Nurreez's Lurvely Lalink~>

Thursday, December 2, 2010

Sinopsis ~ Andai Esok Hari Terakhirku...




Hihi...seperti yang dijanjikan, inilah dia sinopsis penuh my newborn baby novel ni...lama jugak la nak perah otak untuk siapkan sinopsis nie even cikit je kan...hihi...ok, pape pn, cam biasa la ye...read, feel, touched and enjoy guys...<3...!!!


 Pertemuan dua jiwa antara Hasya Alanna, seorang gadis naif tentang cinta dan Iman Rizal, lelaki yang sebelumnya prejudis terhadap cinta telah mengubah persepsi lelaki itu tentang kewujudan peluang kedua dalam hidup. Iman tertarik dengan Hasya dan cuba mendekati gadis itu dalam diam. Namun, pada masa yang sama, Hasya Alanna telah terlebih dahulu diperangkap oleh Aiman Heykal demi untuk membuktikan cintanya terhadap Qurratuaini, rakan Hasya sendiri. Percintaan antara Hasya dan Kal bagaimanapun tidak disenangi oleh kawan baik Hasya semenjak sekolah lagi iaitu Jeffry Mirza dan juga rakan sebilik Kal iaitu Nik Azsmeer Iskandar. Perhubungan Hasya dan Aiman menjadi semakin rapat sehinggakan menerbitkan rasa sayang yang sebenar dalam hati Kal. Namun, segalanya menjadi rumit pabila Qurratuaini menuntut supaya Kal meninggalkan Hasya dan bersamanya. Dalam kebuntuan Kal membuat pilihan, Hasya dipinang dengan dia menyangka lelaki tersebut adalah Kal sedangkan tunangannya yang sebenar adalah Iman. Setelah menyedari, Hasya menyalahkan Iman kerana memisahkannya dengan Kal. Pelbagai cara dilakukan Iman untuk mencuri hati Hasya, namun gadis itu masih menantikan Kal. Sehinggalah beberapa hari sebelum majlis akad nikah diadakan, Kal nekad merampas Hasya dengan memberitahu cerita palsu tentang keterlanjuran mereka kepada Iman dengan harapan Iman akan melepaskan Hasya untuknya. Walaubagaimanapun, Iman tidak mahu melepaskan Hasya untuk memberi pengajaran kepada keduanya. Sejak dari itu, Iman membenci isterinya sendiri. Dia melakukan pelbagai cara untuk menyakitkan hati Hasya sepertimana sakitnya hatinya setelah mengetahui Hasya tidak lagi suci. Tidak langsung disentuh perempuan yang halal untuknya itu walaupun menyedari ada rindu bertamu di hati. Tegakah Iman dengan caranya itu dan mampukah Hasya menegakkan kebenaran dan mendapatkan semula cinta lelaki itu untuknya? 


Andai esok hari terakhirku bersamamu...
Kan ku padam segala cinta...Kan ku bakar semua rindu
Agar kau mampu berdiri...Tanpa cinta dan rinduku lagi.


p/s : kalau nak tahu kesudahannya....
        kenalah rajin2 jenguk blog Nurreez nie ye...<3

2 comments:

zyana said...

wauuu...
menarik sinopsis nih...
mmg nk bace habis ar citer nih...
hehehe
go ijan go...
hehe

Nurreez Nurizan said...

hihihi....tq ye zyana....
truskn menyokong ek...:)))
InsyaAllah, ijan akn sentiasa update k...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...