Bukan, bukan. Sebetulnya, Sya sanggup dianggap sebagai hipokrit semata-mata kerana Jeff....semata-mata untuk sahabat Sya yang paling rapat. Because of my best friend....Puas hati?” Hasya membalas bersama linangan air mata yang tidak mampu ditahan-tahan lagi.
“Ahh....Jeff tak kira! Yang penting Jeff nak Sya lupakan lelaki tu. Kal tu lelaki tak guna, Sya tau dak?”
“Jeff.....”
Panggggg....Tiba-tiba satu tamparan hangat hinggap di pipi kiri Hasya Alanna. Pedih sekali. Sepedih hati Hasya ketika itu. Mira yang datang entah dari mana cuba untuk menampar pipi Hasya sekali lagi, namun pantas dihalang oleh Jeffry Mirza. Jeffry yang kelihatan berang dengan tindakan Mira itu membalas kembali tamparannya. Mira tersentak. Pipinya terasa panas. Sepanas hatinya yang terbakar ketika ini. Tidak pernah sepanjang hidupnya dia dihina sebegitu rupa. Tambahan pula ditampar di depan gadis perampas itu, Hasya Alanna.
“Jeff....disebabkan perempuan jalang ni, Jeff tampar Mira? Hei....perempuan jalang....! Kau ni memang tak sedar diri. Apa kau buat kat sini dengan boyfriend aku, ha? Jangan ingat kau boleh rampas Jeff daripada aku, perempuan....”
Tanpa sempat dia menghabiskan kata-katanya, Jeffry memotong....
“Mira...balik sekarang. I kata balik, balik. Now....or else, you know what would happen...!
Sebaliknya, Hasya yang kelihatan ingin berlalu pergi sedangkan Mira masih merengek memujuk Jeff dan meminta maaf kepadanya. Mira cukup takut dengan ayat itu...‘you know what would happen’. Dia tahu apa kemungkinan yang bakal terjadi. Kemungkinan bahawa Jeff akan meminta perpisahan sekali lagi. Kebelakangan ini Jeff seringkali naik darah dan jarang melayan kerenahnya. Kadangkala dia akan dimarahi tanpa usul periksa. Apabila bertemu, hanya pertengkaran yang akan berlaku dan berakhir dengan Jeff meminta untuk berpisah. Tidak....Mira tidak akan benarkan itu terjadi. Dia tidak akan melepaskan Jeffry dengan begitu mudah. Sedaya upaya dia akan bertahan dengan sikap Jeff yang seperti acuh tidak acuh dengan dirinya. Biar apa pun yang berlaku, Mira tidak akan sekali-kali mengaku kalah lebih-lebih lagi apabila mengetahui Hasya adalah penyebab Jeffry berubah sikap terhadapnya.
Jeffry yang menyedari Hasya cuba melarikan diri pantas mencapai tangan gadis itu dan menariknya ke dalam dakapan. Hasya Alanna tergamam. Air mata yang masih mengalir tiba-tiba terhenti. Hasya kaku di dalam pelukan lelaki itu. Wajahnya yang tertekap di dada Jeffry terasa begitu hangat sekali. Otaknya tidak mampu mencernakan apa yang sedang berlaku ketika itu. Di saat hatinya berkecamuk, Jeffry perlahan-lahan mengesat air mata Hasya yang masih bersisa sambil membisik ke telinganya.
“Sya....lupakan Kal. Sya masih ada Jeff.”
Hasya Alanna tersedar. Dia menolak jasad lelaki itu dengan kasar. Jeffry cuba menarik kembali Hasya ke dakapannya tetapi Hasya cepat-cepat menepis. Namun, Jeffry tidak mengalah. Seboleh-bolehnya dia ingin gadis itu berada dalam pelukannya. Dia tidak mahu melepaskan gadis kesayangannya itu lagi. Dia tidak mahu kehilangan Hasya lagi. Dia ingin Hasya rasakan sendiri degup jantungnya yang bergetar laju apabila gadis pujaannya itu berada dalam dakapannya. Dia mahu Hasya Alanna tahu bahawa selama 11 tahun usia perkenalan mereka, selama itu jugalah cintanya pada Hasya masih bertakhta.
Cintanya pada Mira hanyalah cinta omong-omong. Cinta pura-pura. Dia hanya mempergunakan Mira untuk mengetahui isi hati sebenar Hasya Alanna. Dia mempergunakan Mira untuk menguji Hasya. Dia gembira apabila Hasya seakan-akan cemburu melihat dia dan Mira berpacaran. Dia menyangka cemburu Hasya itu bermakna dia tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, kini dia sedar tindakannya menjerat diri sendiri apabila Hasya semakin menjauhkan diri daripadanya dan mula dirapati lelaki lain. Hatinya terdetik mungkin tindakannya mempergunakan Mira hanyalah sia-sia dan disebabkan itu, dia pula ingin menjarakkan diri daripada Mira. Dia rimas dengan rengekan dan sikap Mira yang manja tidak bertempat. Sudah berkali-kali dia cuba membuatkan Mira muak dan benci padanya, namun semuanya tidak berhasil. Sekarang dirasakan waktu yang paling sesuai untuk meluahkan perasaannya pada Hasya dan pada waktu yang sama membuatkan Mira benci padanya. Ya, inilah peluangnya untuk melepaskan diri daripada cengkaman gadis itu. Inilah peluangnya untuk memperolehi hati gadis idamannya.
Mira berdiri kaku memerhati kejadian yang tidak terduga itu. Dia seakan-akan tidak dapat menerima apa yang sedang berlaku di hadapannya kini. Jeffry dan Hasya bermain cinta di hadapannya? Tidak....Ini tidak boleh terjadi. Mira kemudiannya berlari pergi. Dia akan berpura-pura tidak pernah melihat kejadian itu. Dia tidak sanggup mengaku kalah. Tidak....
 Jeffry dan Hasya kemudiannya menyedari Mira berlari ke arah keretanya. Kemudian, keretanya itu dipandu laju bersama deruman enjin yang bisa membingitkan telinga. Jeffry tersenyum. Misinya untuk membuatkan Mira membencinya berjaya dan kini misi utamanya untuk mendapatkan Hasya semakin hampir tercapai.
Namun, Hasya tidak memahami isi hati Jeffry itu. Hasya menyangka Jeffry bertindak sedemikian kerana mahu hubungan mereka kembali pulih. Bukannya disebabkan ada perasaan cinta dan sayang tetapi atas dasar persahabatan yang teguh di antara mereka. Hasya menyangka Jeffry hanya ingin mententeramkan hatinya setelah Mira menghamburkan kata-kata sebegitu terhadapnya. Bukan kerana ingin memiliki hatinya. Hasya begitu naif dalam menilai hati dan perasaan Jeffry. Dia tidak pandai memahami rasa aneh yang telah lama bertapa di dalam naluri lelaki itu.
“Sya....Jeff nak hubungan kita kembali seperti dulu ataupun jadi lebih rapat lagi...”
“Jeff...hubungan kita dah tak ada harapan lagi. Susah untuk kita jadi macam dulu semula. Jeff pun tau kan perangai Mira tu. Sya tak mau dituduh perampas sedangkan Sya tak rampas apa-apa pun daripada dia. Sya tau Jeff sayangkan persahabatan kita. Sya pun macam tu. Tapi, dalam keadaan sekarang, Jeff perlu jaga perasaan Mira jugak. Dia kan buah hati Jeff. Jangan kerana Sya, Jeff dan dia bergaduh. Sya nak tengok Jeff bahagia. Okey?”
“Mana Sya tau Jeff bahagia dengan Mira? Sya tak tau dan tak pernah nak ambil tau pun...Yang Sya tau, Aiman, Aiman, Aiman. Sya lupakan Jeff. Sya tak ambil peduli tentang Jeff lagi. Sya kejam.”
“Ya, betul. Sya memang kejam, tapi Jeff lebih kejam lagi bila buat Mira macam ni. Jeff tak fikir ke perasaan Mira bila Jeff peluk Sya tadi? Dia mungkin anggap hubungan kita lebih dari kawan. Jeff tak takut kehilangan Mira ke?”
“Ahh...Mira, Mira, Mira. Jeff dah muak dengar nama dia. Jeff tak perlukan dia. Jeff hanya perlukan Sya. Hanya Hasya Alanna....”
“Jeff...antara kawan dan kekasih, mana yang lebih Jeff sayang? Mestilah kekasih, bukan? So, pergilah pujuk Mira. Sya rela mengalah...”
Tiba-tiba telefon bimbit Jeffry berbunyi. Ada panggilan yang sedang menanti. Tanpa mahu melepaskan Hasya, Jeffry menggenggam tangan gadis itu sambil menjawab panggilan tersebut. Seketika kemudian, tangan Hasya dilepaskan. Hasya melihat ada riak terkejut di wajah rakan karibnya itu.
“Mira....” terdengar Jeff menyebut nama kekasihnya itu dan terus berlari pantas ke arah keretanya tanpa langsung menoleh ke arah Hasya. Setelah itu, Jeffry memandu laju entah ke mana meninggalkan Hasya kebingungan.

Bukan mata kalau tidak melihat,Bukan telinga jika tidak mendengar
Bukan lidah andai tidak berbicara....
Bukan cinta kalau tidak kasih,Bukan sayang jika tidak rindu
Bukan aku andai tiada kamu...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...