Nurreez's Lurvely Lalink~>

Wednesday, December 1, 2010

Part 3 ~> Andai Esok Hari Terakhirku...

Hihi...Nurreez sebenarnya bowink...x tau nak watpe...nak study takde mood orang kata...haha..and, tetibe teringat pulak kat nukilan sulung Nurreez ni...Rase macam nak post la kat korang...kot2 korang pun bowink2 kan...Ley bace n komen2 pape tok Nurreez perbaiki mana yang kurang kan...Okey, ni die sambungan Part 3 ye..orait...read, feel, touched n enjoy...!!!




“Cewah, cewah! Ada orang dapat bungalah. Pakwe bagi ke? Meh aku nak tengok sikit.” Teriak Nik sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan kuliah pagi itu. Mentang-mentanglah pensyarah belum lagi menampakkan batang hidung. Hendak membalas dendam agaknya. Jeritan dia itu mahunya satu kampus dengar. Tapi, sedikit pun aku tidak lut. Hasya geram.
“Eh, Yang kau sibuk-sibuk ni apasal ! Kalau kau nak tengok bunga, pergilah tengok kat luar tu ha. Lagi banyak jenis bunga yang kau boleh tengok. Bunga kertas ada. Bunga taik ayam pun ada. Sibuk jer nak tengok bunga orang.” Balas Hasya tanpa tewas.
“Chup, chup, chup! Apa kau kata tadi? Aku penyibuk?. Eh, Setakat dapat bunga pun nak heboh! Kalau dapat kereta sport sebijik dua ke okeylah jugak. Ini alahai, bagi bunga. Apalah punya mat jiwang. Idea ni orang dah tak gunalah sekarang.” Seperti yang diduga, balasannya sentiasa pedas dan menyakitkan hati.
“Ha, Lagi satu, aku bukan nak tengok sangat bunga kau tu, okey! Tapi, nak tengok kot-kot baju kau tu dah terkoyak ke. Yelah, kembang setalam la kan. Dapat bunga pakwe jiwang bagi. Betul tak geng? Wahahahaha....” Hilai ketawanya seakan-akan menyiat-nyiat hati dan jiwa Hasya. Geram sungguh dia mendengar sindiran Nik itu.
“Kalau terkoyak pun baju aku ni, aku rasa kau tak payahlah nak tengok-tengok. Bukannya boleh tolong jahitkan pun. Kan?” Kata Aisya sambil menjegilkan matanya yang sememangnya besar dan bundar itu kepada Nik.
“Ha, Betul jugak tu! So, lebih baiklah kau bagi je aku tengok bunga kau tu kejap. At least, kalau bunga kau ni beracun ke, ada kamera tersembunyi ke, boleh jugak aku tolong detect. Wahahaha...” Tanpa sempat berbuat apa-apa, Nik mengambil bunga di tangan Hasya, menciumnya dan kemudian berpura-pura batuk. Sambil menutup hidungnya yang besar macam trompet itu, dia menggelengkan kepala dan mengatakan bahawa bunga tersebut berbau busuk. Ei, Geramnya aku! Bentak Hasya dalam hati.
“Eh, Bunga ni busuk ke, wangi ke, masam ke, pedas ke, apa kau kisah! Tak ada kena-mengena dengan kau pun, okey?” Balas Hasya dengan perasaan marah yang tidak dapat disembunyikan lagi. Cuba dirampas bunga itu kembali, namun tidak berjaya. Nik lebih cekap mempertahankan bunga yang kini di tangannya.
“Wo, Garangnya! Macam singa. Takut aku. Kesianlah siapa yang bagi bunga ni. Mesti dia tak tau sifat kau yang garang tu kan. Kalau dia tau, bukan bunga yang dia bagi rasanya, tapi ucapan selamat tinggal. Ala...Macam lagu tu. Jangan di ucap selamat tinggal....Jangan kau ucap selamat tinggal....Jangan di ucap sela...” Nyanyiannya terhenti di situ pabila singa yang sebenarnya, Cik Bahiyah iaitu pensyarah pada pagi itu muncul dan menyergahnya. Cepat-cepat Hasya mengambil bunga yang tadinya di tangan Nik dan berlari ke tempat duduknya.
“Amboi, amboi, amboi! Seronok melalak, Nik? Kalau tak seronok lagi, saya nak awak melalak keliling kampus ni. Assignment yang saya bagi hari tu dah siap?” Tanya Cik Bahiyah dengan suara yang lantang. Pantang baginya kalau dia masuk ke kelas dengan keadaan kelas yang hingar-bingar dan sekiranya itu terjadi, kelasnya selama dua jam itu hanya akan dipenuhi leteran panjang dan membosankan. Input-input yang sepatutnya diberi mungkin hanya meliputi 20 peratus daripada keseluruhan syarahannya hari itu. Akhir sekali, terpaksalah mereka mencari sendiri input-input yang selebihnya di perpustakaan.
 “Nik, I am asking you. I am not standing here waiting for you to stop staring at Hasya, anyway.” Kata-katanya itu kemudiannya disambut dengan hilai tawa oleh seluruh warga dewan kuliah. Namun, Hasya yang tadinya tidak menyedari bahawa Nik memandang dan merenung ke arahnya terpinga-pinga. Wajah Nik mula memerah. Marah atau malu? Kesian, kesian. Hehehe. Hasya tergelak kecil.
“Ha, Hasya! Yang awak pulak tersengih-sengih macam kerang busuk tu kenapa? Kamu berdua kalau nak bercinta, bercinta kat luar saja, okey. Jangan bercinta dalam kelas saya. Saya tak suka. Faham?” Tiba-tiba terpacul keluar pernyataan yang paling pelik dan mustahil akan terjadi daripada mulut Cik Bahiyah.
Aku, Hasya Alanna berpacaran dengan si mamat perasan, Nik? Tidak mungkin. Malah mustahil akan berlaku. Aku dan Nik lebih seperti ‘Tom and Jerry’ daripada ‘Romeo and Juliet’. Butakah matanya? Kami tidak berpacaran. Malahan bermusuhan. Ah! Aku harus menegakkan kebenaran. Hasya terkejut dengan kenyataan pensyarahnya itu.
“Tapi Cik, saya tak bercinta dengan Nik. Tak pernah dan tak mungkin. Cik salah fa...”
“Oh! Awak nak cakap yang saya salah faham pulak ek. Habis tu, bunga yang kat tangan awak tu bukan ke daripada Nik. Saya sendiri nampak awak ambil daripada dia. Masih nak menafikan lagi?
“Sebenarnya bunga tu....Erm! Bunga tu....bukan Nik yang ba...”
“Sudahlah. Saya malas nak layan orang yang sibuk fikir tentang cinta saja. Masuk Universiti bukan nak belajar, tapi nak bercinta. Apalah nak jadi. Baiklah kelas, kita sambung topik minggu lepas. Buang masa je layan orang yang kemaruk bercinta macam kamu ni. Tak ada kerja lain, menggatal saja yang tau.”

Dush! Hasya rasakan seperti sebiji batu besar menghempap dadanya. 
Mengapa sampai begitu sekali pandangan Cik Bahiyah terhadapku? Yang paling mengejutkan sekali adalah dia bersikap prejudis terhadap sesiapa yang bercinta semasa belajar. Mungkinkah disebabkan dia belum lagi berkahwin dan menyalahkan situasi tersebut kepada orang sekeliling ataupun dia sendiri tidak pernah mempercayai cinta...Namun, walau apa pun alasannya, dia tidak patut menuduh dengan melulu bahawa aku dan Nik berpacaran. Tuduhan yang aku tidak boleh terima sama sekali. This is unacceptable!!! Hasya memberontak dalam hati.
 “Okey, class. That’s all for today. And remember, the assignment that you have to submit to me next week. No excuses. Next week is the final date. And the final time is 12 pm. Thank you, class.” 
Tiba-tiba Hasya tersedar.
Ha! Kelas dah tamat? Lamanya aku mengelamun dan memikirkan kejadian tadi. Ya Allah! Tiada walaupun satu isi penting yang lekat dalam kepalaku sepanjang dua jam Cik Bahiyah bersyarah. Hanyalah kata-kata pedas Cik Bahiyah sahaja yang terngiang-ngiang di telinga dan mindaku. Seakan-akan sia-sia sahaja aku ke kelas hari ini. Bukannya boleh menumpukan perhatian pun. Dapat sindiran adalah. Geram betul. Ini semua berpunca daripada tidak lain dan tidak bukan, Nik. Ah! Jagalah kau, Nik.
“ Nik, tunggu kejap. Aku ada hal nak cakap dengan kau ni.” Jerit Hasya sebaik sahaja dia melihat Nik sedang bersiap untuk keluar dari bilik kuliah.
“Apahal lagi. Sudahlah. Aku tak nak nanti ada gosip pelik keluar lagi. Cukuplah gosip untuk hari ni. Sakit telinga aku mendengarnya. Dari mulut Cik Bahiyah yang memang ratu gosip pulak tu. Ei! Geram betul. Ada ke patut kata aku couple dengan kau. Sorry sikit.” Balas Nik tanpa memikirkan perasaan Hasya pabila dia menuturkan baris-baris kata menyesal dipasangkan dengan gadis itu oleh Cik Bahiyah. 
“ Oh! Kalau macam tu, tak payahlah aku bagi maklumat yang aku dapat untuk bahagian kau ni. Assignment Cik Bahiyah tu, bahagian aku, aku dah siapkan semalam. Kebetulan kau kata minggu lepas kau tak sempat nak cari maklumat tentang Venice sebab kau ada footbal match kan?
“ Yelah. Aku mana ada masa nak cari maklumat. Lagipun, tinggal details tentang Venice je yang belum aku dapat lagi.” Jawab Nik tanpa mengalihkan sama sekali pandangannya ke arah Hasya. Hanya sibuk mengemas buku-buku rujukan ke dalam begnya.
So, I went to library yesterday and I found all the details about Venice to complete our assignment of ‘Tourism in Italy’. Yelah, kita kan satu pasukan. Hm! Tak apalah. Kalau kau rasa jijik nak cakap dengan aku lagi, aku tak kisah kalau kau nak buat assignment tu secara berasingan. Cuma kau kena bagi tahu Cik Bahiyah yang kita buat tugasan ni secara individu. Bukan secara partner. Okeylah, bye. Assalammualaikum. “ Balas Hasya dengan nada yang sedikit terkilan.
Entah mengapa gadis itu begitu terasa hati dengan kata-kata Nik tadi. Terasa seperti dirinya dihina dan dipandang begitu rendah. Maruahnya terasa dicabar. Walaupun Hasya tidak pernah meminta dipasangkan dengan Nik untuk membuat tugasan ini, namun terkilan juga rasanya.
Nik betul-betul tidak suka dipasangkan denganku walau dalam menyiapkan tugasan pun. Jadi, lebih baik kami membuat tugasan tersebut secara individu. Ah! Sejak dari awal lagi Nik seolah-olah tidak bersetuju apabila Cik Bahiyah menetapkan bahawa kami perlu menyiapkan tugasan ini berdua. Lebih membengangkannya apabila mengetahui bahawa Mira dipasangkan dengan Megat Hakimi Huzairi. Semua sememangnya sudah sedia maklum yang Nik pernah berpacaran dengan Mira sebelum Mira bercinta dengan Jeffry Mirza, rakan karibku. Kesian, kesian. Lain yang diharap, lain yang dia dapat. Terpaksa pula membuat tugasan dengan aku. Musuh ketatnya. Sambil mengatur langkah meninggalkan dewan kuliah, fikiran Hasya mula menerawang...
“Eh! Kejap, kejap. Hasya....tunggulah. Eleh! Merajuk pulak. Okey, okey. I am not suppose to say like that. Okey....” Nik menarik tangan Hasya sambil meminta maaf.
“Nik, apa pegang-pegang tangan orang ni...nampak kat orang nanti kang, kau yang malu pulak. Nanti jatuh lagi maruah kau....” Balasnya dengan nada yang masih lagi terkilan.
“Jatuh maruah apa pulak ni? Kau nak sindir aku ek....Ala, orang melawak sikit pun tak boleh. Perempuan ni leceh betul la. Cakap sikit nak merajuk. Rimaslah macam ni.”
“Oh! Apa kau cakap tadi? Perempuan leceh? Rimas? Kau ni memang nak kena betul....” Balas Hasya kepada Nik sambil mencubit lengannya. Padan muka. Sepit aku ini bukan sebarangan sepit, tapi sepit ketam....hehehe...
“Uoch! Adoi! Adoi! Sakitlah woi. Kau ni cubit ke nak cungkil isi aku ni. Maunya tersiat kulit aku. Ha! Kan dah merah. Adoi! ” Nik mengaduh sambil menunjukkan tempat cubitan di lengannya yang bertukar merah. Hahaha....puas hati aku. Kutuk aku lagi. Hasya ketawa geli hati.
Hasya mula untuk melangkah keluar dari dewan kuliah apabila Nik memanggil namanya.
“Ah! Apa lagi mamat ni.” Ops! Rupa-rupanya dia tertinggal bunga yang entah siapa pemberinya di atas meja.
“Kau ni pelupa betul la. Bunga ni kalau tak nak boleh jugak bagi kat aku. Ha, petang ni pukul 3 tau. Tempat biasa. Okey?” Soal Nik sebaik sahaja mereka berjalan beriringan keluar dari dewan kuliah.
“Yelah, yelah. Okeylah, bye.”

Dari kejauhan, seseorang sedang memerhati tingkah si gadis bernama Hasya Alanna. Gadis itu dilihatnya ayu sekali hari ini. Berbaju kebaya labuh berwarna biru gelap dan berkain corak batik. Kepalanya pula dilitupi selendang hitam, menambah seri seorang gadis Melayu sejati. Di bahunya tergalas beg sederhana besar warna sedondon dengan selendang di kepala. Tangan kanannya memeluk buku-buku rujukan dan di tangan kirinya kelihatan sejambak bunga mawar dibalut kemas.
Wajah gadis itu yang manis ala-ala pelakon Bollywood amat menarik minatnya. Tubuhnya yang tidak kurus dan tidak pula gemuk itu dilihatnya comel sekali. Kulitnya yang sawo matang memang memperlihatkan ciri-ciri gadis Melayu. Sebetulnya, perasaannya mula bercambah pada semester lepas iaitu semasa gadis itu mula-mula menjejakkan kaki di Universiti tersebut bergelar mahasisiwi. Dia pada mulanya tidak langsung menunjukkan minat untuk memikat atau berkenalan dengan mana-mana pelajar perempuan. Walaupun dia akui, ramai yang cuba memancing perhatiannya, namun hatinya masih tertutup sehinggalah dia mengenali mahasiswi yang bernama Hasya Alanna Ahmad Kamil.
Tuturnya yang manja dan sopan itu senantiasa membuatkan jiwa lelakinya meronta-ronta untuk berbicara dengannya. Matanya yang bundar ditambah dengan alis mata yang cantik dan renungannya yang tajam bisa membuatkan dirinya tidak keruan. Gadis itu bukanlah yang tercantik...Namun, dia istimewa. Gadis itu bukanlah yang paling menarik, tetapi punya tarikannya. Dia hanyalah gadis biasa. Dia juga luar biasa.
“Sukakah dia dengan pemberianku itu?” Hatinya tertanya-tanya pabila melihat si gadis mencium keharuman bunga itu berkali-kali. Namun dia yakin, gadis itu pasti menyukainya.

“Aduh! Ouch....!” Gadis itu menjerit. Ala-ala gedik-gedik manja gitu.
“Awak, awak tak apa-apa?” Dengan zup-zapnya hero datang.
“Hm, rasanya kaki saya terseliuhlah...Adui!”
“Macam mana awak boleh jatuh ni?”
“Tak perasan ada akar besar kat situ. Saya tersadung akar pokok tu kot. Tak apalah abang fesi. Maybe sakit sikit je kot ni. Abang jalanlah dulu. Nanti kita tertinggal pulak.” Mak ai..skemanya bahasa..berabang-abang fesi pulak...
Okey, awak cuba bangun dulu. Meh abang tolong.” Tangan dihulur.
“Tak apalah. Saya boleh bangun sendiri.” Namun, tidak bersambut.
“Aduh! Abang fesi, rasanya tak boleh nak gerakkan kaki ni la. Sakit sangat...” Tuturnya dengan malu-malu sakit manja...
“Ha, tu la. Orang nak tolong jual mahal. Hahaha....Pegang tangan abang ni. Bangun perlahan-lahan ek.” Hati hero itu berbunga-bunga sakura...

 Dia masih ingat, pertemuan dan kejadian yang tidak diduga itulah yang telah menemukan mereka. Menemukan dua jiwa. Jiwa Hasya Alanna yang masih belum bersedia menerima cinta lelaki dan jiwa lelaki bernama Ahmad Iman Rizal yang tetap teguh prejudis terhadap cinta dek kisah kecurangan kekasih lama. Pertemuan mereka bermula apabila si jejaka bertindak menjadi fasilitator kepada pelajar-pelajar baru Universiti itu manakala si gadis adalah antara mahasisiwi baru yang mendaftar semester tersebut. Pandangan mereka kerap bertaut. Namun, lidah seringkali kelu untuk berbicara. Si gadis tahu, lelaki itu tidak layak untuknya. Lelaki itu punya segalanya dan dia hanyalah gadis biasa. Tanpa disedari, benih-benih yang mula bercambah di dalam hati, jiwa dan sanubarinya pantas dicantas. Namun, siapa kita untuk menolak takdir-Nya. Kejadian di mana si gadis terjatuh semasa minggu suai kenal menjadi titik permulaan dua insan ini (Hai, jatuh lagi!kalau jatuh je mesti terjumpa pakwe...kena jatuh banyak kali ni.hehehe...). Si gadis pada mulanya menolak untuk dibantu, tetapi terpaksa akur kerana melihatkan kakinya yang terseliuh dan tidak mampu berdiri sendiri. Di saat itulah lelaki itu menyedari....cintanya sudah berputik kembali. Hatinya kini terpaut pasti. Ya, yakin dan pasti sekali dan paling utama, dia bukan lagi lelaki yang prejudis terhadap cinta. Tidak, tidak dan tidak lagi.

Hadirmu membawa sinar...
Menyimbahkan cahaya, menerangi jiwaku
Wujudmu menitipkan harapan...
Meniupkan belon-belon cinta berterbangan ke dalam hatiku
Datangmu memberi kekuatan...
Menghembuskan semangat ke segenap pancainderaku

~the end of part 3~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...