Lama btol Nurreez x update...Hadeyyy
Ni la dinamakan anak dara pemalaih...;p
tahap malas Nurreez ada la lebey kurang macam miss panda ni...isy3
But, cheq nak habaq mai, semenjak dua menjak merasa hidup berdikari di tempat yang amat asing dan pelik bagi Nurreez ni (well, Shah Alam je pun..bukan South Africa ke..hadeyy), Nurreez dah pandai masak tau..
Mesti mama nanges tak caye kalu tau...Sebab anak manja die yg sorg ni dah pandai pegang senduk, kuali, belanga sumer… You’ll definitely proud of me, mama…(Ngade siot..;p)
Well, mula-mula dok Shah Alam ni hazab la jugak bagi Nurreez yang agak manje taik kucin ni kan..
Yela...
Cuba korang kaji situasi Nurreez di bawah:
Dulu
Memang biasa kalu tak ada kuliah pagi, lepas subuh, tido smpai puas..(isy3..kat hostel boley la, kalu kat rumah maunya kena pelangkong..hoho)
Kalu kelas pukul 8 pg, tepat pukul 7.55 pg baru nak beratur tunggu bas UNIC (bas kitaran UUM) nak pegi kuliah..apedaaa
Masuk kuliah lambat pun buat diva je tmbah-tambah masa sem last…Pergghh, terasa senior sangat..haha
Kalu sem panjang, ley ponteng kuliah banyak sikit…And kalu rasa dah banyak kali sangat ponteng, mintak je member tolong punch matric card @ sign kedatangan. No hal punye..(jaat punye olang)
Well, Nurreez dengan member2 memang dah hafal sign masing-masing. Senang nanti nak tolong sign kn..ekeke
(Can’t you see how “manja” I am that time? Spoil..spoil…)
Sekarang
Bangun pagi-pagi kena motivate diri sendiri untuk pegi keja...hadeyyyy
Contoh motivasi yang slalu diguna pakai:
“Wahai ijan, bukalah matamu..”
“Tak mo..Ngantoklah..!”
“Bangunlah..bekerjalah kamu sebelum kamu dikerjakan..” dan bunyi alarm pun berkumandang bersahut-sahutan memecah kesunyian subuh yang hening, seolah-olah memekik-mekik di telinga anak manja itu. (apakah?)
Maksudnya di sini, tak de motivasi pun tetap kena pegi keje jugak…huwaaaa
Sebab: Time keje mana boley sesuke hati je nak ponteng…
Time praktikal ni, even M.C pun kena tolak markah taukkkk..aiyakkk
(Keje start kul 8.30 pg tapi slalunya sebelum pukul 8 dh sampai ofis..maklumlah..tengah praktikal, jaga markah beb...)
--------------------------------------------------------------------------------------------Dulu kan...
Bilik air Portion D, Tingkat 4, DPP Bank Muamalat sebelah bilik je..(bilik air siap ada alamat tu)
Tengah2 malam kalu rase nk terkucil pun tak de la rasa takot sangat..Lepas buang, terus lari masok bilik, kaco rumate sampai die plak rase nak terkucil pastu buat dono bila die ajak teman pegi toilet..hahaha
Time nak bersiap pegi kuliah pun, kalu bilik air tu penuh, ley mencecet ke Portion sebelah or samada ke tingkat2 berdekatan..No hal lah..
Tapi sekarang...
Kena berebut-rebut bilik air dgn housemates dan adakalanya TERPAKSA:
a) lawan tarik rambut (rambut Nurreez dah nipis due to this martial art activity)
b) gunting tuala penentang biar lobang die betol2 kat tootttt* (modus operandi dilakukan malam sebelumnya)
c) sabotaj sabun mandi (gel mandian Shokubutsuk ditukar senyap2 kepada pencuci baju liquid Dynamo 4.7 litre oni berharga RM 19.90)..kalu kena ni, memang mandi air buih jela..haha
(Jangan caye lak k. Semua tu hanyalah rekaan semata-mata. Yang sebenarnye, kitorang dah ada jadual bilik air tau. Haiii…nak mandi pun kena ikot jadual. Terbaik kn!!!)
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dulu tu...
Lepas habis kuliah, berebut nek bas balik ke DPP Bank Muamalat, pastu berebut lagi nak turun bas, then, berebut pulak nak beli makanan kat kafe. (Tapi takpe. Aktiviti rebut-rebut ni memang manjadi kebiasaan n hobi pelajar UUM…;p)
Kedai yang jadi pilihan samada Kedai Pak Ndak or Nasi Tomato. Nasi yang dibungkus dengan polisterin selalunya berharga kurang dari RM4 (siap ada ayam, sayur, nasik penuh lagi tau).
Pastu dengan tak sabarnye, pegi beratur beli air teh ais or teh O ais limau (peberet ni)
Then, panjat lebih kurang 100 anak tangga (hentam je..sape lak nak kire anak tangga ada brape kan..;p)
And finally, Yey…!! Dah sampai bilik..Fuhh…(tingkat 4 kot..memang mantap panjat tangga hari2 dah dari semester 2 sampai semester 6 dok bilik yang sama)
Pastu ~> makan n then, tido..(Ulang laku kegiatan di atas sampai habes sem..haha)
(What a wonderful ‘manja’ life!!!)
Tapi, sekarang ni...
Kekadang time lunch, langsung tak sempat makan (selalunya dekat2 time lunch la keje pn tetibe jadi banyak bertimbun-timbun serasa macam fed-up nak lari balik rumah laju2 tak mo datang keje dah..huhu)
Kalu lunch pun, beli nasik dengan lauk je. Nak amik sayur banyak2 pun tak gamak (bahasa utara yang bermaksud: tak sanggup) sebab mahal. Nasi dengan lauk je pun dah RM5 lebih. Tu pun amik nasik sikit je tau..huhu
Balik keje (sampai umah dalam pukul 6 ptg), landing kejap, pastu tengok cite Cina kt tv2
Then, sambung tengok cite Cinta Untuk Emelda kt tv3 ~> (tak de life langsung..hadeyyy)
Lepas maghrib kalu rajin baru kuar makan..(itu pun kalu skandal2 yang offer nak blanje..hihi)
or
masak la pape yang patot (ni yang menjadikan anak manja sorang ni dah pandai masak tau..hehehe..;p)
-----------------------------------------------------------------------------------------manje nye la hai..rase nak cubit2 jer kan..
Well, seriously…hidup jauh dari keluarga (samada disebabkan factor kerja @ belajar) memang boleh mengubah seorang anak yang manje (macam saya..;p) kepada seseorang yang mampu berdikari.
Korang boley lihat sendiri kan macam mana perubahan yang Nurreez alami sekarang.
Nurreez akui, Nurreez memang manje. Malah, mama and daddy pun selalu tegur sikap manja Nurreez ni (anak sulung kot). So, sebelum terlambat, Nurreez amik keputusan untuk belajar berdikari.
Natijahnya ~>
Daripada seorang gadis yang agak kurang mahir memasak, sekarang dah agak terer..(pasan je lebey..hihi)
Daripada seorang gadis yang takot keluar jejalan tanpa ditemani, sekarang dah mampu pergi mana2 sendiri (kekadang je suh skandal or adek temankan..;p)
Daripada seorang anak yang selalu nanges2 nak balik rumah, sekarang dah mampu hidup kat tempat orang tanpa pernah nanges2 ngadu kat mama.
So, kalu korang rase korang anak manje tegar macam Nurreez suatu ketika dulu, buatlah sesuatu k. Jangan sampai ke tua jadi anak manja. Tak sesuai tau.
Ye, sifat manja tu perlu ada, tapi lagi best kalu manjanya bertempat kan. Contohnya, bermanja2 dengan hubby ke…;p…(apsal ayat macam orang dah kawen pulak ni..haaaiippp)
Jadi, dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa SAYA BUKAN LAGI ANAK MANJA…
Yahoooo!!!!